Thursday 14 September 2017

Tafsir Alquran Bersanad Maulana Hadi

Bismillah;

Dari Tafsir Alquran Bersanad Maulana Hadi Surah Albaqarah;

Tentang Perang Uhud

Orang Islam kalah sebab kurang Taqwa 😭😭;

Peringkat Awal perang Uhud pelik; awal-awal lagi Khalid Al Walid (time tu masih kafir) datang dan kata:

Haih tak boleh menang ni; Rasul Allah susun strategy dah cantik dah!

Sahabat Nabi turun dari Bukit; ustaz pesan jangan tafsirkan sahabat Nabi turun bukit sebab rebutkan harga ghanimah;

Bukan! bukan!

Mereka turun kerana sebahagian mereka anggap perang sudah habis; Nabi pesan duduk atas bukit sewaktu perang sahaja;

Jadi dari 50 org di atas bukit, 30 orang turun;

Khalid Al Walid tgk atas bukit tak ramai. Allah memang berikan kelebihan pada Khalid Al Walid hebat dlm berperang.

Khalid bunuh habis orang atas bukit,

Jadi sudah bertukar orang kafir duduk atas bukit, orang Islam duduk bawah.

Tidak jaga arahan Nabi kurang taqwa 😭😭😭; dapat Bala!

Kematian Bapa Saudara Nabi Hamzah sgt2 menyedihkan 😭; dilapah perut dimakan hati;

Kata Nabi - saya akan tuntut bela dgn kematian hamzah

Teguran Allah jawab - Tiada campurtangan engkau Muhammad dalam urusan agama sedikit pun;

Sama ada Allah boleh matikan mereka, mereka bertaubat atau kafir di akhirat; sesungguhnya mereka memang golongan zalim;

Bagaimana pengakhiran mereka semua itu urusanKu.

Pembunuh Hamzah - Washi (sgt cekap diupah khusus untuk bunuh orang tertentu)

Washi orang paling dibenci Nabi tapi kemudiannya Washi masuk Islam 😭😭😭;

Nabi tak boleh pandang muka Washi kerana teringat bapa saudaranya 😔;

Selepas kewafatan Rasulullah; Washi + Khalid Al Walid (2-2 sudah islam) Bunuh ketua yang telah memurtadkan ramai orang Islam - kata Washi mudah-mudahan Rasul Allah tidak benciku lagi di akhirat 😭😭😭

#TafsirMaulanaHadi
#CatatanPuanCahaya

Apabila dengar cerita tentang Perang Uhud memang sebak, lagi-lagi tempoh hari dengar cerita betul-betul depan bukit uhud 😭;

Allah Rindunya Tanah Haram!

😔😭😭;

****

Astagfirullah hal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad

Wednesday 2 August 2017

DIET CARA KEKNIE PART 2

**Revision Notes**
*utk mereka yg pelupa ðŸ˜‚
1. Nasik tak buat awak gemok. Awak yg buat diri awak gemok bila awak makan nasik lebih dr had yg diperlukan.
2. Makan terlalu sedikit tak buat awak kurus. Makan banyak konfirm buat gemok. Makan secukupnya dan berpada2 insyaAllah akan kurus.
3. Jaga masa makan. Jgn skip makan. Skipping meal buat awak kurus sekejap, merana lama. Jangan cuba2.
4. Teh hijau, kopi hijau, teh jepun, chia seed, lemon, itu semua hanya membantu dlm proses weightloss. Tetapi, ia tidak membuatkan awak kurus hanya dgn itu sahaja. Tetap kena jaga makan dan kena workout.
5. Kafein membantu utk boost metabolisme tapi kafein jugak ada side effectnya sendiri seperti degupan jantung laju, susah tidur, takde selera makan. Sbb tu, sentiasa berpada2. Benda yg boleh bntu awak lose weight juga boleh buat awak susah nak lose weight bila awak ambk secara berlebihan.
6. Sentiasa kawal stress anda. Rehat ckup, tido cukup, makan ckup, aktif cukup, insyaAllah kurus.
7. Oat bukanla sejenis makanan khas utk kurus. Oat adalah sejenis karbohidrat, sama spt carbs lain spt nasik, roti, kentang perlu diambil mengikut had nya. Apa saja yg berlebihan tidak akan buat awak kurus.
8. Drink more plain water. Tak perlu air detox segala. Your body needs water.
9. Untuk kurus tidak semestinya perlu berbelanja besar. Makanan kita sepatutnya sama je mcm org lain sbb kita nk jdkan ni lifestyle. Bezanya adalah pada cara masakan dan portion makanan. Diet awak sepatutnya boleh survive di mana2, bukan bila keluar rumah terus tatau nak makan apa. Diet yg sihat sepatutnya lebih menjimatkan dan berkualiti.
10. Tolongla lupakan segala ubat kurus dan supplement dipasaran yg claim bleh loss banyak dlm seminggu dua. Berlaku adil lah pd badan anda. Awak dh gemokkan dia 1-2taun, tiba2 nak kurus dlm sebulan. Jgn tamak sgt. Org tamak slalu rugi.
Ok 10 je dlu. Ni notes borak2 je. Notes serius nnti la plak. Hehe
Keknie.D

