Thursday 14 July 2016

Dia yang sudah pergi

Seorang sahabat yang sama-sama menyewa di UTHM dulu, telah pergi dijemput Ilahi ketika dalam tidur pada 03 Julai 2016. Dikejutkan oleh suami untuk sama-sama bersahur, tetapi ketika itu jasadnya telah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar, mati tidak terlambat atau tercepat walau sesaat.

Sayu hati aku bila melihat gambar anak-anak arwah yang masih kecil. Terutama sekali yang baru berusia 6 bulan, yang masih lagi menyusu badan. Terkilan rasa hati, sudah lama tidak bertanya khabar dengan arwah. Selalu menjadi pemerhati senyap pada aktiviti-aktiviti harian yang dikemaskini di facebook.

Ada sekeping gambar, ayah arwah sedang mendukung anaknya yang bongsu, dengan penuh pengharapan moga diberi kesihatan dan kekuatan dalam membesarkan anak-anak arwah. Allahuakbar, menitis lagi airmataku ini.

Kadang kala kita terlalu mementingkan diri, hanya sibuk dengan diri sendiri. Tiada masa mengeratkan silaturahim sesama rakan, jiran tetangga mahupun sanak saudara. Ada masanya, kita ini terlalu banyak berkira, menghitung setiap nilai sen ketika ada saudara kita meminta sedikit huluran bantuan. Kadang kta juga mudah leka dengan urusan dunia tanpa mengingat yang mati itu bila-bila sahaja.

Hikmah pemergian dia seorang sahabat yang pemergiannya mengejutkan kami sekalian taulannya. Di saat hampir tiba hari lebaran, arwah pergi tanpa pesanan.
Hargailah mereka yang disekeliling kita, jangan dibina tembok pemisah darjat dengan sesiapa. Matinya kita nanti hanya membawa kain putih dan amalan kita di dunia.

Ya Allah, moga Kau kurniakan sahabatku ini rumah di dalam taman syurgaMu, moga Kau ampunkan dosa-dosanya, Kau gugurkan dosa-dosanya satu persatu. Kau peliharalah sahabatku ini dalam rahmat dan kasih sayangMu. Buat yang ditinggalkan, Kau berikanlah mereka ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujianMu ini. Peliharalah anak-anak arwah dan keluarganya sekalian. Moga kami bisa bertemu lagi di syurgaMu nanti ya Allah.

p/s: Teringat menu ciptaan arwah yang menjadi favoretku sampai kini, scramble egg + kicap kipas udang + roti gardenia.

Al-fatihah untuk sahabatku Qistin Ramelan...

Wednesday 13 July 2016

Aku masih yang dulu,

Alhamdulillah, dpt naik pangkat selepas 8 tahun menunggu, rezki Allah nak bg. Tapi kehilangan kawan2 baik, depa semua kena keluar dr jabatan, iols sorang tertinggal keretapi. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku. Moga aku bertabahlah seorang diri di sini...insyaAllah...

Pemeriksaan Kesihatan

11.06.2016

Lepas beli barang di Giant dengan Ham, terjumpa booth pemeriksaan kesihatan percuma dekat lobby Giant tu, aku amiklah kesempatan nak check.

BMI : 35.1
Tinggi : 1.59m
Berat : 88.8kg

Result - Kegemukan berisiko tinggi...

huhuhuhu...tak surprise sgt sebab memang dah tau...

Ukur lilit pinggang : 113cm, sepatutnya perempuan mesti kurang < 80cm

Tekanan darah: 176, 104 (bacaan pertama), 154,98 (bacaan kedua)

Yang ni pun dah agak dah, tp biasalah org sengal mcm aku ni...huhuhu

Urinalisis : Glukos -ve, Protein +10mg/100ml Darah -ve RBC/uL

Ni dah mula cuak dah ni, buah pinggang ada tanda2 bermasalah ni.

Lepas tu, bacaan kolesterol pulak, TC (Total cholesterol) = 6.27 sangatlah tidak bagus dan telah masuk ke kategori berisiko tinggi. Sepatutnya kena kurang daripada 6.20.

Glukos darah rambang : 5.3 dalam keadaan berpuasa, pun bahaya gak tu, kena jaga2.

Insaf makkkk nakkkkk....huhuhu..mula jaga makan minum sikit2.

13 Julai 2016

Selepas hampir sebulan dari tarikh pemeriksaan yang tadi tu, aku pi buat ujian kolesterol kat farmasi, rm29.70 terbang nakkkkk...takperlah demi kesihatan diri sendiri, apalah sangat duet tu. kalo dah sakit lagi payah.

Happy lah sikit total kolesterol turun dr 6.2 ke 5.4, sepatutnya kena 5.17 ke bawah baru chantek.

LDL (Kolesterol jahat) mak maintain jahat nakkkk... 3.5 patutnya kena kurang 2.59

non-HDL - 4.2 patutnya bawah 3.36.

Keseluruhannya, ada lah penurunannya. nnt aku nak pi check lagi sekali kolesterol tu selepas sebulan.

Nak tengok mcmana, makin elok or makin teruk...