Thursday 26 December 2013

Tragedi Gigi Geraham Izzah


Kes gusi bengkak sebab gigi rosak..akhirnya ggi tersebut terpaksa dicabut, rasa menyesal pulak bawa izzah ke klinik gg hari tu...bila teringat dia menangis masa nak cabot gg...Allah aje yg tahu rasa sedih dlm ati ni ni...Masa ni rasa mcm bodoh nya aku sebagai emak, mcm tak pandai jaga anak jek...wawawa....sian anak baru usia 4 tahun setengah gigi nya udah rosak...huhuhu..bukan tak dibelikan berus gigi...bukan tak dibelikan ubat gg, bukan tak disuruh berus gigi..tapi entahlah mungkin aku terlalu culas pantau izzah masa dia gosok gigi...

huhuhu..mama rasa bersalah sangat sebab tak pandai jaga izzah... :"(
izzah merajuk dgn mama lepas gg kena cabot...wawawawa
Tido keletihan kat opis mama...sian anak mama
Alhamdulillah...lepas bangun tido..dah ok sikit..boleh makan dan berbual dgn mama

Tuesday 17 December 2013

Buah hati mama dan ayah

kakak kepit ilham
mari belajar lepaskan tangan
muka bolat ilham
ni petpet ham la dam...

Wednesday 20 November 2013

Usikan Allah pada hati

20/11/2013

Sambil-sambil browse page facebook, terlihat sesuatu yang menarik perhatian aku. Berita pemergian seorang daei saudara Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam. Sedap sungguh nama tersebut bila kuucap berkali-kali. Satu persatu page berkenaan saudara ammar ini cuba kucari. Alhamdulillah, rasanya hampir ke semuanya merujuk ammar sebagai seorang muslim yang baik, anak yang soleh penyejuk hati ibu dan ayah, pelajar yang bijak, sahabat yang setia, disenangi sahabat dan taulan....dan banyak lagi perkara2 positif tentang dirinya.

Rasa sentap dan hiba hati ini, seorang anak muda yang banyak meletakkan dirinya di jalan Allah, kembali menemui penciptaNya. Perginya sebagai seorang yang sedang menuntut ilmu dan ingin memperjuangkan ilmu Allah. Tak sedar hati aku turut menangis, mengenangkan betapa kumannya aku di dunia ini, apalah agaknya yg tertulis dalam buku amalan ku nnt. Malunya aku nak menghadap Ilahi, apalah sangat sumbangan aku yg kerdil ini,

Ammar, yang walaupun hnya berusia 20 tahun, telah banyak menabur sumbangan di seluruh dunia. Tapi aku, dah lebih 10 tahun umurnya, hnya seorang insan biasa. Yang terlalu sedikit bilangan harinya bangun malam munajat pada Allah, yg terlalu kurang bacaan al-qurannya, yang terlalu sedikit amal jariah nya pada sekalian alam. Kerdilnya aku.

Moga sedikit usikan ini, mampu menjadi motivasi bagi diri untuk rajin bangun malam walaupun hanya untuk dua rakaat. Rajin bangun malam walapun hanya untuk satu istigfar. Rajin bangun malam walaupun hanya untuk setitis air mata memohon ampun pada Yang Memiliki Hari Pembalasan.

Thursday 17 October 2013

Ilham admitted @ hospital

Lama tak update blog ni, hari ni update pasal ilham admitted kat hospital melaka, kronologi nya bermula masa ilham menangis sepanjang petang dan batok sangat kuat. Bawa ilham pi a few klinik tapi tutup masa tu, semua private klinik dah start cuti raya aidiladha...then kuatkan hati pi emergency untuk checkup ilham...

Doktor yg terima ilham buat diagnose salah...ada ker dia kata ilham kena viral crum...seram sejuk mama masa tu...lepas tu duk takut2kan mama cakap sakit ni bahasa...huhuhu... terpaksa lah warded masa ni...ilham masuk hospital 12hb hingga 14hb oktober...rasa terlalu lambat masa berlalu...huhuu...dugaan Allah masa ni...

Baru lepas masuk jarum kat tangan, sayu ati mama...rasa menyesal pulak bawak pi hospital masa ni...huhuhu

Cian ilham...mama yg rasa menyucuk2 kat tangan mama...

Masa ni dah quite okay sangat2...tapi still takleh keluar..geram betul dgn doktor masa ni...wawawa
Ilham baru bangun tido...nak discharge kejap lagi...alhamdulillahhhhhh...

Wednesday 11 September 2013

Rezeki

Assalamualaikum

Pagi2 dah berkongsi cerita dengan seorang kawan...perkongsian positif tentang rumah barunya.. Alhamdulillah...rezeki masing-masing. Cantik sungguh rumah si kawan. Pandai betul si kawan menghias rumah. Rasanya, kalau aku dapat rumah mcm tu, aku tak mampu nak buat apa yang si kawan  buat. Terlalu banyak duit yang dikeluarkan. Puluh-puluh ribu hanya untuk mencantikkan rumah beliau.

Mula-mula rasa sedih..sebab takde apa yang dia ada. hahahhaha...kalut sungguhlah aku. Tapi tiba2 aku teringat..Allah beri rezeki pada hambaNya bukan hanya dalam bentuk wang ringgit dan harta bende...anak2 juga rezeki Allah.

Alhamdulillah...rezeki yang tak ternilai harganya...Izzah dan Ilham...wahai hati, janganlah cepat melatah...janji Allah itu pasti. Banyakkan berdoa..mohon pada Allah...dibukakan pintu rezekiNya seluas-luas untuk kami sekeluarga, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur yang barakah, dijauhkan dari segala keburukan, kecelakaan, kemalangan, kecuaian manusia...mintalah sebanyak-banyaknya pada Allah..sebab hamba yang tidak meminta pada Allah adalah hamba yang sombong...

Kejadian semalam, di mana Ilham jatuh dari buaian di rumah pengasuh merupakan satu 'ilmu' baru buat aku. Mungkin sangat kecil apa yang telah kulakukan, tetapi balasan Allah sangat besar. Syukur pada Allah, Ilham tak apa-apa. Macam mak kata, Ilham ditatang oleh malaikat atas kebaikan yang mak dan ayah dia buat. Subhanaallahh..maha suci Allah..yang Maha Agung....

