Thursday 14 September 2017

Tafsir Alquran Bersanad Maulana Hadi

Bismillah;

Dari Tafsir Alquran Bersanad Maulana Hadi Surah Albaqarah;

Tentang Perang Uhud

Orang Islam kalah sebab kurang Taqwa 😭😭;

Peringkat Awal perang Uhud pelik; awal-awal lagi Khalid Al Walid (time tu masih kafir) datang dan kata:

Haih tak boleh menang ni; Rasul Allah susun strategy dah cantik dah!

Sahabat Nabi turun dari Bukit; ustaz pesan jangan tafsirkan sahabat Nabi turun bukit sebab rebutkan harga ghanimah;

Bukan! bukan!

Mereka turun kerana sebahagian mereka anggap perang sudah habis; Nabi pesan duduk atas bukit sewaktu perang sahaja;

Jadi dari 50 org di atas bukit, 30 orang turun;

Khalid Al Walid tgk atas bukit tak ramai. Allah memang berikan kelebihan pada Khalid Al Walid hebat dlm berperang.

Khalid bunuh habis orang atas bukit,

Jadi sudah bertukar orang kafir duduk atas bukit, orang Islam duduk bawah.

Tidak jaga arahan Nabi kurang taqwa 😭😭😭; dapat Bala!

Kematian Bapa Saudara Nabi Hamzah sgt2 menyedihkan 😭; dilapah perut dimakan hati;

Kata Nabi - saya akan tuntut bela dgn kematian hamzah

Teguran Allah jawab - Tiada campurtangan engkau Muhammad dalam urusan agama sedikit pun;

Sama ada Allah boleh matikan mereka, mereka bertaubat atau kafir di akhirat; sesungguhnya mereka memang golongan zalim;

Bagaimana pengakhiran mereka semua itu urusanKu.

Pembunuh Hamzah - Washi (sgt cekap diupah khusus untuk bunuh orang tertentu)

Washi orang paling dibenci Nabi tapi kemudiannya Washi masuk Islam 😭😭😭;

Nabi tak boleh pandang muka Washi kerana teringat bapa saudaranya 😔;

Selepas kewafatan Rasulullah; Washi + Khalid Al Walid (2-2 sudah islam) Bunuh ketua yang telah memurtadkan ramai orang Islam - kata Washi mudah-mudahan Rasul Allah tidak benciku lagi di akhirat 😭😭😭

#TafsirMaulanaHadi
#CatatanPuanCahaya

Apabila dengar cerita tentang Perang Uhud memang sebak, lagi-lagi tempoh hari dengar cerita betul-betul depan bukit uhud 😭;

Allah Rindunya Tanah Haram!

😔😭😭;

****

Astagfirullah hal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad