Friday, 23 May 2014

ANAK MENCERMINKAN SIKAP IBUBAPA

1. Jika anakmu BERBOHONG,
itu kerana engkau selalu
MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.
2. Jika anakmu TIDAK PERCAYA DIRI,
itu kerana engkau TIDAK MEMBERI
dia SEMANGAT.
3. Jika anakmu KURANG MELUAH PERASAAN,
itu kerana engkau TIDAK MENGAJAKNYA
BERCAKAP / MELUAHKAN PERASAAN.
4. Jika anakmu MENCURI,
itu kerana engkau TIDAK
MENGAJARINYA MEMBERI.
5. Jika anakmu PENGECUT,
itu kerana engkau selalu MEMBELANYA.
6. Jika anakmu TIDAK PANDAI MENGHARGAI,
itu kerana engkau TERLALU GARANG
BILA BERCAKAP DENGANNYA.
7. Jika anakmu MARAH,
itu kerana engkau KURANG MEMUJINYA.
8. Jika anakmu SUKA BERBICARA LEPAS,
itu kerana engkau TIDAK MEMBERI
PELUANG KEPADANYA.
9. Jika anakmu MENGASARI ORANG LAIN,
itu kerana engkau SUKA MELAKUKAN
KEKERASAN TERHADAPNYA.
10. Jika anakmu LEMAH,
itu kerana engkau SUKA MENGANCAMNYA.
11. Jika anakmu CEMBURU,
itu kerana engkau selalu MENJATUHKANNYA.
12. Jika anakmu MENGANGGUMU,
itu kerana engkau KURANG MENCIUM dan
MEMELUKNYA.
13. Jika anakmu TIDAK IKUT CAKAP,
itu kerana engkau selalu MENUNTUT
TERLALU BANYAK padanya.
14. Jika anakmu SUKA BERSENDIRIAN,
itu kerana engkau kerap TERLALU SIBUK
TIADA MASA UNTUKNYA.

Thursday, 22 May 2014

Update berat badan 2 - 22/05/2014


berat pagi tadi 87.2kg

menu pagi tadi - park choy + kubis bunga + telur + bawang putih + ikan bilis
sebiji baked potato... ampunnnnnnnnnn huhuhuh... teringin sangat2

Wednesday, 21 May 2014

Update berat badan 1 - 21/05/2014

selepas meninggalkan nasi selama hampir 2 minggu, berat badan aku dari 91.5kg --> 87.5kg...

go go go....masih ada lagi 2.5kg lagi untuk capai target 85kg...kuatkan semangat.

p/s: tadi terbabas makan karipap 1 keping, dan koci 1 keping...ya ampunnnnnnnn...taknak buat lagi dahhhh...





Friday, 9 May 2014

My Weight Loss Diary

Kena ada target!Biar realistik.

Kurangkan 5KGdalam masa 5MINGGU

START WEIGHT : 91.5KG
DATE : 09/05/2014 10:35A.M JUMAAT


TARGET END WEIGHT : 86.5KG
DATE : 13/06/2014 
- Amalkan low carb diet
- SESUDU CUKA SELEPAS MAKAN
- TEH HIJAU + BAWANG PUTIH
- VITAMIN C

- Senaman 

NEVER TOO LATE TO CHANGE MY LIFE...
GO IPA GO...U CAN DOIT


Make one small change for14 days. 
- I will give up rice for 14 days.
- I will give up sweet drinks for 14 days. - No soda, No caffeine

- I will exercise at least 10 minutes per day.
- No meals between 8 p.m to 8.a.m
- No dairy (except greek yogurt)
- Take a multivitamin (preferably 1/2 in the moorning and 1/2 at night)

http://simplymoilife.blogspot.com/

Thursday, 8 May 2014

Ujian dari Pencipta

Hari ini buat kesekian kalinya,
Mengalir mutiara air meluncur laju dari kelopak mata,
Aduhhh ...keluhan kecil akhirnya terpacul jua,

Bila engkau datang menyucuk2
Buat aku jadi benci untuk ke sana ke mari
Mengeluh bukan penyelesaian,
Mengeluh hanya menutup sedikit rasa gusar di hati.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim,
Angkatlah ujian ini dariku ya Allah,
Segerakan lah kesembuhan pada diriku ya Allah,
Hanya padaMu ya Rabb aku mohon pertolongan...

Menitis lagi mutiara air ku ini.... :"(

Thursday, 10 April 2014

Entah apa-apa

Hari ini ku kecewa lagi
Yang entah ke berapa kali
Menusuk-nusuk bak tombak menghentam hati
Sudah sangat bosan keadaan ku ini

Duhai hati kesuma dewi
Tenanglah dikau waktu diuji
Jangan asyik dibuai mimpi
Walau terlanyak, bangun kugagahi

Dan bila peluang itu ada
Harus cepat-cepat bangkit semula
Atur langkah, siap kan kuda-kuda
Yang calar balar kau terus lupa

Satu senyum bisa gugat rasa
Satu teguran ikhlas mula bicara
Walau kau biar luka bernanah
Anggap itu semua alpa manusia

Tak perlu asik jaga hati manusia
Hati kita, kita yang jaga
Pulangkan semua kembali pada pencipta
Mutiara mata simpan rapi dalam dada

Wednesday, 2 April 2014

Cita-cita

Kalau dulu, bila cikgu tanya apa cita-cita ku, pasti ku susun ikut susunan yang sama setiap kali ditanya.

1. Nak jadi saintis
2. Kalau tak dapat jadi saintis, nak jadi pensyarah
3. Kalau tak dapat juga dua2 kat atas tu, aku nak jadi cikgu

Rasanya sampai aku darjah 6, cita2 aku tak pernah berubah. Memang tersemat dalam hati. Anak kampung duyung ni akhirnya dapat 4A masa UPSR, balik rumah bagitau pada mak. Mak senyum aje. Then cakap..."ok, simpan kertas pekse tu, jom makan"... heheheheh... simple aje... tak pulak dibelikan kereta wolkwagen baru untukku...kekekeke... (walaupun pada hakikatnya memang tak mampu).

Then melangkah masuk ke sekolah menengah, masa tu cita2 jadi nothing... belajar je lah apa yg cikgu bagi... nasib lah nnt jadi apa..cuma minat aku still ke arah sains..bila belajar sains...or biologi memang minat giler lah...

Habis form 5, dapat lah jugak great result...dapat scholarship time tu, kira power lah kan...hehehhe...ya Allah, betapa lurusnya perjalanan aku Kau aturkan...walaupun ada umbang ambingnya...namun Kau sentiasa dekat dgn aku. Masa ni jugak, aku main rembat je isi borang U tu...pilih ikut suka... semua cita2 aku ke laut jadinya...hahahaha...akhirnya terjerumus ke Degree IT...hehehehhe...jadilah jugak aku seorang 'doktor', 'doktor' bedah PC...hehehhehe...

p/s: time biology class, aku ingat lagi, cikgu soh tangkap katak bawak pi sekolah...apa ke bengongnyaaaaaaaa cikgu tu...arwah fiza yg jadik heroin mas atu...dia gak lah yg terketar2 belah perut katak tu....wawawawa... al-fatihah untuk arwah... dah la malam tadi mimpi kan dia..mesti sebab lama tak sedekah fatihah kat dia...