kenapa baginda rasulullah mengatakan kepada yg susah, miskin, jika kamu tahu apa yg Allah sediakan untuk mereka di akhirat...
lihatlah kebaikan dari masalah yang Allah bagi, jangan melihat masalah
kalau yg hendak kita cari itu besar, pengorbanan yg kita kena buat adalah kecil
andai anda menghadapi masalah
kalau permintaan kamu kepada Allah tak kunjung tiba kerana yang disimpan Allah itu perkara yang lebih baik.
Ada rahsia yg lebih besar yang Allah nak beri.
Dgn pemberian yang disimpan lebih baik jika redha dgn apa yg diberi
Sifat redha adalah sifat orang yang kembali kepada Allah.
http://www.youtube.com/watch?v=qtHOC4gq8HI
This blog is dedicated for my husband and my lovely daughter and son...So, if you just passing by and find nothing worth to read so well what can I say... : )
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Tuesday, 18 November 2014
Friday, 17 February 2012
Kisah Kopi dan Telaga
Kisah bermula dengan seorang pemuda yang merasakan hidupnya penuh dengan masalah. Kerana terlalu tertekan, dia berjumpa dengan seorang tua yang bijaksana untuk mengadu masalahnya. Orang tua tersebut hanya tersenyum lalu menyuruhnya mengambil segenggam kopi dan segelas air.
Orang tua itu meminta pemuda tersebut membancuh kopi tadi dalam air dan meminumnya. Pemuda itu membuat seperti yang disuruhnya, tetapi meludah dan membuang air yang diminumnya kerana ia terlalu pahit.
Orang tua itu kemudian menyuruh pemuda itu mengambil segenggam kopi juga, tetapi dibancuhkan ke dalam air telaga di belakang rumahnya. Pemuda itu menurut. Selepas sebati kopi tadi dengan air telaga itu, dia meminumnya.
"Sangat menyegarkan air dari dalam telaga ini." "Kau tak merasa pahit kopinya?". "Tidak lansung,wahai orang tua." Lalu orang tua itu terus menerangkan pengajaran di sebalik suruhan-suruhannya tadi.
Segenggam kopi adalah kepahitan hidup yang dirasai oleh semua orang, tidak lebih dan tidak kurang. Payah susahnya, ia tetap dalam sukatan yang sama. Tetapi bekas air yang kau gunakan untuk meminum air kopi tersebut, samada dalam sebiji gelas atau sebuah telaga adalah umpama hati kita. Sekiranya hati kita sekecil bekas gelas, maka terasa amat pahit malah tak tertahan nak menanggungnya. Tetapi jika kita besarkan hati kita, seluas dan sedalam telaga, maka rasa pahit itu akan hilang begitu sahaja, malah kita merasa segar dengan air bancuhan kopi dari telaga tersebut.
Jadi sentiasa berlapang dada dalam menghadapi kesukaran dalam hidup ini. Besarkan hati anda sebesar2nya, InsyaAllah, kesukaran hidup ini akan lebih mudah dihadapi. Penghujung cerita, ustaz turut berkias berkenaan kisah sang ultraman. Ultraman akan membesarkan badannya sebelum melawan raksasa. Maksudnya, ultraman menyesuaikan dirinya mengikut keadaan dalam menghadapi setiap masalah.
p/s: Cara kita men'handle' sesuatu masalah itu adalah lebih penting berbanding asyik menceritakan masalah tersebut..moga jd panduan dalam diri aku..insyaAllah...

Saturday, 4 February 2012
Belajar erti untuk bangun
Jatuh bangun memang adat hidup di dunia ni...bila kita dah cuba buat yg terbaik, ada aje mulut2 yg tak senang dgn apa yg kita buat. Memperkecilkan niat baik kita. Down nya hati, bila cuba nak bangkit, mulut2 jahat manusia lain sering buat aku nak terduduk semula. Biarkan semua itu ipah, abaikan sahaja, asalkan kita tak mengganggu hidup orang, tak menyusahkan orang. But, i am also curious about myself. I AM NOT THE SAME PERSON anymore. Makin kuat meragam, makin cepat berkecil hati, makin low self esteem, makin negatif setiap masa, makin tak pandai nak buat kerja bagai...hahahahhahaha...
p/s: Do i really need to get out from here? What will happen if i cannot manage my new work at new place?

Friday, 3 February 2012
Mencari kekuatan
Bila difikirkan, memang lah sangat kecil 'dugaan' yg melanda, rasanya kalau bercerita dgn manusia2 lain, pasti digelakkan nya. Tapi diri ini yg menghadapinya, diri ini yg setiap hari perlu menempuhnya..diri ini juga yg sering mengalirkan air mata. Andai kata, diberi kemudahan dan peluang, pasti aku pilih untuk tidak lagi berada di sini... : (
Subscribe to:
Posts (Atom)