Friday 24 February 2012

Thursday 23 February 2012

Kisah si penebang kayu dgn kapaknya

Dgr radio ikim setiap pagi, sedikit sebanyak buat aku rasa heppy..alhamdulillah. Kali ni aku nak berkongsi cerita kisah si penebang kayu dgn kapaknya.

Ada seorang penebang kayu yg selalu berjaya menebang pokok menggunakan kapak kesayangannya. Setiap hari dia akan menumpaskan pokok-pokok gergasi dengan berbekalkan kapaknya itu. Setelah bertahun-tahun, pada suatu hari si penebang kayu diminta oleh penduduk kampung untuk menebang sebatang pokok kayu di hujung kampung. Tanpa berlengah-lengah, dia berusaha sekuat mungkin menebang pokok tersebut. Setelah beberapa jam bekerja...pokok tersebut masih belum mampu ditebang. Si penebang kayu sangatlah hairan dan semakin berputus asa. Orang kampung yg melihatnya merasa sangat kasihan.

"Wahai penebang kayu, cuba kamu cari puncanya, kenapa kamu tidak berjaya menebang pokok tersebut?" kata penduduk kampung.

"Entahlah kenapa, hari ini aku sangat bernasib malang agaknya, aku tidak mampu menebang pokok ini dari tadi" jawab si penebang kayu.

Kapak ditangannya di belek-belek, dan akhirnya dapatlah dia tahu asal punca kegagalannya...

Rupa-rupanya, telah bertahun-tahun kapak itu digunakan tanpa diasah menjadi tajam. Disebabkan ketumpulan kapak itu, si penebang kayu tidak dapat menebang pokok pada hari tu.

Kesimpulannya, setiap dari kita yg sedang asyik mendaki tangga kejayaan, seringkali lupa dan leka untuk mengasah, menambah ilmu di dada, memperbaiki diri supaya kita mempunyai kekuatan dan bekal dalam menghadapi situasi baru dalam hidup. Seringkali kita merasa cukup dgn apa yg biasa kita usahakan. Dan selalu mengharapkan kejayaan yg lebih cemerlang. Walhal, setiap usaha yg tidak diperbaharui tekad, ilmu dan azam yg baru akan lama -kelamaan menjadi hambar sahaja.

Moga kisah ini menjadi ingatan buat kita semua.

Dicatit pada 23 Februari 2012 oleh mamaizzah.

Wednesday 22 February 2012

Moga baik-baik aje

Kisah dari ustaz badlishah, yg baik tak semestinya baik, dan yg buruk tak semestinya buruk.

Seperti kisah seorang tua yg hidup miskin di pinggir kampung. Orang tua tersebut mempunyai seekor kuda yg sangat cantik dan sangat disayanginya. Pada suatu hari, kuda tersebut telah lari masuk ke dalam hutan. Orang kampung yg mendengar berita itu merasa sangat kasihan pd si tua...ramai yg membisikan.."sudahlah miskin, kini ditimpa pula malang, kudanya telah lari ke hutan"..orang tua yg mendengar kata-kata tersebut sentiasa berlapang dada. Beliau selalu tersenyum sahaja. Selepas beberapa hari kuda tersebut hilang, tiba-tiba kuda itu kembali pada si tua, dengan membawa beberapa lagi ekor kuda liar bersamanya... Alangkah bersyukurnya si tua. Itulah azimat kata-kata penguat semangat si tua.."Yang baik tak semestinya baik, dan yg buruk tak semestinya buruk"...Allah jua yg maha tahu apa yg dikehendakiNya untuk berlaku dalam kehidupan seharian manusia.

Tidak akan datang satu kebaikan ke atas manusia, walaupun seluruh alam ingin memberinya kebaikan tersebut melainkan dengan izin Allah, dan tidak akan datang satu kemudharatan ke atas manusia, walaupun seluruh alam ingin memberinya mudharat melainkan dengan izin Allah jua.

Berpesan-pesan pada kebaikan, moga hati dan jiwa jadi tenang. InsyaAllah...

Tuesday 21 February 2012

Cinta Rasul s.a.w

After listening to ceramah ustaz don about Cinta Rasul, my heart feel so calm n peaceful...all muslim must try their best to improve our luv to our Nabi...

Belajarlah cinta pada Nabi,
Pasti kita akan rasa tenang, walaupun kita sedang menangis,
Pasti akan rasa seronok, walaupun kita dibenci,
Pasti hidup kita indah, walaupun kita hidup susah,
Belajarlah untuk cinta Nabi. s.a.w...

Sunnah-sunnah nabi yg mendekatkan kita padanya, moga mekar rasa cinta kita pada nabi dengan amalan sunnah secara istiqamah...insyaAllah, (Sumber : http://1khalifah.wordpress.com/2011/10/21/memelihara-sunnah-nabi-saw/)

Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.

Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.

Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.

Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.

Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang sama keluar dari najis kita.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:

Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.

Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.

Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.

Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.

Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.

Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah suatu perkara yang besar untuk kita.

Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.

Friday 17 February 2012

Kisah Kopi dan Telaga

Kisah bermula dengan seorang pemuda yang merasakan hidupnya penuh dengan masalah. Kerana terlalu tertekan, dia berjumpa dengan seorang tua yang bijaksana untuk mengadu masalahnya. Orang tua tersebut hanya tersenyum lalu menyuruhnya mengambil segenggam kopi dan segelas air.

Orang tua itu meminta pemuda tersebut membancuh kopi tadi dalam air dan meminumnya. Pemuda itu membuat seperti yang disuruhnya, tetapi meludah dan membuang air yang diminumnya kerana ia terlalu pahit.

Orang tua itu kemudian menyuruh pemuda itu mengambil segenggam kopi juga, tetapi dibancuhkan ke dalam air telaga di belakang rumahnya. Pemuda itu menurut. Selepas sebati kopi tadi dengan air telaga itu, dia meminumnya.

"Sangat menyegarkan air dari dalam telaga ini." "Kau tak merasa pahit kopinya?". "Tidak lansung,wahai orang tua." Lalu orang tua itu terus menerangkan pengajaran di sebalik suruhan-suruhannya tadi.

Segenggam kopi adalah kepahitan hidup yang dirasai oleh semua orang, tidak lebih dan tidak kurang. Payah susahnya, ia tetap dalam sukatan yang sama. Tetapi bekas air yang kau gunakan untuk meminum air kopi tersebut, samada dalam sebiji gelas atau sebuah telaga adalah umpama hati kita. Sekiranya hati kita sekecil bekas gelas, maka terasa amat pahit malah tak tertahan nak menanggungnya. Tetapi jika kita besarkan hati kita, seluas dan sedalam telaga, maka rasa pahit itu akan hilang begitu sahaja, malah kita merasa segar dengan air bancuhan kopi dari telaga tersebut.

Jadi sentiasa berlapang dada dalam menghadapi kesukaran dalam hidup ini. Besarkan hati anda sebesar2nya, InsyaAllah, kesukaran hidup ini akan lebih mudah dihadapi. Penghujung cerita, ustaz turut berkias berkenaan kisah sang ultraman. Ultraman akan membesarkan badannya sebelum melawan raksasa. Maksudnya, ultraman menyesuaikan dirinya mengikut keadaan dalam menghadapi setiap masalah.

p/s: Cara kita men'handle' sesuatu masalah itu adalah lebih penting berbanding asyik menceritakan masalah tersebut..moga jd panduan dalam diri aku..insyaAllah...

Monday 13 February 2012

Pengaruh JJCM

Sibuk mencari Cookies Wagon untuk try red velvet cupcakes...Alhamdulillah, akhirnya dapat...

Singgah ke pasar borong selangor, en suami beli pepahat sekilo rm12.00, soh aku masak "pepahat berlado", belasah ajelah..heheheh..alhamdullillah en suami makan dgn berseleranya...Ini semua gara2 menonton Jalan2 cari makan...hehehhe

Thursday 9 February 2012

Potong kuku

Amalkan sunnah Rasullah, moga hati tmbh sayangggggg pada baginda. Aku ni asyik terlupa, so kena tempel lah gambar ni untuk jd rujukan. Cara potong kuku ikut sunnah Rasullah. Kredit to panduanislam.com

Rindu sangat dengan kenangan ni

Kenangan masa dulu mengusik balik hati aku, rindu pada 'kawan2' yg dah lama aku tak jumpa..mesti diaorang pun ingat2 lupa kat aku. Keje tempat lama dulu, sangat heppy walaupun kerja melambak2, kerenah student tak terkata, aktiviti yg sentiasa penuh setiap masa, TAPI aku rasa sangat2 happy...must appreciate all those memories...

memori damai laut, perak
shida & kak shida

breakfast tepi pantai

damai laut

majlis makan2 kolej

insan2 yg kukenang jasanya

salam kenangan...

meja kejaku yg serabut, tp sgt 'tenang'

Saturday 4 February 2012

Belajar erti untuk bangun

Jatuh bangun memang adat hidup di dunia ni...bila kita dah cuba buat yg terbaik, ada aje mulut2 yg tak senang dgn apa yg kita buat. Memperkecilkan niat baik kita. Down nya hati, bila cuba nak bangkit, mulut2 jahat manusia lain sering buat aku nak terduduk semula. Biarkan semua itu ipah, abaikan sahaja, asalkan kita tak mengganggu hidup orang, tak menyusahkan orang. But, i am also curious about myself. I AM NOT THE SAME PERSON anymore. Makin kuat meragam, makin cepat berkecil hati, makin low self esteem, makin negatif setiap masa, makin tak pandai nak buat kerja bagai...hahahahhahaha...

p/s: Do i really need to get out from here? What will happen if i cannot manage my new work at new place?

Friday 3 February 2012

Mencari kekuatan

Bila difikirkan, memang lah sangat kecil 'dugaan' yg melanda, rasanya kalau bercerita dgn manusia2 lain, pasti digelakkan nya. Tapi diri ini yg menghadapinya, diri ini yg setiap hari perlu menempuhnya..diri ini juga yg sering mengalirkan air mata. Andai kata, diberi kemudahan dan peluang, pasti aku pilih untuk tidak lagi berada di sini... : (