Thursday, 11 October 2012

Hidup seorang manusia

Mood tak berapa nak menentu hari ini...makan pun tak berapa nak lalu...nak makan roti canai tapi mamat tu takde plak hari ni...

Hari ni nak buat sedikit nukilan, berkenaan kehidupan manusia...tadi masa tgh drive, teringat2 artikel yg aku baca last week kat blog mana ntah...tapi nukilan tu terkesan di hati..antara nya ialah:

"Manusia adalah mahluk Allah yang susah nak berasa puas, terlalu banyak yg diimpikan sehingga apa yang ada pada dirinya tak dihargai. Ada manusia yang bermula hidupnya dengan susah payah, bangun merangkak perlahan2 mencari kesenangan, dengan kudrat dan kesihatan yang ada, manusia ini bekerja keras mencari rezeki di muka bumi Allah.

Berusaha siang dan malam dengan alasan ingin membuat perubahan hidup. Dari rezeki nan secupak, bertukar ke segantang, dari segantang jadi seguni..dan seterusnya manusia ini mampu untuk hidup senang lenang.

Tapi yg sedihnya, manusia mudah alpha, bila hidup dibayangi kekayaan, rahmat dan ihsan Allah tak pernah dikenang. Mengaku kesemuanya adalah hasil jerit payah dirinya. Mengaku yang kekayaan ini adalah hasil usaha keras dirinya. Sedangkan manusia itu lupa bahawa itu semua pinjaman Allah kepadanya. Tanpa redha Allah, tak mungkin rezeki itu menjadi miliknya.

Akhirnya, manusia yang sombong ini terus hanyut dibuai kekayaannya. Hidup berpoya-poya, mengengkari perintah Allah, bermegah-megah dengan kehidupannya.

Hingga akhirnya, Allah tarik kembali nikmat kesihatan manusia itu. Yang dulunya, sihat segar dan bugar mencari rezeki, kini hanya terbaring lesu di katil empuk. Yang dulunya lincah ke sana ke mari, kini tidak mampu lagi nak menguruskan diri. Duit yang menggunung dilabur ke sana sini mencari penawar penyakitnya.

Kekayaan yang kini seakan-akan menjadi beban bila keluarga saling bercakaran. Dan pada ketika ini, manusia ini mula sedar, betapa selama hari ini tanpa kekayaan yg ada di sekelilingnya selama ini, dia sebenarnya seorang manusia yang kaya raya. Walaupun hidupnya miskin dahulu, tapi dia kaya dengan    nikmat kesihatan, dia kaya dengan kemampuan dirinya untuk bergerak, dia kaya dengan nikmat masa mudanya...itu juga kekayaan...kerana sekarang, bila dia menangis merayu untuk mendapatkan kembali kesihatannya, kekuatannya, dia mula merayu dan merintih, tetapi tiada siapa yg dapat membantunya melainkan Allah yang Maha Esa...."

p/s : Tiadalah daya kudrat manusia itu melainkan dengan izin Allah...untuk bernafas, menangis, bergerak, bercakap, ketawa, berlari, SEMUANYAAAAAA..semua Allah yang aturkan...

No comments:

Post a Comment