DIET CARA KEKNIE

1. Mesti ada TARGET
 02/08/2017 - 89kg 
01/12/2017 - 75kg

my BMI = 34.7 KATEGORI OBESE ualls
2. TARGET mesti LOGIK
Turunkan 15kg 
3. Ada tempoh masa capai TARGET
4 bulan bermula 02/08/2017 hingga 01/12/2017
4. Be RESPONSIBLE
Jangan pandai buat target sahaja, kena laksanakan.
5. Buat secara bertulis
  • Berat 75kg,
  • Pakai saiz L, 
  • Muat baju kurung lama

1. Jadikan tabiat minum air yang cukup.
2. Kurangkan gula garam dan minyak
3. Diet dengan nutrisi yang seimbang 
4. Makan dengan portion yang betul dan waktu makan yang tepat.

Wednesday 31 May 2017

Resepi - To be cook by me

AYAM PERCIK

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup ( dikisar )
  • 1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
  • 1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
  • 1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 3 -4 biji buah keras ( dikisar )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji kelapa diambil 1 liter santan -
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah
  • Minyak masak untuk menumis


Cara Penyediaan

1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak keluarkan ayam tadi dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.
** ayam boleh juga di bakar di atas arang… tp saya bakar dalam oven utk lebih mudah

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

BAHAN-BAHANNYA
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....

Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan:-
-2 cawan nasi putih
-5-6 ekor udang sederhana besar
-2 ekor sotong
-2 ulas bawang putih
-1 biji bawang merah
-1 sudu makan perencah tom yam [ Boleh lebihkan ]
-lobak merah
-lada benggala
-3 batang shitake mushroom
Cara-Cara:-
Buang kulit udang dan tinggalkan ekornya. Belah belakang dan cuci kekotoran. Potong sotong kecil-kecil. Tos dan ketepikan.
Lobak merah dan lada benggala didadu. Potong nipis-nipis shitake mushroom.
Tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan perencah tom yam. Kacau seketika.
Masukan sotong dan udang. Goreng sehingga separuh masak.
Masukkan nasi putih, lobak merah, lada benggala dan shitake mushroom. Gaul rata.
Apabila sayur kelihatan layu, tutup api.
Sedia dini
mati.

SAMBAL GESEK


bahan : 
segenggam cili padi

segenggam ikan bilis
suku biji tomato
air asam jawa / perahan limau kasturi
sedikit garam kasar
kaedah : tumbuk semua bahan sampai lumat
*kalo sukatan bahan mcm kt atas ni bleh mkn sampai 3 hari...hehe.

Friday 12 May 2017

Andai tiba saatnya

Jantung aku berdetak laju sejak belakangan ini, susah sungguh utk tenangkan kelajuannya, seolah-olah sedang berkejaran..sedangkan aku duduk bersahaja di depan tv. Agaknya banyak tugasan menunggu di tempat kerja, buatkan aku tak senang hati. Redhalah wahai hati, inilah punca rezekimu, Moga bantuan Allah selalu di sisi.

