Friday 21 April 2017

Kejutan utk besday mama

Walaupun da tau, tp tetap terharu.. Hehehe..dpt surprise coklat bouquet dr en.suami..heheh..

Selepas 9 tahun kawen weiii..baru merasa..


Saturday 15 April 2017

Kata-kata Syeikh Tantawi

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. 

Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. 

Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yg hakiki" 

Wednesday 12 April 2017

Iffat 3 bulan

Genap iffat 3 bulan hari ini. Checkup di kk seri kembangan, berat 3.6kg. Alhamdulillah.
Patutnya masuk kerja hari ini. Tp sambung sampai bulan 5. Senang hntr terus pd nany.

Mood hari ni kurang baik sgt. Hati sayu sgt. Rasa mcm jiwa ni kosong. Rasa tak diperlukan pun ada. Entahlah..

Kena byk2 ingat Allah ipah..berharap pd manusia, itulah jdnya, letakkan pengharapan sepenuhnya pd Allah..Allah takkan tinggalkan kita.

Wednesday 5 April 2017

Diuji lagi...

Kelahiran kali ke3 ni diuji dengan masalah pendarahan tidak berhenti2. Semalam 4.4.2017 try checkup di klinik jamaeton, doktor jamaeton hanya refer ke hospital, hasil checkup nmpk rahim dlm.keadaan normal. Kemungkinan pendarahan ini disebabkan ketulan fibroid dl rahim. Allhuakbar, kali ini diuji lg dengan penyakit. Moga Allah beri kesembuhan pd penyakit yg kuhidapi.

Tuesday 4 April 2017

Appoinment ENT iffat Serdang

Alhamdulillah dah lepas appoinment telinger utk iffat.. No.more ent appoinment after this. Just monitor speech iffat nnt.






Sunday 2 April 2017

Start my journey with jomsihat

Coach arif

Berat : 86kg
Tinggi : 160cm
Tahap obese : tahap 3
Ukur lilit pinggang : unknown kena beli tali tape nnt..

Day 1 4.4 2017
1. No air manis
2. Nasi segengam only
3. Jalan kaki 30 minit per day

Anak3 mama



Asam pedas selera en.suami

1st time masak, kurang masam, kuah pekat, ikut selera en.suami. Memang berselera en.suami makan, habis semua diratahnya ikan dan makan roti cicah asam pedas lg tu..hehehe..seronok menengoknya.. ALHAMDULILLAH...


Dugaan lepas bersalin kali ke3

Assalamualaikum, lepas bersalinkan muhammad iffat lain pula ujian kali ni. Pendarahan tak henti2, sejak dr bersalin hari tu. Suspek utama adalah sebab BTL tu. Hormon jd inbalance. Allahuakbar. Sayu rasa hati, bila bergerak sikit je, darah tumpah mcm air.

Bersalin 11.01.2017
Darah nifas sehingga 5.3.2017
Stop 8 hari
Heavy period since 13.3.2017
Emergency 15.3.2017 doktor kata takde apa2. Discaj tp darah still continue sampai sekarang.

Nak solat pun susah skrg ni, rasa tak selesa sgt, sakit senggugut pula tu, serba tak kena rasanya.

1st treatment 15.3.2017 di emergency room dpt ubat tranacid 250mg
2nd treatment darusyifa bangi dgn ustazah sofiah 02.4.2017