Thursday, 21 June 2012

Hikmah Musibah

Pagi ni dengar ceramah di IKIM. Alhamdulillah berkesempatan dengar my favoret ustaz berceramah. Antara intipati yang ustaz maklumkan berkenaan cara kita hadapi musibah. Memang tepat pada masa dan ketikanya, bila kami sekeluarga baru sahaja hadapi satu musibah kematian.

Ustaz berpesan, setiap musibah yg Allah bagi bukanlah tujuan nya untuk menganiya hambaNya tetapi merupakan satu ujian dan kemudiannya jika hambanya berjaya melalui ujian tersebut, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dalam ceramah tu, ustaz turut kongsikan satu doa jika kita menghadapi musibah:

“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).

Ada satu kisah yg ustaz ceritakan berkenaan Ummu Salamah yang diuji dengan 1001 rintangan. Dipisahkan dengan suaminya, dipisahkan dengan anak2nya selepas beliau memeluk Islam. Meredah panas padang pasir mencari suaminya, dan bila berjumpa, suaminya mati syahid. Ummu Salamah telah berdoa dengan doa ini. Dan akhirnya, beliau telah mendapat pengganti yg lebih baik daripada suaminya. Rasulullah sendiri telah masuk meminang beliau. Jadilah Ummu Salamah isteri kepada junjungan kesayangan kita semua.

Bila kita hadapi musibah, kadang2 kita mudah menyalahkan orang lain. Mudah memaki hamun, mudah melepaskan amarah pada persekitaran kita. Alangkah ruginya kita bila mana kita tidak bersabar dalam menghadapi musibah tersebut. Kita tidak mampu mengubah persekitan kita tapi kita mampu mengubah cara kita menghadapinya.

Kena banyakkan berdoa, memohon semuanya HANYA PADA ALLAH. Kerana Allah menerima setiap doa hambaNya yang beriman padaNya. 

No comments:

Post a Comment