Friday 26 August 2011

Cara Jepun Mendidik Anak

Shicida Methods – Jadikan Anak Anda Pandai

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS, iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.

Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.

Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa
dalam membesarkan anak-anak. Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi. Kalau mereka
sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun
pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka
cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak
kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula
cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh
bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap
dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba
ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – “ Tolong senyap Along ” berbanding “ Along Jangan bising ” .

Tirai Ramadhan berlabuh..

Lagi empat hari sahaja inshaAllah kita akan berpuasa. Rasanya makin pantas masa berlalu sekarang ni. Setiap detik tak terasa perjalanannya. Berbeza dengan masa aku kecil2 dulu. Tanda-tanda hari akhir zaman makin dekat dengan kita.

Giliran beraya di Melaka. Kali ni cipta rekod tak pulang ke kampung hampir sebulan lebih. Terasa rindu yg amat pada mak. Tunggu ye mak, anak mak akan pulang ke kampung hari sabtu ni. Dengan izin Allah...

Hargai sebuah kehidupan.

  1. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Hidup kita sudah terbiasa dengan pelbagai rancangan, sama ada apa yang dirancang untuk kita, atau kita sendiri merancang dengan pelbagai harapan.
  2. Hidup berjalan dengan pelbagai perancangan dan jangkaan. Kita melepasi peringkat sekolah rendah – sekolah menengah – universiti – kerja – kahwin – anak – tua – pencen.  Setiap peringkat itu berjaya ditempuh dengan kejayaan mengatasi kebarangkalian ia tidak berlaku. Tidak semua yang bersekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Tidak semua yang di universiti berjaya menggenggam segulung ijazah. Belum tentu semua yang berijazah mendapat kerja. Bukan semua yang bekerja bertemu jodoh, berkahwin, beranak pinak dan mencecah usia tua.
  3. Semuanya sentiasa dengan kebarangkalian harapan tidak tercapai
  4. Hanya satu yang pasti berlaku iaitu MATI! Fikir mati pun mati, tak fikir mati pun mati. Bersedia untuk mati pun mati, tak bersedia untuk mati pun mati.
  5. Justeru janganlah dipanggil bakal Datuk kerana mungkin tidak jadi Datuk. Jangan dipanggil bakal Puan Seri kerana mungkin tidak jadi Puan Seri.
  6. Sebaliknya, WAHAI BAKAL-BAKAL JENAZAH sekalian! Itulah saya dan anda semua.
  7. Islam tak mengajar kita takut dengan kematian tetapi menyedari adanya kematian di hadapan maka HARGAILAH SEBUAH KEHIDUPAN
  8. Teringat kepada perbualan saya dengan ibu bapa yang anak mereka sakit jantung – jangan difikir ajal anak itu kerana mungkin doktor mati dulu kemalangan. Mungkin ibu bapa mati dulu. Mungkin saya mati dulu berbanding anak kecil yang sakit itu. Justeru janganlah dibimbangkan tentang kematian. Sebaliknya hargai setiap detik yang ada.
  9. Nabi SAW bersabda:  صلِّ صلاة مودِّع كأنك تراه ، فإن كنت لا تراه فإنه يراك yakni “bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia itu melihat kamu”.
  10. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.
  11. Wal-‘Asr

    credit to : saifulislam.com

Tuesday 9 August 2011

Hobby Kami Sekeluarga

my new hobby..nak ada taman mini kat umah...walaupun hanya rumah sewa aku...hehe

"Kun Faya Kun.." Kalau Allah mengkehendaki ia untuk jadi maka jadilah ia...
Sebenarnya pokok ni beli masa pesta flora julai lepas...hampir mati, tapi en. suami tetap gak nak tanam dalam pasu besar yg kitaorang beli dari nilai garden...aku pasrah ajelah...setelah hampir 2 minggu, tiba2 keluar tunas baru...Maha Kuasa Allah...


Banyak lagi stok tanah dan pasu yg belum disetelkan...

Pokok anggur kesayangan en. suami...

Basikal pink sape lah yg parking kat depan taman mama ni...hehehhe

Izzah Afiah

2 tahun 1 bulan++..tarikh gambar diambil pada 08082011

Nak gak menempek gambar cik izzah afiah yg semakin keletah menjawab cakap mama... : )
Konon2 na melompat, tapi tak jadi...

Suka sangat berpeluk tubuh camtu...

"my dear bola..bila lah mama nak beli bola baru ni..dirty...dirty"

baru lepas sepak bola...

Rezeki yg Allah beri

Dua berita gumbira.

1. Petang semalam masa lawat TamanAfiah...hehhehe...kebun nan seciput kat sebelah rumah, nampak pokok pisang tanduk dah berbuah...lama betul rasanya kami menunggu..nasib baik masa pokok tu tumbang, aku tak pi tebang aje...mau lah kena bebel ngan encik suami...hehehhehe


Nampak tak pokok condong tu...dah berbuah...alhamdulillah...

ada lebih kurang 7 biji semuanya.... : )

moga2 dapat kami merasa ko nnt ye buah...

rupa2nya pokok pisang tanduk takde jantung..terus keluar buah..baru ku tau.

2. Berita ke2, dapat tau kerajaan bermurah hati bagi goverment staff bonus 1/2 bulan gaji untuk raya. Alhamdulillah, rezeki bulan ramadhan ni memang murah betul. Tak sangka dan tak berharap pun sebab tau keadaan kerajaan skrg ni.

p/s : rasanya berita pertama lebih membuatkan hati aku terusik...(frankly speaking)...berbanding berita ke2...rasa sangat tulus suci pemberian rezeki Allah ini..aminnnn...

Wednesday 3 August 2011

My third anniversary

Alhamdulillah, dah 3 tahun rupanya...heheheh...macam2 kisah suka duka..itu baru 3 tahun...heheheh.. Moga ikatan perkahwinan kita diberkati dan dilimpahi rahmat Ilahi. Hadiah yg tak seberapa buat abang...senyum lebar bila dapat...sukanyaaaaa.....hehehehhe


model tak berbayar yg sanggup posing dgn hadiah en. suami

"sukanya saya"...hehhehe