Andai tiba saatnya, kalau aku dijemput pergi. Apa agaknya amalan ku yg akan membantuku di sana nnt. Terasa seram sejuk memikirkannya. Dosa lampau yg masih belum terampun lagi agaknya apa lah kisahku nnt. 

Meninggal suami dan anak3 pasti bukan satu pilihan. Andai ini saatnya, moga kalian akan mampu menghadapinya. Tidak akan cepat walau sesaat dan lambat walau sedetik, jika telah tertulis andai telah tiba saatnya nnt.

Isteri kedua abah telah meninggalkan kami, permergian yang agak mengejut di kala tiada perkhabaran serius berkenaan arwah. Tanggal 30 April 2017, arwah pergi buat selamanya. Abah tampak tenang, mungkin sebab agak lama telah berbakti menjaga arwah, kini, abah pasrah dengan kehendak Ilahi.

Sehari sebelum pemergian arwah, keluarga ku dikejutkan dengan pemergian sepupuku, kak aminah isteri abg tapa, baru sebulan setengah yg lepas suaminya  meninggal dunia, akhirnya arwah menyusul cinta sejati mereka. Tinggallah anak2 tanpa ibu dan ayahnya. Sayu memikirkan, tapi ini semua ketentuan Ilahi.

Yang ditinggalkan pasti lelah menghadapi kehilangan demi kehilangan. Kalau hilangnya orang, masih tinggal sisa-sisa harapan untuk ditemui. Andai dijemput pergi, hanya doa buat pengubat rindu tak bertepi.

Friday 21 April 2017

Kejutan utk besday mama

Walaupun da tau, tp tetap terharu.. Hehehe..dpt surprise coklat bouquet dr en.suami..heheh..

Selepas 9 tahun kawen weiii..baru merasa..


Saturday 15 April 2017

Kata-kata Syeikh Tantawi

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik utk menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil. 

Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kita. 

Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kita buat dosa kepada-Nya dan sekali kita bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kita akan jumpa cinta yg hakiki" 

Wednesday 12 April 2017

Iffat 3 bulan

Genap iffat 3 bulan hari ini. Checkup di kk seri kembangan, berat 3.6kg. Alhamdulillah.
Patutnya masuk kerja hari ini. Tp sambung sampai bulan 5. Senang hntr terus pd nany.

Mood hari ni kurang baik sgt. Hati sayu sgt. Rasa mcm jiwa ni kosong. Rasa tak diperlukan pun ada. Entahlah..

Kena byk2 ingat Allah ipah..berharap pd manusia, itulah jdnya, letakkan pengharapan sepenuhnya pd Allah..Allah takkan tinggalkan kita.

Wednesday 5 April 2017

Diuji lagi...

Kelahiran kali ke3 ni diuji dengan masalah pendarahan tidak berhenti2. Semalam 4.4.2017 try checkup di klinik jamaeton, doktor jamaeton hanya refer ke hospital, hasil checkup nmpk rahim dlm.keadaan normal. Kemungkinan pendarahan ini disebabkan ketulan fibroid dl rahim. Allhuakbar, kali ini diuji lg dengan penyakit. Moga Allah beri kesembuhan pd penyakit yg kuhidapi.

Tuesday 4 April 2017

Appoinment ENT iffat Serdang

Alhamdulillah dah lepas appoinment telinger utk iffat.. No.more ent appoinment after this. Just monitor speech iffat nnt.






Sunday 2 April 2017

Start my journey with jomsihat

Coach arif

Berat : 86kg
Tinggi : 160cm
Tahap obese : tahap 3
Ukur lilit pinggang : unknown kena beli tali tape nnt..

Day 1 4.4 2017
1. No air manis
2. Nasi segengam only
3. Jalan kaki 30 minit per day

Anak3 mama



Asam pedas selera en.suami

1st time masak, kurang masam, kuah pekat, ikut selera en.suami. Memang berselera en.suami makan, habis semua diratahnya ikan dan makan roti cicah asam pedas lg tu..hehehe..seronok menengoknya.. ALHAMDULILLAH...


