Wednesday 28 October 2015

Window Shopping Online

Semenjak dua menjak sakit ni, aktiviti shopping memang terpaksa dilupakan. Mana taknya, baru nak pegang barang sikit nak belek2, aku dah tak tahan kesakitan. Agaknya, itu antara hikmahnya, kenapa aku dapat sakit pelik macam ni. Waktu aku sihat, kaki aku tak digunakan untuk pergi ke tempat2 yg baik, majlis2 ilmu or even surau yg dekat dgn rumah aku. -_-

Tapi semangat nak shopping tu tak pernah padam, walaupun dah ditimpa ujian sakit, ujian sontot emas, aku masih gagah nak tengok barang. Bukan nak beli pun, saja nak lepaskan gian. Sekarang minat aku beralhi pulak pada website2 online shopping yang melambak bak cendawan tumbuh lepas hujan. Dan kegilaan ini kadang-kadang menjerumuskan aku terbeli barang2 yg tak patut dibeli..hehehehhe

Tuesday 27 October 2015

Cendol Bakar

Senarai menu
Drive tru cendol bakar
Oklah..not bad..tp taklah power sangat

Monday 26 October 2015

Red Velvet vs Brownies Coklat

Hari sabtu aku buat resepi red velvet guna resepi kak azie, tapi tak menjadi. Mesti ada salah dan silapnya.

Red velvet tu jd padat dan bantat. Bahagian tengah mcm tak masak. Guna suhu 160c dan 45 minit. Guna pula bekas yg mcm aluminium foil tu. Mesti kaji apa yg salah kat situ.

Guna resepi zana juga yg terbaik hasilnya. tapi dapat sikit sgt. Kali ni nak try guna resepi hanamemories pula. Nak tengok kejadian kek tu mcm mana.

Buat cream cheese memang failed...hehehhe..takper usaha lagi.

Hari Ahad buat pula brownies 1 adunan, sedap kejadian browniesnya. Bagi si danish anak jiran sebelah, sampai 3 kali diulangnya minta brownies tu...heheheh..hulurlah sepinggan ke jiran sebelah rumah. Moga Allah berkati rezeki kami. 

To do and wish list (2015-2016)

To do and wish list biasanya org buat awal-awal tahun, tapi nampak gayanya aku buat dah hujung tahun. Takperlah, tujuan aku nak write down my to do and wish list adalah sebagai bench mark, apa yg aku hajatkan ada rekodnya sama ada aku berjaya capai atau tidak. Here it goes my to do and wish list :-

1. Nak khatam al-quran - Before 31 dec 2015 insyaAllah aku nak khatamkan al-quran. Sekarang baru sampai surah Al-RUM. Jauh lagi perjalanan aku nak khatam ni.

2. Nak kenal surah Al-Mulk per kata. Target dalam bulan Nov 2015.

3. Nak amalkan gaya hidup sihat untuk kurangkan berat badan 88kg to 60kg. Slow and steady. target 21 April 2016.

4. Nak beli tilam dan katil - Bajet RM2000.

5. Nak beli freezer - Bajet RM700-800.

6. Nak beli oven baru - Bajet RM300-350.

7. Nak bagi abah duit pi umrah RM500. Target bulan Jan, 2016.

8. Nak mulakan puasa Isnin dan Khamis - start 29 Oktober 2015.

9. Nak wall rack utk letak spice and all the baking gajet - Bajet RM300.

10. Nak kemas dapur

Wish list ni akan berkembang dan beranak pinak bila aku teringat apa aku nak lagi.