Kisah Cerita dari Mama
This blog is dedicated for my husband and my lovely daughter and son...So, if you just passing by and find nothing worth to read so well what can I say... : )
Tuesday, 7 January 2020
izzah and iffat
bila ada yang cakap muka adik ni lain daripada abangnya, mama terus cari gambar kakak izzah yang dulu-dulu. heheheh..memang sah lah adik clone kakak nya masa kecil...
Tuesday, 6 March 2018
HIDUP UNTUK MATI
Hidup untuk mati.
Teringat pagi ini kepada sahabat fb saya yang seorang ini.
Beliau menghantar mesej ini sejak Januari lalu. Membacanya saja membuatkan saya amat berat untuk menjawabnya kerana saya tidak pernah berada dalam kasutnya. Saya juga tidak tahu jawapannya yang sebenar. Lalu, saya hanya mendiamkan diri mencari apa jawapan yang boleh dikongsikan.
Sehinggalah masuk bulan Mac ini.
* Mohon juga jika sahabat lain yang pernah mengalaminya dapat kongsikan apa yang sepatutnya.
.
Assalamualaikum puan.. lama tak bertanya khabar puan. Moga puan dan keluarga selalu dalam kasih sayang Allah.
Puan, jika ada masa terluang.. boleh tak puan kongsi sedikit mutiara kata atau nasihat berguna buat memujuk hati yang sedang merindu insan yang telah tiada.. 😢😢😢
Saya baru kehilangan bonda tercinta pd 18.01.2018.. pemergian yg sgt mengejut. Pd malamnya saya berbual lama dgn bonda. Esoknya bonda telah tiada. Tanpa ada sebarang sakit. Tanpa kami adik beradik berada di sisinya. ðŸ˜
Entah apa yg terbuku di dalam hati.. saya seolah2 rasa terkilan sgt. Rasa kehilangan yg amat pedih.
Tak terluah pd suami mahupun ahli keluarga.. sebab mereka juga sedang melalui fasa yg sama.
Mungkin saya tak cukup kuat menghadapi ujian ini.
Tak terluah pd suami mahupun ahli keluarga.. sebab mereka juga sedang melalui fasa yg sama.
Mungkin saya tak cukup kuat menghadapi ujian ini.
Nmpk mudah pada orang lain, tapi terlalu berat pd diri saya.. Allahuakhbar.. rasa yang tak terucap.. menahan sebak setiap saat dan waktu...
.
Jawapan :
Puan yang dikasihi Allah,
Inilah jawapan saya. Adakala, berdiam diri itu ubat terbaik untuk kesedihan. Berdiam diri daripada mengadu nasib kepada manusia lain kerana jika diluahkan pun tiada siapa yang dapat faham. Tetapi semakin diamnya kita daripada manusia, semakin hampirnya kita pada setiap malam mengadu nasib dan meminta kekuatan daripada Yang Empunya Jiwa dan Pemegang sekalian nyawa.
Kesedihan hanya sementara. Kegembiraan juga takkan berlama-lama. Itulah adat kehidupan dunia.
Saya percaya, selepas 3 bulan berlalu ini hati dan emosi puan sudah bertambah baik. Sudah semakin tenang menerima segala ketentuan dan semakin merelakan pemergian bonda yang tercinta.
Hanya masa yang akan merawat kesedihan puan. Kerana di dalam masa Allah jadikan 'penyembuhan' yang paling alami merawat jiwa.
Allah jadikan pada setiap yang hidup dan mati juga melalui masa-masanya tertentu. Lalu, kita harus melaluinya dengan mengambil seberapa banyak masa yang kita perlukan sendiri, sudah tentu masa yang diperlukan ini juga berbeza daripada manusia lain.
.
Semasa berada di dalam hospital tempohari, sesudah anak kecil saya dapat discharge dan pulang ke rumah manakala saya masih lagi ditahan di wad, saya merasakan 'kegelapan' buat seketika. Gelap dan kosong. Umpama menghadapi kematian.
Ia menikam jiwa apabila sudah seminggu meninggalkan anak-anak di rumah. Apalagi tidak dapat menyusukan anak kecil yang sudah menjadi rutin akan menyusu setiap malam hari sebelum tidur. Anak kecil pula masih belum pulih sepenuhnya dan masih perlukan suntikan antibiotik. Ia amat meruntun jiwa.
Pada malam itu, saya keseorangan di atas katil dalam wad yang gelap walapun saya tahu di sebelah dan di hadapan katil saya ada orang lain. Tapi, semuanya sunyi sepi.
Semasa itu, semua memori saya bersama anak-anak dan suami terbayang-bayang di kepala. Dengan antibiotik yang paling kuat masuk ke dalam tubuh melalui tangan, terasa kesakitannya berdenyut-denyut walaupun baru saja menukar ke tangan lagi sebelah akibat sebelah tangan sudah bengkak.
Sakit.
Sunyi.
Gelap.
Sedih.
Sunyi.
Gelap.
Sedih.
Saya berfikiran, agaknya beginilah kelak apabila berada di dalam kubur.
Orang yang mati (berada dalam kubur) pasti akan teringat-ingat orang-orang yang disayangi yang ditinggalkannya di dunia.
Sedih. Sangat sedih hingga menikam jiwa.
Bukan niat kita untuk meninggalkan semuanya di dunia di saat kita sedang bergembira bersama semua yang disayangi.
Tetapi, hanya masanya telah tiba. Dan semua daripada kita terpaksa akur dengan masa di atas ketentuanNya.
Bagaimana anak-anak saya di rumah bersama abahnya?
Bolehkah anak saya tidur dengan nyenyak walhal dia masih sakit belum lagi dapat membuka drip di tangan?
Bolehkah abahnya menjaga anak yang masih sakit lagi dengan anak-anak lain?
Lebih serba salah, laratkah lagi nenek dan atoknya membantu menjaga cucu-cucu yang banyak kerenah itu lagi setelah seminggu ditinggalkan begitu saja? Walhal semasa itu, neneknya juga masih sakit lagi belum sembuh.