Dugaan lepas bersalin kali ke3

Assalamualaikum, lepas bersalinkan muhammad iffat lain pula ujian kali ni. Pendarahan tak henti2, sejak dr bersalin hari tu. Suspek utama adalah sebab BTL tu. Hormon jd inbalance. Allahuakbar. Sayu rasa hati, bila bergerak sikit je, darah tumpah mcm air.

Bersalin 11.01.2017
Darah nifas sehingga 5.3.2017
Stop 8 hari
Heavy period since 13.3.2017
Emergency 15.3.2017 doktor kata takde apa2. Discaj tp darah still continue sampai sekarang.

Nak solat pun susah skrg ni, rasa tak selesa sgt, sakit senggugut pula tu, serba tak kena rasanya.

1st treatment 15.3.2017 di emergency room dpt ubat tranacid 250mg
2nd treatment darusyifa bangi dgn ustazah sofiah 02.4.2017

Monday 30 January 2017

Sakit lama muncul kembali

30.01.2017

Belum lagi muhammad iffat discaj dari hospital, kaki aku da start berdenyut2 mcm sakit yg dulu, cuma kali ni di kaki kiri.

Allahu..Allahu.. Jauhkanlah aku dr sakit yg dulu. Aku takut aku tak kuat kali ni nak menghadapi sakit yg dulu.

Pengalaman dulu cukup memeritkan. Ringgan di mata orang, berat di bahu aku yang memikulnya. Kalau dikenang kenangan lama, tak terkira air mata yg mengalir waktu diuji dulu.

Friday 20 January 2017

Berpantang tanpa dia di sisi

Aturan Allah itu selalunya sempurna, walaupun payah utk dihadam, biasanya aturan itu yg paling sesuai utk hambaNya.

Hari ke 10 berpantang tanpa si chumel, aku nampak kuat tp dlm hati Allah jua yg tahu.

Dr chumel lahir, mama tak pernah cium dan dukung lg, rasanya mcm seorang mama yg useless pun ada. Bila tatap gambar di hp, berderai airmata.

Kalo chumel balik, pun mama takut tak mampu jaga chumel dgn baik. Apalah yg akan kita lalui nnt chumel.

Chenta Hati Mama yang chumel

11.01.2017

Tarikh keramat lahirnya chenta hati mama yg no.3

Warded hari Isnin 09.01.2017, bila doktor suspect berat baby tidak bertambah. Doktor minta mama stay di ward utk pemantauan.

Terus dapat injection hexa utk matangkan paru-paru baby. Persediaan awal jika ada keperluan untuk emergency ceaser. Memang quite sakitlah injection tu. Termenung sekejap bila nurse tu duk cucuk.

Kemudian ditolak ke pac utk pemantauan bp. Serabut sgt masa kat pac ni. Rasa tak keruan sungguh. Abg tak boleh masuk pula masa ni. Planning awal nak pi makan kari kepala ikan kat shah alam terkansel secara automatiknya..huhu

Lama sungguh menunggu kat pac, dah start call mak, angah maklumkan keadaan aku. Abg balik melaka utk amik mak ptg tu lepas amik izzah balik sekolah. Semuanya berjalan dengan pantas. Allah mudahkan semua urusan.

Ptg tu dlm jam 6.30 baru dapat masuk ward. Letih sungguh rasa. Dapat ward kelas 3. Masa ni aku da redha. Alhamdulillah, bila kita redha, lebih mudah penerimaan kita.

Tuesday 3 January 2017

Azam Tahun 2017

Mohon pada Allah supaya hati mencintai al-quran, mencintai solat, mencintai sedeqah. Mohon sungguh-sungguh pada Allah.

*KENAPA KITA MESTI ISTIQAMAH MENGAJI*
TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR :
Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
■ Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
■ Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
■ Jika mati org yg suka baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah si pembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.
■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.
■ AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
■ Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat
■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
■ Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah di dalam kubur.
■ Masa mayat duduk, kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah... "😭
■ Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya ada alMulk dlm dada kita.
اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ
آميـــــــــــــــــــن
■ Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.
■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.
■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa