Wednesday 14 December 2016

Rasa dekat dengan MATI

Sejak akhir-akhir kandungan ini, rasa sangat dekat dengan mati. Selalu membayangkan andai ketika aku melahirkan zuriat ini, aku dijemput pergi. Sudah cukupkah amalan diri buat bekalan hidup di sana nanti.

Selalu terjaga malam tiba-tiba, bagai ada yang mengejutkan ku. Mungkin malaikat memberi alert supaya aku bangun mengerjakan tahajud. Buat masa ini, aku masih lagi tak mampu, tetap melayan lena hingga ke pagi.

Kandungan kali ini banyak sungguh ujiannya, telah kali ke 2 dimasukkan ke hospital disebabkan tekanan darah tinggi yang tinggi. Sekali bergegar ke wad kecemasan bila pendarahan di awal kehamilan. Rasa letih sungguh kali ini. Ya Allah, moga gugurlah dosa-dosa ku asbab kesusahan yang kuhadapi ini.

Andai ini satu petanda bahawa aku semakin hampir padaMu ya Allah, Kau berikanlah petunjuk dan hidayahMu pd ku, supaya semakin aku bersedia menghadapiMu.



ICT in GOVERMENT

http://www.opengovasia.com/articles/7263-exclusive---creating-central-data-repositories-and-implementing-gos-cluster-by-cluster-at-mampu