Keluhan Izzah pula lewat petang semalam buat aku menangis semalaman, mungkin juga balasan Allah pada dosa-dosa yang pernah aku buat. Tak elok bersangka buruk, beri peluang untuk 'dia' berubah. Doa seorang emak sangat berkat...moga anak-anakku terpelihara dari kemalangan, kecelakaan dan dari sebarang kecuaian manusia...setiap kali hantar anak2 ke rumah pengasuh memang itu yg selalu kuniatkan. Redhakan mama bekerja mencari rezeki membantu ayah untuk kebaikan kita sekeluarga.

p/s : selawat 1000kali dan istighfar 1000kali untuk hari ini...cuba jayakan...

Monday 9 September 2013

Be positive

Setiap sesuatu ada sebabnya...bukan tujuan untuk mensia-siakan peluang yang datang, tapi takut hati salah buat pilihan...biarlah mereka yang layak berada di tempatnya mendapat peluang tersebut. Takut2 hati ini hanya kelabu dengan imbuhan yang bakal diperolehi, hingga terlepas pandang pada tanggungjawab yg menggunung nnt.

Rezeki Allah Maha Luas, usaha, ikhtiar dan doa perlu seiring..sekarang tengah kemaruk 'main emas', moga Allah permudahkan segala urusan.

Lately, selalu dapat 'peringatan tanpa diduga', BMG4657...nak cepat2 setellkan nya. Moga jadi asbab beroleh kemudahan dapat menyelesaikan nya. InshaAllah...

Thursday 22 August 2013

Bila rasa sedih

Hari ni ati rasa sayu sangat...puas pujuk hati jgn rasa mcm ni...masalahnya tak tahu sebab apa... termenung sikit jek mengalir air mata.. macam tak sedap hati pun ada.

Ya Allah redakanlah rasa sugul dan hiba dari hati ini ya Allah...padaMu tempat aku mengadu...Engkaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang.

Semalam dapat habiskan baca tafsir surah yusof (tafsirnya sahajalah), sungguh lengkap satu persatu Allah ceritakan dalam surah ni..tak perlu cari buku cerita lain lepas ni... bumi Nabi Yusof a.s iaitu bumi Mesir dalam keadaan haru biru sekarang ni, moga rahmat dan pertolonganMu cepat2 sampai pada mereka Ya Allah...

Presiden yang disayangi rakyat
Al-quran tak lekang di tangan walaupun dalam keadaan huru hara
Masjid Rabaah Al Adawiya

Thursday 15 August 2013

Mengatasi masalah kuat marah pada anak

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

Thursday 1 August 2013

Our new family member...

lama sunguh tak menghupdate blog ni..yelah lebeh 2 bulan duk memerap kat umah mak...terputus hubungan dengan dunia internet ni...hari ni baru berkesempatan..itupun sebab nak pilih gambo untuk hntr cuci...awe ilham kerinduaan, nak gmbr ilham buat jd teman...heheehhe

Inilah ahli keluarga baru kami...Muhammad Ilham Mohd Azam yg gebusss... heheheeeh...

Hari pertama dilahirkan...

Hari pertama melihat dunia

Tido lena tp dahi berkerut2..hehe

Friday 10 May 2013

Tak perlu yg mahal2

Hidup kanak2 sungguh mengasyikkan...simple...and steady...tak perlu bende yang mahal2 hanya untuk buatkan hati mereka gembira... :)

Happily ever after
Main bende alah ni pun dah buleh buat dia leka
Mcm2 posisi digayakan...hehehe

Monday 22 April 2013

Besday yg ke-30

Semalam family dari melaka sampai, along dtg dgn mak...huhuu..sungguh terharu...walaupun bdn rasa mcm nak pengsan sebab penat mengemas rumah..tp bila pandang muka emak..hilang rasa penat tu semua...sebak je hati...

Letihnya hanya Allah yg tahu, tak kuat sungguh semangat aku, nk sangat cepat2 melahirkan si kecil ni...dah tak sabar sebenarnya nak tengok muka dia, nk tahu jantina dia...and aku memang makin tak larat nak pi keje...kalo cuti awal pun aku rasa tak berbaloi sebab makin lah ak pasif duduk kat umah aje...

Sambutan besday smlm sempoi aje, abang yg banyak memasak, satu bende pun aku tak masak, semua menu abg yg sediakan, ya Allah syukur sangat...aku mengemas rumah yg mcm sarang tikus tu...hehhehe...lama benar tak mengemas, memang berbaloi2 lah banyak bende dah kemas kat umah.

Gambar pun tak amik pun, just amik gambar kek aje...malas sangat2 semalam nak posing2 bagai. Oklah nnt sambung cerita lagik, tak tahan dah nak ke toilet..hheheh


Monday 15 April 2013

Menanti hari

huhuhuu...tak larat lah rasanya membawa badan ni, bila berjalan dah rasa mcm robot...huhuhu...skrg dah 36 minggu...entah bila lah si comei ni nak lahir ke dunia...ya Allah bgilah aku kekuatan untuk menempuh hari2 yg mendatang ni..fokus memang dah takde dah...ilang entah ke mana...huhuhu

Wednesday 10 April 2013

Sedey

Bila baca posting2 berkaitan apa yg berlaku di Syria dan Palestin, hati aku hiba sangat...

Ada satu gambar yg di post di FB Syria Care, ya Allah, berlinang air mata mengalir laju, terbayang kalau izzah yg berada dlm gambar itu.


Seorang anak yg melukis gambar ibunya yg mungkin telah pergi meninggalkan nya buat selama-lamanya. Pedihnya rasa hulu hati ni.

Last sunday ada borak2 dengan izzah. Tetiba keluar satu topik, aku cakap pada izzah, "Izzah, kalau mama mati, izzah doa banyak2 tau untuk mama, ya Allah, ampunkan dosa mama izzah, pelihara mama izzah, jauhkan mama izzah dari api neraka", lepas izzah dengar aku cakap mcm tu, dia terus mencemik, "Mama, janganlah ati, nnt izzah winduu pada mama, nnt izzah nak cari mama, mama takde"...muka dia sangat sedey...Ya Allah...hiba rasa hati dgr izzah cakap mcm tu. Tak dapat nak kubayangkan. Agaknya inilah rasa hati anak kecil dalam gambar di atas. Merindu pada umminya yg tak kunjung tiba...

Ya Allah, lindungilah keluarga kami ya Allah, hanya padaMu aku memohon pertolongan...peliharalah keluarga kami dari sebarang kedukaan, kecelakaan, musibah dan kemalangan ya Allah...sesungguhnya Engkaulah tempat kami mengadu...aminnnn...ya rabbal alamin...

Thursday 28 March 2013

Bersawang

No idea tu hupdate..no interesting activity to write...huhuhu..so let the blog be sarang labah-labah for a moment...huhuhu

Tuesday 19 March 2013

D.I.Y

Dah 3 hari melayan izzah main bende alah ni...Seronok tengok dia leka menghadap tools ni...

Nanti boleh tambah koleksi lagi....tapi ada gak yg jadi mangsa...hehehe....bila yg susah sangat nak buat tu, terus dia minta tolong ngan mama n ayah...

Ada a few lagi hasil kerja tangan izzah, tapi belum sempat nak ambil gambar..this weekend buleh pi cari lagi...

posing sampai terkatup mata..hehe
Hasil kreativiti izzah
seronok dapat main tampal2
dah siap dua ekor burung izzah

Thursday 7 March 2013

Kelebihan Surah Al-Mulk..

Mengandungi 30 ayat sahaja, mudahkanlah membacanya ipah...moga menjadi peneman di alam kubur...

Ade diceritakan dlm al-Quran melalui maksud surah al-mulk tetapi diterjemahkan drp "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dgn surah al-mulk..bila tiba kematian dia, terus dtg malaikat untuk menyoal..sebelum sempat menyoal, surah al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati..malaikat berkata "ya ahlul kitab..aku knl kamu..kamu al-mulk..kenapa kamu dtg ke sini?"

seraya al-mulk menjawab "wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dgn aku..aku sebati di dalam kerongkang manusia ini..maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dr menghukum manusia ini.."

malaikat menjawab, "wahai al-mulk, tidak boleh menghalang tugas kami.."

lantas surah al-mulk dtg kpd Allah.. "wahai Allah..aku adelah kitab-Mu..aku mahu melindungi manusia itu..jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (al-mulk) dr Al-Quran MU.."

maka Allah memberi keizinan kpd al-mulk..terus al-Mulk kembali kpd manusia di kubur tersebut..sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia..al-mulk menjerit dgn gerunnya, "ya malaikat! pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran drp Allah!! (malaikat terkejut dan pergi sepantas yg mungkin) aku akn menjaga manusia ini sehingga kiamat..aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian kesorangan di dlm kubur..biarlah aku menjadi teman dia sehingga di bangkitkan kelak.."

*nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal surah al-mulk akan terhindar drp siksa kubur..wallahualam...

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”..

(ni baru satu surah..kalau beramal byk surah?Allahurobbi...:)

Monday 18 February 2013

Izzah @Playschool

Saturday 16 Feb 2013

Last saturday, i bring izzah to her first playgroup class...i am quite happy when see her at this class.  New thing i know about her when i see her playing in this class.

Discover about this class:

- English is main language using in this class  ~my english also so poor,  howww ar???
- Teacher is so good in encouraging the children
- The activity is also good. Different activity for different level and class.
- But sometime i can see teacher is not giving more attention to izzah. Selalu be the last kid yg terpilih untuk buat any activity. Like mcm pilih kasih also...hahhaha
- Parents need to involve in all the activity...with 7 month pregnant...i am not so larat lah.
- Ada juga some child yg suka monopoli the game...then izzah have to beralah...thats make her so sad...sian anak mama.

Discover about izzah
1. She is so clever, she can do all the activity. But after i translating from english to malay. huhuhu...i need to improve myself also.
2. She is not shy at all. Can join the activity without any tantrum. Thats my girl.
3. She tak berebut2 untuk buat activity...maybe thats why she be the last person was selected to do it...hehehhe
4. She doesnt like story telling activity...cepat sangat hilang focus...her eyes sibuk tengok all the toys and games kat dalam bilik tu...huhuhuh..
5. And one more thing, ada sorang budak ni yg suka monopoli satu2 games, siap tunjuk muka garang pada anak aku...bila tengok her parent..no wonder lah...muka masam mencuka jugakkkkk...

Good girl izzah
Activity Ant on the Apple..ni aku suka...
U can see, izzah always kat belakang..she tak pandai nak expose diri..like me lor...huhuhu
And again, after semua org dah siap, then baru teacher panggil dia, sedangkan dia dah terconggok duk kat situ tunggu giliran dia
Mainly she do the art by herself...
Izzah memandang dari kejauhan
Tak focuss pada activity yg teacher sedang buat, izzah bz betulkan art dia
Now, i am so berbelah bagi nak continue or not. This class is so gooddddd...but not my taste lor.. i also like a pemalu mother...hahahhaha...not so creative with my child. And i am tak baper larat nak jumping all around...even though its a good activity for pregnant woman like me...About the fee i dont think its

Friday 15 February 2013

Jatuh

Simpan untuk tanda ingatan...Jumaat (08/02/2013)

Last friday, aku terjatuh, terlentang kat lantai...but the miracle thing is...tak sakit langsung...tak terkejut pun...rileks aje...alhamdulillahhhh...waktu tu abang ada dalam bilik masa tu...abang terkedu tengok aku jatuh...dah lah mengandung 7 bulan..buleh pulak jatuh mcm tu...

Al kisahnya...aku lunch ringan2 jek...sampai ke petang perut masuk angin...petang tu suruh abang balik awal...dia urut belakang...keluar angin satu badan...and muntahhhh...muntah kali ke 2 tu terlalu banyak, aku berlari nak ke toilet...jalan licin..terlentang depan pintu toilet....huhuhuu...mandi muntah lah jawabnya....wawawawa... Allah sayangkan aku, malaikat pelihara aku..terselamat dari sebarang musibah..tanpa sebarang kecederaan...

Dalam hati...sepanjang ari tu (Jumaat) aku selalu baca doa ni...duk asyik bernasyid2 masa drive, masa dalam lif, masa bila2 lah aku teringat...

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM. ... BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.

Bila ku google2..rupanya inilah khasiat ayat ni

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan ) 

Rasanya lah...malaikat sentiasa pelihara kita kan kalau kita selalu ingat Allah..syahdu rasa hati ni...

Ya Allah, ampunkanlah dosa2 ku....

Tuesday 5 February 2013

Hati menjadi beku, mati akibat ketawa melampau


2010/05/08 - 05:50:29 AM Oleh Wan Marzuki Wan Ramli Cetak Emel Kawan

SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan atau penderitaan. Ketawa pula selalu menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasai.

Islam tidak melarang umatnya melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan umat Islam dipandang rendah martabatnya oleh orang lain. Ini menyingkap sirah Rasulullah ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.


Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan bersama Nabi Muhammad di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal berperang dengan kekuatan tentera musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: “Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan.” (Surah at-Taubah: 82).

Jelas daripada maksud ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan. Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku keadaan yang melampau.

Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami. Rasulullah bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan akan lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara.

Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Tuesday 29 January 2013

Present for izzah

Mak nya yg melebey...anak tak minta pun dibelikannya..hahahhahaha...bila anak tak main, rasa geram aje...hehehhehehe

puas aku membelek manual nak memasang bende alah ni...tapi tak berjaya2 jugak...akhirnya tunggu en suami balik...10 minit aje dia pasang...kehkehkehkehe...nampak sangat mak nya tak kretip mcm ayah...sengih jek izzah lepas dah siap dipasang.."mama tak andai...ayah andai"...hangus rasa hati...hehehehhehe

scooter mini for izzah

muka seposen bila nak bergambar


sama besau ngan kotak

tengah mencuba menan baru

letey sudah...mau tido...

Anak dara saya

Sabar menanti

Terjengah2 nak tengok pengantin

Senyum sokmo

Bila mama tengok gambar ni, rasa rindu sangat...

Izzah and Auni

Tuesday 22 January 2013

Koleksi dari Analisis Hadith Psikologi

Ya Allah, moga Kau berikan rahmat ke atas tim hadith psikologi yang berusaha mengguna pakai sumber-sumber hadis sohih dalam aplikasi kehidupan seharian...aminnn

Nabi Muhammad Menunjukkan Cara Mudah Bertaubat kepada Remaja Rosak Akhlak dengan Mendorong Perubahan Tingkah Laku Tanpa Memberi Nasihat

Rumusan ringkas:

  • Tidak memberikan motivasi perubahan tingkah laku dengan cara berleter ataupun dengan menyampaikan ceramah panjang lebar kepada kelompok orang yang buruk akhlaknya.
  • Tidak menasihati mereka itu supaya berhenti daripada melakukan perbuatan buruk mereka 
  • Menerangkan cara mudah bagaimana mereka dapat membersihkan dosa mereka.
  • Beri respon dengan membacakan ayat dari Quran, bukan ayat yang direka-reka sendiri. Ayat Quran itu pula ayat yang menunjukkan mudahnya cara membersihkan dosa.
  • Terangkan secara umum sahaja bagaimana proses membersihkan diri daripada dosa, tidak perlu diterangkan secara terperinci.
  • Cara bertaubat yang diterangkan itu adalah cara yang disebutkan dalam Quran, bukan yang kita cipta

Contoh:

Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, “Saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan dari pinggir kota. Saya sudah buat semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana yang tuan mahu.” Saidina Umar yang ada di situ telah memarahi lelaki itu, katanya, “Allah menutupi kesalahan kamu jikalau kamu menutupi diri kamu sendiri!” Mendengar kata-kata saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. Kemudian lelaki itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil lelaki itu supaya datang semula. Kemudian beliau membacakan kepada lelaki itu ayat ini: “Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa daripada perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus untuk dia seorang sahaja, ataupun ayat itu ditujukan untuk semua orang?” Nabi Muhammad menjawab, “Untuk semua orang.” - (Hadith ini direkodkan oleh Abu Daud).Nabi Muhammad membacakan sepotong ayat dari al-Quran yang relevan dengan keperluan pesalah itu. Beliau tidak menggunakan kata-katanya sendiri.


Teknik Nabi Muhammad Menghiburkan Hati Orang yang Berasa Dirinya Kurang Bernasib Baik Berbanding Orang Lain

Abu Dzar melaporkan bahawa pada suatu masa beberapa sahabat Nabi Muhammad bertanya kepada beliau, "Wahai Pesuruh Allah, orang-orang kaya telah meninggal dunia dengan membawa banyak pahala. Mereka bersembahyang sama seperti kami, mereka juga berpuasa sama seperti kami, dan mereka dapat bersedekah dengan harta-harta mereka yang lebih banyak." 


Nabi Muhammad menjawab dengan berkata, "Bukankah Allah memberikan kepada saudara semua peluang bersedekah? Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, membuat kebaikan adalah sedekah, menjauhi keburukan adalah sedekah, dan persetubuhan saudara dengan isteri adalah sedekah." -- Hadith no. 545 dalam kitab Hadith Sahih Muslim

Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan teknik Nabi Muhammad menghiburkan hati orang yang berasa diri mereka kurang bernasib baik apabila mereka membandingkan diri mereka dengan orang lain.

Dalam hadith ini orang-orang itu berasa kurang bernasib baik disebabkan mereka tidak dapat bersedekah sebanyak golongan yang kaya dan berharta. 

Cara Nabi Muhammad menghiburkan mereka adalah dengan:

1. Tidak menasihati mereka supaya jangan berasa iri hati dan cemburu terhadap kekayaan orang lain.

2. Tidak menegur ataupun mengkritik sikap mereka yang 'tidak bersyukur dengan apa yang ada'. 

3. Kepada orang miskin, Nabi Muhammad menerangkan berkenaan 'peluang bersedekah' yang banyak bagi orang yang miskin harta.

4. Menerangkan jenis-jenis peluang bersedekah yang tidak memerlukan seseorang itu menggunakan harta kekayaan.

5. Peluang bersedekah itu jenis yang terbuka 24 jam sehari semalam. 

6. Jenis-jenis sedekah itu adalah sedekah yang sangat mudah dilakukan, yakni dengan membaca tasbih, takbir, tahmid, tahlil dan dengan melakukan persetubuhan dengan isteri.

Wednesday 16 January 2013

Duhai hati..tenanglah dikau

Akibat penyakit 'gatal' menjadi2 nak tahu jantina bb, aku gi scan sekali lagi...tanpa en.azam. Lama menunggu di klinik kerana banyak checkup fomema pada hari tu. Berduyun2 makhluk asing dapat suntikan. Hampir 1 jam lah juga masa menunggu. Akhirnya dapat juga masuk jumpa doktor ruhaya. Alangkah gumbiranya ati, sebab hampir 5, 6 kali nak buat appoinment tapi tak kesampaian sebab doktor lain yg bertugas.

Kebetulan alat ultrasound baru telah dipasang di klinik tu...masih lagi dalam peringkat percubaan, and rasa-rasanya mcm aku antara org terawal diimbas guna alat tu. Puas lah doktor mengetest alat tu pada perutku.. lama jugak, hmpir setengah jam scanning tu dibuat..selalunya 5 minit pun payah.

Berita yg kutunggu2, doktor dah maklumkan, tapi dengan satu lagi berita yg tak best. Aku terkedu...huhuhuhu

Ada fibroid dalam rahim sebesar 5cm. Doktor minta refer pada klinik kerajaan tempat aku checkup. Dalam susah2 ati ni, Allah temukan aku dengan satu artikel dari satu blog http://drzubaidi.com/blog/?p=1805, petikan dari blog tersebut...

Fibroid adalah ujian Allah pada hambaNya...tiada siapa yg minta ditimpa musibah begini...hadapi dengan sabar dan berusaha mencari rawatan...