Terlalu banyak fikiran saya semasa itu. Allah.. Serba salah, sedih dan semuanya bercampur baur.
Fikir saya lagi, ini hanyalah perpisahan sementara. Saya perlukan sedikit lagi masa untuk sembuh dan kembali ke sisi keluarga seperti biasa.
Namun, jika saya meninggal dunia kelak, perpisahan adalah yang abadi selamanya. Masa saya sudah habis untuk beramal di dunia. Mahu tak mahu, bersedia atau tak bersedia, saya harus meninggalkan semua orang yang saya sayang. Ketika itu, apa yang saya harapkan?
Hanya ini saja doa saya dalam hati.
Semoga semua anak-anak dan orang yang saya sayang dapat meneruskan kehidupan ini dengan sebaiknya. Walaupun menangis buat seketika tetapi saya berharap ia tidak berpanjangan.
Semoga anak-anak yang kecil ini akan terus membesar menjadi hamba Allah yang taat perintahNya dan beramal dengan sebanyaknya untuk hidup yang lebih selesa di alam akhirat dan cukup bekalan untuk disatukan semula di dalam syurga kelak.
Semoga anak-anak yang bersedihan dan merindui saya ini dapat terus mendoakan saya agar 'kesakitan' di dalam kubur ini menjadi ringan dan saya dapat menikmati hidup di alam kubur seperti salah satu daripada taman-taman syurga.
Lalu, saya teringatkan soalan puan yang saya tak tahu ingin menjawabnya bagaimana ini.
Saya kira, inilah juga mewakili semua harapan ibu-ibu yang terpaksa meninggalkan kesayangannya di dunia ini kerana faktor masa di atas ketentuan Ilahi.
Walau apapun memori yang ditinggalkan, emak mahu ianya tetap kekal dalam ingatan dan jiwa selamanya.
Terima kasih di atas memori dan kehidupan yang indah ini. Tiada apapun yang emak minta selainnya hanyalah anak-anak yang ditinggalkan ini menjadi sumber emak keluar dari kesakitan yang sementara ini.
Doakan emak. Doakan emak. Doakan emak.
Emak baik-baik saja di sini. Kamu, jaga diri.
BILA HATI RINDU
satu saat aku boleh terima dan satu saat lagi aku rasa kenapa Allah uji aku mcm ni..aku masih perlukan mak aku... mak lah tempat aku luahkan semuanya.. aku rindu suara mak aku...
YA ALLAH, kau redakan lah rasa rindu aku pada mak aku... ampunkan lah dosa2 nya ya Allah.
mcmana lah keadaan orang yang kehilangan suami atau anak2 nya... lagi besar ujiannya..
YA ALLAH, kau redakan lah rasa rindu aku pada mak aku... ampunkan lah dosa2 nya ya Allah.
mcmana lah keadaan orang yang kehilangan suami atau anak2 nya... lagi besar ujiannya..
Mak, ipah rinduuuu
Kalo sebelum ni semua benda akan share dgn mak. Jadi apa2 sikit dah call mak, ngadu semuanya.
Lepas tu rasa kepala ringgan sebab dah berkongsi cerita dgn mak...
Skrg dah tak boleh, semua pendam dalam hati. Tapi aku silap, patutnya semuanya aku luah pada Allah. Allah yang maha memegang hati manusia ini.
Kirimkan salam rindu aku pada mak aku ya Allah..sesungguhnya aku rindu...

Friday, 9 February 2018
PERJALANAN HIDUP MANUSIA
Demikianlah menurut hadits-hadits, bahwa orang yang sudah meninggal akan mengalami :
- Himpitan kubur
- Pertanyaan kubur
- Siksa kubur atau nikmat kubur
- Diperlihatkan tempat duduknya (surga atau neraka)
- Tempat ketetapan ruh
Thursday, 8 February 2018
MAK, RINDU YANG TAK KESAMPAIAN
MAK,
kalau dulu ipah selalu call mak, sekarang ipah dah tak rasa dah semua tu. bila rindu nk dengar suara mak, air mata laju mengalir..ipah kirimkan al fatihah untuk mak ye
07.02.2018 11:25a.m
kalau dulu ipah selalu call mak, sekarang ipah dah tak rasa dah semua tu. bila rindu nk dengar suara mak, air mata laju mengalir..ipah kirimkan al fatihah untuk mak ye
07.02.2018 11:25a.m
Thursday, 25 January 2018
MAK INSAN TERISTIMEWA
18.01.2018
MAK pergi tinggalkan aku.
Pergi yang takkan kembali. Meninggalkan aku dengan kerinduan yang tidak bertepi.
Alhamdulillah, mudah sungguh menguruskan jenazah arwah mak.
Alhamdulillah, mudah urusan pengebuamian mak.
Alhamdulillah, mak pergi dalam keadaan tenang.
Alhamdulillah, mak pergi dalam keadaan baik bukan dalam keadaan sakit yang berpanjangan.
Alhamdulillah, aku dapat berbual kali terakhir dengan mak sebelum mak meninggal, tanda Allah kasihan padaku.
Alhamdulillah, aku ada adik beradik lain, kami sepakat dalam semua urusan.
Alhamdulillah, aku ada suami dan anak2 yang masih bersama denganku.
Mak selalu doa untuk meninggal dunia tanpa susahkan anak-anak. Sayangnya Allah pd mak, Allah tunaikan permintaan mak.

Subscribe to:
Posts (Atom)