Wednesday 25 July 2012

Usaha...

Petikan dari fb  Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) 

Kadangkala kita terfikir - alangkah baiknya kalau Allah bagitahu keputusan awal sesuatu tindakan kita samada berjaya atau gagal.

Kata di hati: 
Jikalau saya tahu awal-awal akan berjaya, sudah tentu aku akan berusaha bersungguh-sungguh.
Jikalau saya tahu awal-awal akan gagal, sudah tentu aku tidak membazir masa.

Betul ke?

Sebenarnya tidak, sangat tidak.

Jikalau kita tahu sesuatu keputusan itu lebih awal, samada berjaya atau gagal, kita tetap tidak akan berusaha.

Akan berjaya, Allah dah tentukan akan berjaya, percayalah kita tidak akan melakukan apa-apa, kita akan duduk sahaja menunggu kejayaan yang dijanjikan datang.

Akan gagal, Allah dah tentukan akan gagal, lagilah kita tak akan berusaha kerana ia sudah pasti gagal.

Oleh itu, ada hikmahnya kita tidak mengetahui masa depan kita - itu ketentuan Allah - supaya manusia dapat berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha itu pahala dan redha pada ketentuanNya.

Kita perlu sangka baik bahawa segala yang Allah tentukan ini adalah baik.

Keputusan walaupun kita tidak puas hati, tapi jangan kita buruk sangka pada Allah - kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita yang kerdil ini.

Jangan biarkan minda menilai keputusan Allah, redha dan percaya padanya dan teruskan usaha - Bila cabaran meningkat, sentiasa ingatkan diri, hidup ini pendek aje...

Thursday 19 July 2012

Solat Sunat

Solat Sunah Hadiah

Solat yg dikerjakan bagi ahli keluarga/ sahabat handai yg baru meninggal dunia.

Memang hebat seksaan yg akan dialami oleh arwah yang baru dikebumikan. Arwah pada malam pertama di dalam kubur berada dalam keadaaan keluh kesah. Maka dianjurkan keluarga si mati untuk Solat Hadiah.

Dengan solat hadiah, kemungkinan seksaan yang akan dialami oleh arwah akan terelak. Semoga Allah swt dengan sifatnya yang Rahman dan Rahim dapat memberi kebaikan dan kebahagiaan yang abadi.

1. Lafaz niat
   “Sahaja aku sembahyang hadiah dua rakaat sunat kerana Allah Taala”

2. Pada rakaat Pertama dan kedua baca surah berikut:-
  • Al-Fatihah - 1x. 
  • Ayat Kursi - 1x. 
  • Surah At Takatsur - 1x. 
  • Surah Al-Ikhlas - 10x. 
3. Sesudah memberi salam, maka eloklah dibacakan doa yang tersebut: 


Ertinya:

"Ya Allah!, Sesungguhnya aku sembahyangkan sembahyang ini, dan Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan, Ya Allah! aku memohonkan kepadaMu, kiranya Engkau sampaikan pahalanya kepada kuburan si Fulan bin si Fulan". (Nama Arwah)

Begitulah caranya untuk melakukan sembahyang hadiah.

CPRE..lallalalalala

Last week, i have attended a course known as Certified for Profesional Requirement Engineering...the test is extremely hard...i wonder, how people can pass the test...huhuhuu..my result is not yet coming out...but i think i cant pass the exam..many of the question i couldnot answer...so, what to expect...huhuhuh

New experince attending a certfied course from 9th to 13th July 2012...

Wednesday 4 July 2012

Dugaan menjengah lagi

03 Julai 2012 ; 08:00 pm
Abah hubungi abang di tempat kerja, maklumkan rumah dimasuki pencuri. Habis digeledah rumah Segamat. Pak busu terperasan yg pintu rumah terbuka. MasyaAllah..dugaan datang menimpa kami. Waktu disampaikan berita itu pada aku, aku sedang membaca quran. Hati tenang menerima berita tu. Semuanya datang dari Allah, kita perlu redha menghargainya...hilang harta benda boleh diganti...kami redha...perlu merancang cara bagaimana untuk jemput abah di sg besar dan hantar ke segamat...mesti hati orang tua itu tidak tenang..kasihan sungguh pada abah...

03 Julai 2012 ; 10:30 pm
Terima sekali lagi panggilan telefon dari abah. Kali ini berita kematian pula yg kami terima. Anak pada andak yg berumur 29 tahun kembali ke rahmahtullah...sebaya denganku, meninggal dunia ketika berbaring di rumah kawan...Ya Allah...mati itu tidak mengenal usia, perbanykanlah amal ibadat sebagai persediaan untuk mati...

sekali lagi keluarga kecil kami diduga...

Monday 2 July 2012

Kesian en Suami

Semalam rasa sangat bersalah, masa tgh tengok tv dgn en suami..tetiba terpacul soalan dari mulut gatal aku.. "Abang tak rindu pada mak ke?"

Lamaaaaaaaaaa sangat baru dia respon...satu anggukan lemah dan titisan air mata...aku terasa bengong yg amat sangat..masakan seorang anak tak terasa kehilangan ibunya...

Maafkan ipa abang...takkan ipa ulangi soalan itu buat kali yg ke2...maafkan ipa..dan aku rasa sebak yg berpanjangan...

Ya Allah, cepat betul kematian itu menjengah, tanpa terlewat walau sesaat, Kau ampunilah dosa2 kami Ya Allah..Kau berikanlah kami kekuatan untuk melalui hari2 mendatang...aminnnn