Thursday 10 January 2013

Koleksi coretan fb Ebit Lew

Seorang sahabat bercerita bagaimana ketika dia meninggalkan dakwah dan amalan agama begitu lama. Sebelum itu beliau sangat dekat dengan Allah dan sunnah Nabi SAW

Sangat sibuk dengan pekerjaan dan dunia sehingga meninggalkan agama dan fikir agama. Beliau sangat kaya dengan bussines komputer dan it. Satu masa business nya musnah dan beliau sangat susah. Untuk beli susu anak pun tiada duit. Gantikan apa yang patut. 

Sehingga mereka tidak makan selama 3 hari. Kereta terpaksa dijual dan semuanya. Beliau ke sana sini untuk teruskan perniagaan lain tapi tetap tidak berhasil.

Satu hari beliau ke masjid semula untuk solat. Satu ulama dari India nasihatkannya dengan katanya,

"Islam ini seperti sebuah bangunan yang sangat besar dan cantik. Masa bangunkan ada orang kerja membuatnya. Ada yang berhenti sebelum siap. Ada yang kerja 2 hari. Ada yang kerja 1 tahun. Dan ada yang buat sehingga siap. Bila sudah siap, ada yang bekerja sehari pun kata dulu saya terlibat buat bangunan ini. Dulu saya buat ini. Dulu saya buat itu.

Begitulah di akahirat nanti. Setiap orang ingin dikaitkan dengan dakwah ini. Walaupun cuma bagi masa sekejap sahaja untuk dakwah dan menghidupkan agama. Begitulah nilainya dakwah dan Islam ini."

Selepas itu ustaz tadi tinggalkan kawan saya tadi. Dia terus menangis sangat kuat dan teresak-esak macam anak kecil. Beliau berguling menangis. Beliau terus menangis.

Segala puji bagi Allah, sehingga beliau kembali semula dengan memakmurkan masjid dan menghidupkan dakwah ini. Hidupnya kembali senang dan bahagia. Hari ini beliau bertaubat, esok rezekinya melimpah ruah.

Semasa dia menceritakan ini 2 hari yang lepas saya tidak tahu kenapa dia menangis. Hari ini baru saya rasa nak menangis kerana kata-kata ulama itu..

Begitulah hidup ini bila cari Allah, dunia ini dimudahkan untuk kita. Bila kita cari selain dia. Kita hilang segalanya.

Ya Allah berilah hidayat kepada mereka yang dari kecil buat usaha agama. Kini meninggalkannya kerana dunia. Bukakanlah hati mereka untuk kembali kepadaMu.

Fikirkanlah agama ini, Al-Quran, kata-kata Nabi SAW.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Abu Bakar r.a berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah saw kamu telah beruban."

Rasulullah saw bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat,An-Naba' dan At Takwir."
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Hakim)
Ampunkan dosa ku yang berdosa ini - ebit lew

Teringat masa di Sri Lanka, ketika kita sedang menjalankan dakwah. Terlihat anak-anak yang membawa makanan di stesen bas dan kereta api. Mereka datang dan menjamu kita. Kita ingat kena bayar. Anak-anak tadi pakai kopiah. Rupa-rupanya percuma.

Mak mereka masak makanan dan menghantar anak mereka untuk melihat sekiranya ada jemaah yang sedang buat dakwah dan pakai jubah seperti kami. 

Layan mereka dan jamu mereka. Ini kerana ayah mereka telah meninggal dunia. Demi untuk meneruskan usaha dakwah Nabi ini.

Saya menangis teringatkan anak -anak ini. Mereka dididik mencintai dakwah dan menghidupkan agama. 

Jauhnya kehidupan kami hari ini yang menghabiskan dengan perkara sia-sia.

Masa di New Delhi saya lihat anak syeikh saad al-khandahlawi yang masih kecil membawa duit dalam bekas dengan diiringi oleh pembantunya sedang memberi duit pada peminta sedekah yang sangat ramai di waktu malam.

Seorang wanita jumpa Nabi SAW dan memberi anaknya yang masih kecil. Katanya gunakanlah anak ini untuk menahan panah yang datang. Sudah tentu baginda tidak akan buat begitu.

Tetapi kesungguhan wanita tadi dalam berkorban untuk menghidupkan Islam ini.

Wahai Allah datangkanlh sifat mengutamakan orang lain atas diri kami sendiri.

Ya Allah berilah sifat berkorban demi untuk bersama kekasih kami di akhirat nanti. Letakkan anak, isteri, mak ayah kami bersama Nabi SAW di akhirat nanti.

Lihatlah kami yang berdosa ini. Kasihanilah kami. Semua yang kami buat demi agama ini hanya macam mainan jika dibandingkan dengan perngorbanan Nabi SAW dan sahabah.
Terimalah kami semua - ebit lew

Teringat beberapa peristiwa semasa menjalankan training - Di antara peristiwa yang menyentuh hati saya ialah beberapa syarikat yang bermusuh di antara satu sama lain dalam organisasi.

Semasa datang mereka tidak boleh bertegur di antara satu sama lain kerana krisis yang begitu lama selama 4 tahun. Apabila berbual- bual dengan mereka, mereka cukup benci satu sama lain. 

Ada peserta kursus yang nak balik,bila tengok mereka kena kursus dengan musuh mereka. Saya ingat program remaja kena pujuk. Program dewasa pun sama juga. hehe.

Bila masalah begini datang maka saya tahu punca utamanya kita kurang iman dan menghayati kehidupan orang islam dulu yang hebat.

Masa ceramah pertama selepas ice breaking, dengan kehendak Allah dan izinnya, Allah beri ilham pada saya cerita mengenai Fatah Mekah dan Islamnya Wahsyi, Ikrimah. dan Hindon. Nabi sanggup korbankan segalanya demi manusia datang pada Allah. Dunia tempat untuk hidupkan agama. Tunaikan hak orang lain. Hak kita biar Alllah yang tunaikan. Alhamdulillah selepas itu ramai yang menangis dan bermaaf-maafan.

Lihat hanya dengan kisah sahabah yang ada nur boleh merapatkan hubungan setelah 4 tahun bergaduh dengan izin Allah.

