Solat yg dikerjakan bagi ahli keluarga/ sahabat handai yg baru meninggal dunia.
Memang hebat seksaan yg akan dialami oleh arwah yang baru dikebumikan. Arwah pada malam pertama di dalam kubur berada dalam keadaaan keluh kesah. Maka dianjurkan keluarga si mati untuk Solat Hadiah.
Dengan solat hadiah, kemungkinan seksaan yang akan dialami oleh arwah akan terelak. Semoga Allah swt dengan sifatnya yang Rahman dan Rahim dapat memberi kebaikan dan kebahagiaan yang abadi.
1. Lafaz niat
“Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”
“Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”
2. Pada rakaat Pertama dan kedua baca surah berikut:-
- Al-Fatihah - 1x.
- Ayat Kursi - 1x.
- Surah At Takatsur - 1x.
- Surah Al-Ikhlas - 10x.
Ertinya:
"Ya Allah!, Sesungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan, Ya Allah! aku memohonkan kepadaMu, kiranya Engkau sampaikan pahalanya kepada kuburan si Fulan bin si Fulan". (Nama Arwah)
Begitulah caranya untuk melakukan sembahyang hadiah.
No comments:
Post a Comment