Masihkah kita tidak yakin? Kita masih mencari kisah orang bukan Islam yang berjaya dan berbangga dengan mereka. Janganlah begitu kerana betapa kaya dan zahirnya hebat hanya untuk 30 tahun sahaja. Tapi jika mereka mati tanpa iman mereka akan dibakar di dalam neraka selamanya. Itu kejayaan ke? Lihatlah mereka dengan kasihan. Dakwah mereka dan doakan mereka. Ini kerana masa hidup ini sangat suntuk, habis semua buku orang putih kita baca. Bukanlah salah untuk kita baca tapi soalannya berapa kisah sahabah kita tahu. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Ceritalah pada isteri dan anak-anak kisah Nabi SAW dan sahabah rhum. Bacalah hayatus sahabah..kisah sahabat-
-ebit lew



Seorang jurutera yang sangat hebat - saya kenal dengan beliau masa saya umur 12 tahun. Sehingga hari ini saya terjumpa dengan beliau.

Perkataan dia yang pertama selepas salam ialah " Allah maha kuasa, Makhluk langsung tiada kuasa. Duit takde kuasa, Allah kuasa, kereta xde kuasa Allah kuasa. Beliau mempunyai jawatan besar dalam JKR.

Masa kami di Tol, Jalan jem untuk bayar tol. Dia sangat suka cakap kebesaran Allah. Sebanyak 100 kali sehari. Setiap kali bila saya tengah resah saya terjumpa dengannya di masjid atau di mana-mana tanpa dirancang. Beliau akan peluk saya sambil cakap, Allah maha kuasa, selain Allah tidak boleh buat apa-apa. Kerajaan tiada kuasa, Allah mahaa kuasa. Kerja tidak kuasa , Allah maha kuasa. Bila saya dengar , Allah buat hati saya terus tenang. Sangat tenang. Mungkin kerana keikhlasan dan istiqamahnya beliau dan paling utama nur perkataan Allah. Saya rasa semua masalah jadi kecil.

Masa dalam flight ke Pakistan, beliau akan cerita kebesaran Allah sampai ke Pakistan. Masa di airport kami akan pergi berbual-bual dengan semua orang dan cerita kebesaran Allah.

Masa makan beliau akan sentiasa cerita kebesaran Allah dan kisah Nabi dan akhirat. Baru ini, saya lihat seorang sedang cerita kebesaran Allah di Bus Stop. Rupa-rupanyanya jurutera tadi.

Setakat saya berjalan dan bermusafir dengan beliau, tidak ada seorang pun , di kaunter, tol, pam minyak, air port, kedai makan, pasar malam atau di mana sahaja. Pasti dalam perbualan beliau mesti cakap kebesaran Allah.

Bila cakap kebesaran Allah, Allah akan kuatkan iman kita. Ketika satu dunia sibuk besarkan mahkluk . Marilah kita cerita dan cakap kebesaran Allah. Sehingga hati kita hanya rindu, cinta dan terkesan dengan Allah dan akhirat.

Saya rindukan kawan-kawan seperti itu. Selama 16 tahun saya kenal dengan beliau. Dia masih tidak berubah. Masih lidahnya basah dengan kebesaran Allah. Beliau selalu mimpi jumpa Nabi SAW. Sangat kerap.

Ya Allah berilah saya sedikit nur seperti itu. nikmat dan kemanisan seperti itu.

- ebit lew

Masa saya remaja dalam umur 15 tahun. Saya pergi ke sebuah kedai di Chini Pahang. Masa tu saya ada program di masjid chini. Masa kami di masjid selama 3 hari di satu masjid. 

2 orang yang masih sekolah rendah menghantar makanan untuk kami di masjid selama 3 hari. Katanya ibu kami khidmat masak untuk mana-mana tetamu yang berada di masjid. Adik-adik ini juga solat jemaah bersama dan sama-sama mengikuti program.

Masa pergi kedai saya tengok adik yang lebih kecil dari saya tengah dakwah orang kedai. Selepas selesai bayar, dia kata pakcik Allah khalik, Allah Malik. Allah cipta kita. Allah pemelihara kita. Duit tiada kuasa, Allah maha kuasa. Polis tiada kuasa, Allah maha kuasa, Allah bagi rezeki selain Allah tidak boleh bagi rezeki. Hospital takde kuasa, Allah maha kuasa, Semua makhluk berHAJAT pada Allah. Allah tidak berhajat pada apa pun. Dialah tuhan kita yang berkuasa.

Pakcik tu dengar sahaja, sebab memang dia dikenali begitu. Semua orang cakap sebab dia sedih bapak dia meninggal kot...Sebenarnya dia diberi nur dakwah. Nur kalimah. Kerana itu dia istiqamah.

Bila tengok betul-betul rupanya adik sama yang hantar makanan pada kami. Setelah bertanya dengan beberapa orang rupanya, ayahnya meninggal semasa dalam perjalanan untuk jourh/ceramah/ di Masjid Sri Petaling untuk orang Kuantan. Semenjak ayahnya meninggal adik tadi banyak buat dakwah di mana sahaja dia pergi. Antara idolanya haji engineer yang saya cerita sebelum ini.

Dia nak ikut ayahnya. Tapi dia tidak dizinkan. Dia masuk ikut pintu belakang. Bila sedar anaknya ikut. Dia hantar anaknya pulang kerana program itu selama beberapa hari. Saya sempat tengok masa arwah ayahnya baru kemalangan. Kami melalui jalan yang sama.

Subhanallah walaupun ayahnya telah meninggal, ibunya terus mendidik anak-anaknya untuk suka berkhidmat dan membantu orang yang berdakwah dan menghidupkan agama.

Anaknya masih sibuk cakap kebesaran Allah. Adik beradiknya menjadi orang alim hari ini. Mereka semua telah dewasa.

Ya Allah begitulah nilai pengorbanan seorang ayah dan usaha dan tangisan seorang ibu. Bagaimanalah kita hari ini? masih cakap kebesaran Allah lagi ataupun tidak? Anak-anak kita ada tak percakapan Allah. Cuba ajar mereka cakap pasal Allah.

Jika kita meninggal bagaimana anak-anak kita? Isteri kita masih meneruskan fikir Nabi ini ataupun mengikut rentak hidup semasa atau suami baru mereka?

Ya Allah jadikanlah kami Dai....hidup ini sama ada kita berdakwah atau kita sedang di dakyahkan oleh suasana sekitar.

Ya Allah jadikanlah seluruh keturunan zuriat kami sehingga hari kiamat menjadi pembantu agamaMU
- ebit lew


Seronok mendengar pasangan suami isteri yang hebat mereka tinggal di oversea. Mempunyai sebuah kolej swasta. 

Mereka Islam cuma agak kurang kesedaran Islam. Satu hari sepasang suami isteri ini mendapat hidayat. Mereka telah meluangkan masa selama 2 bulan untuk belajar kerja agama dan agama.

Bila mereka pulang mereka begitu mencintai Islam. Mereka telah membuat 2 perubahan dalam kolej mereka. Pertama setiap pelajar mesti memakai pakaian yang sopan dan memakai tudung atau selendang. Pelajar lelaki mesti memakai seluar panjang dan baju yang sesuai. Perubahan kedua surau dibuat besar dan kelas yang melalui waktu solat mesti solat berjemaah.

Ditakdirkan Allah, kurang pelajar pada tahun seterusnya. Tapi selepas beberapa tahun sangat ramai pelajar yang belajar di kolej tersebut.

Allah menguji kita sedikit untuk membawa kita dekat padanya. Bila kita istiqamah, Allah akan buka jalan untuk kita.

Kasihan banyak universiti dan kolej kita di Malaysia masih menunjuk iklan kebebasan dan menunjukkan gaya hidup yahudi dan nasrani.

Semoga satu masa nanti, semua kolej akan berubah dengan fikir Nabi SAW. Setiap kolej dan universiti jadi seperti madrasah zaman nabi saw.

Islam hidup di mana-mana di seluruh dunia.

Wahai Allah berilah hidayat kepada semua pengarah, pengetua, pensyarah, pelajar, kakitangan universiti, guard, dan seluruh yang terlibat dengan universiti, orang awam yang tinggal berdekatan fikri Nabi SAW, Kasihanilah remaja kami yang sedang lemas dalam banjir maksiat. Ampunkan dosa-dosaku. Semuanya salah diriku.
- ebit lew


Wahai teman-temanku sekalian..Allah sangat sayang orang yang bertaubat.

Dialah Allah tuhan yang telah memberi segalanya. Seorang kawan menghadapi masalah rumahtangga. Dia cari jalan hendak selesaikan. Dia mula bertaubat dan memohon ampun pada Allah. 

Allah bukakan jalan baginya.

Bila dia tanya saya, kerana rumitnya masalah itu. Saya pun tidak ada jawapan melainkan saya katakan kepadanya pasti yang berlaku ini kerana Allah ingin kita semakin dekat padanya. Setiap yang berlaku untuk kita berjaya dan lebih cemerlang Dan untuk menuju keredhaan dan syurganya.

Bila kita pejam mata, rupanya masalah dunia ini bukan masalah sebenarnya. Orang yang paling beruntung ialah mereka yang diberi hidayat dan rasa nilai agama.

Mereka yang beriman dengan sebenarnya akan tersenyum dengan kehidupan yang telah berlalu. Rasa bodohnya diri, kerana setelah tamat mendaki, rupa-rupanya gunung yang silap. Kita sangka itulah puncak. Tapi sebenarnya bukan. Ia dekat, mudah, praktikal, indah, cantik, seronok. Tapi kita yang buta dan jahil.

Itulah perintah Allah dan sunnah Nabi SAW.

yA Allah bukakanlah hati ini. Pimpinlah kami. Kasihanilah kami yang buta dan jahil ini 

- ebit lew

Teringat seorang pemuda yang tiada hala tuju. Satu hari dia ingin bunuh diri kerana gagal dalam cinta terhadap wanita dan kehidupan. Dia nekad hendak bunuh diri.

Dalam usaha untuk membunuh diri. Dia bawa motor laju-laju dan ingin langgar belakang sebuah lori. Tiba-tiba dalam takut-takut juga. Dia ikut sebuah lori besar. Pemandu Lori itu singgah solat di Masjid Sri Petaling. 

Dia termenung panjang. Lepas itu dia pun terlintas untuk solat sedangkan dah lama dia tidak solat.

Dia solat tapi salah kiblat. Setelah solat seorang ahli jemaah masjid datang membetulkannya. Mereka berbual-bual. Akhirnya kerana keramahan pemuda itu beliau telah menceritakan semuanya sehingga part ingin bunuh diri.

Dia ikut program masjid. Dan setelah itu beliau bertaubat dan jadi baik.

Untuk itu penting ahli masjid ada fikir Nabi SAW. Ikram dan khidmat orang yang datang. Zaman Nabi SAW layanan melebihi hotel 10 bintang. Kasih sayang dan khidmat mereka. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah.

Orang yang buat dakwah macam Nabi SAW mereka reti dan menghargai umat ini. Mudah mencari baik umat. Siapa yang tidak bagi masa jumpa umat. Mereka tidak tahu nilai umat. Benci tengok orang baru mula buat baik. Dan tidak boleh menerima orang jahil dan berdosa untuk dekat masjid atau dakwah. Mereka hina orang baru nak belajar. Kadang - kadang ketawakan mereka.

Teringat pelajar upm yang baru mula bertaubat. Dia azan. Tapi salah. Sekumpulan pelajar sekolah agama hina dan marah pelajar yang baru mula azan. Semasa seminggu yang lepas semasa dia tidak solat. Buat jahat,tak berani tegur atau ajak. Tapi bila mula buat baik terus dihina dan diperlekehkan.

Mungkin kerana orang yang belajar agama tapi tidak ikhlas dan tidak buat korban dia jadi tahu dan faham nilai umat. Orang yang paling alim azazil/syaitan akhirnya dilaknat kerana dia sangat berilmu tapi tidak ada keikhlasan. Semoga Allah selamatkan kita semua.

ya Allah ampunkanlah dosa kami semua.
-ebit lewTeringat cerita sebuah keluarga Hindu yang masuk Islam.

Satu jemaah dakwah sedang bergerak. Mereka mencari satu masjid untuk mereka menjalankan usaha. Seorang hindu ini menunjukkan jalan ke masjid.

Ditakdirkan tidak berapa hari Hindu itu meninggal. Seperti biasa upacara hindu jasadnya di bakar. Ditakdirkan oleh Allah, tangannya tidak terbakar. Walaupun dicuba untuk bakar. 

Keluarganya yang sangat hairan. Bila bertanya-tanya kenapa dan cerita tunjuk jalan pada jemaah ini sampai pada keluarganya. Seluruh keluarga memeluk Islam.

Itulah hidayat dari Allah. Orang yang berkorban untuk agama, Allah akan jadikan mereka matahari hidayat. Dengan berkhidmat, bergaul dengan mereka juga boleh menjadi asbab hidayat.

Wahai Allah jadikanlah kami semakin dekat padamu. Jadikan kami asbab hidayah untuk umat. Dengan melihat kami, mendengar percakapan kami, bertemu, berselisih dengan kami. Wahai Allah berilah hidayat kepada kami dan umat.- -ebit lew


Teringat seorang kawan ini dengan isterinya bagaimana dia setelah mendapat hidayah. Mereka bertemu di kilang. Bercinta. Kehidupan mereka sangat hanyut. Kelab malam. Minum arak. Sangat sosial. Tidak solat dan sangat jauh dari Allah.

Sehinggala mereka kahwin. Masih jauh dari Allah. Setelah 5 tahun kahwin. Mereka tidak mempunyai anak. Satu hari ada jemaah masjid dan ajak dia ke masjid. Dia cukup anti dan marah. Sentiasa mengelak. Lari ikut pintu belakang. Satu hari jemaah ini tunggu pintu depan dan pintu belakang. hehe..kena juga aku akhirnya. Menurut ceritanya.

Beliau akhirnya pergi masjid dan mula bersama program amalan masjid selama 3 hari. Ditakdirkan Allah beliau mulai berubah. Beliau menangis kerana sangat menyesal tidak membawa agama dalam rumahtangga selama ini. Malam itu blia beliau pulang ke rumah. Beliau peluk isterinya dan menangis.

Isterinya tanya kenapa? dia terus menangis. Esok pun sama. Selama beberapa hari beliau menangis dan akhirnya dia kata. Sayang abg minta maaf kerana tidak amalkan islam. Abang salah. Abang nak duduk dengan sayang dalam syurga. Marilah kita sama-sama berubah. Isterinya juga menangis sepanjang malam mereka bertaubat.

Isterinya diajak juga program wanita selama 3 hari. Bila iman masuk dalam hati, isterinya kini sangat hebat dalam mendidik dan mengajak wanita. Sangat tabah dan hikmah.

Ya Allah berilah isteri-ikami dan semua wanita fikir Nabi SAW. Wanita sangat lembut tapi kurangnya usaha ke atas hati dan iman mereka. Wahai suami yang faham nilai iman ini. Jangan kerana kelalaian kita seluruh keluarga kita dibakar dalam neraka.- ebit lew
 


Berkongsi pengalaman seorang sahabat saya berkulit putih. Wajahnya menunjukkan beliau sangat dekat ALLAH. Sewaktu di Satu Masjid di New Delhi pada tahun 2003. Bila dia buka baju dan pakai baju pagoda, badannya penuh tatu. Dia bekas penyanyi kumpulan rock di US. Dia cerita saat dia memeluk Islam. Umurnya sekitar 45 tahun.

Waktu malam beliau bangun awal untuk tahajud dan menangis di depan Allah. Dalam tempoh 3 tahun dia masuk Islam. Setiap tahun seorang ahli keluarganya masuk Islam. Dia kata bila dia dakwah orang lain dan memberi masa untuk belajar dan menghidupkan agama di tempat lain, Allah beri hidayat kepada ahli keluarganya. Tapi dia tidak berhenti menangis untuk ahli keluarga. Dia menceritakan saat gembira ahli keluarganya memeluk Islam.

Tapi katanya sekarang dia berharap bekas isterinya akan masuk islam. Walaupun isterinya kristian yang sangat menentang. Esoknya dia berlari ketika jumpa saya dan menunjukkan surat isterinya yang sudah masuk Islam. Subhanallah, baru semalam dia cerita tentang isterinya, Allah beri hidayat keesokan harinya. Dia tahu apa yang mahal dan bernilai sebenarnya. Dia serius nak hidayat.

Dalam masa 3 tahun dia telah digunakan oleh Allah asbab lebih 300 orang masuk islam. Akhirnya kesungguhannya meyebabkan Allah beri hidayat kepada ahli keluarganya.

Bagaimana kita berapa orang telah kita ajak masuk islam?

Ya Allah hantarlah kami dan keturunan zuriat kami di seluruh dunia dan menjadi asbab manusia yang tidak kenal Allah mulai mengenal Allah - ebit lew


Teringatkan semasa menjalankan dakwah di satu kolej swasta satu waktu dahulu. Saya mengajak mereka pergi ke program memakmurkan masjid. Ramai antara mereka tidak pernah solat dan jika ada solat pun cuma 1 waktu.

Saya berjumpa dengan pengarah dan warden. Mereka memberi kebenaran pada saya. Segala puji bagi Allah saya berkenalan pelajar yang sangat jauh dari amalan agama tapi mereka sangat sukakanamalan agama.

Mereka sudah lupa cara dan bacaan dalam solat. Lebih kurang 25 orang mengikut saya program di masjid berhampiran. Mereka tidak berhenti bertanya dan kesungguhan mereka belajar iman dan agama.

Saya selalu sedih dan sebak bila melihat remaja yang kelihatan sangat rosak tapi mereka sangat dahagakan agama.. Iaitu remaja-remaja kita sangat baik. Tapi kurangnya usaha untuk mengajak mereka.

Tapi selepas itu, ketika saya ingin masuk security mula menghalang saya. Ketika sedang saya memberi ceramah di surau, saya dipanggil oleh security dan dihalau keluar. Saya berkeras tapi tetapi dihalau.

Rupa-rupanya pihak pentadbiran mereka memang kurang berminat program agama begini dan takut pada bayang-bayang sendiri.

Saya dihalau dengan hina. Dan jika saya membawa makanan untuk menziarahi pelajar ini, saya dipandang dan dipantau. Sedihnya ketika itu. Tapi inilah nilai hidayat. Sedikit sangat dan tiada apa-apa sebenarnya jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi SAW dan sahabah.

Segala puji bagi Allah, pelajar-pelajar ini mulai solat dan sibuk dengan belajar dan kerja-kerja dakwah.

Semenjak hari itu mereka di marah dan dipanggil oleh pentadbir. Maka kata pelajar ini, ketika kami jahat, tidak solat, kaki clubbing, tidak ada orang pedulikan kami, Tapi bila kami bersungguh dalam mendekat diri pada Allah, kami dihalang dan di marah. Mereka menangis kerana terlalu sedih. Mereka bercerita pada saya dengan menangis.

Saya menangis melihat remaja berumur 18-21 tahun menangis demi Islam. jika saudara melihat muka dan gaya mereka yang brutal mesti macam tidak percaya. Tapi itulah keajaiban Islam dan nikmat Islam

Sehinggakan 2 orang pelajar bukan Islam masuk Islam kerana berkawan dengan pelajar-pelajar ini. Wahai Allah ampunkanlah dosa kami semua.

Berilah hidayat kepada semua paderi-paderi di sabah dan Malaysia. kasihan mereka, mereka berkorban habis-habisan tapi bukan untuk agama yang kau Redhai. Wahai ampunkan dosa kami semua kerana tidak berdaya untuk buat apa-apa. Wahai Allah sampaikan kalimah Laa Illa Ha ILLALLAH MuhammadurRasulullah ini kepada semua orang Kristian yang menyambut keramaian mereka- ebit lew