Tuesday 28 April 2015

Resepi dan Tips Mamak Haji

RESIPI ONION RING:

Bahan-Bahan Diperlukan:
- 2 biji bawang kuning (Holland) yang besar, kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2".. Pisahkan gelungnya satu persatu.
Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter).
- 1 biji telur.
- 1 sudu kecil garam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
- 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 cawan tepung gandum serba-guna.
- 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.
Cara Penyediaan:
Masukkan ke dalam sebuah bekas. Bancuh dan pukul rata semua bahan di atas. Masukkkan tepung dan air sedikit demi sedikit dan bancuh dengan sekata (gunakan pemukul telur tangan). Bila dah siap..bungkuskan dengan bag plastik dan simpan di peti sejuk..sekurangnya 1 jam yang terbaik simpan semalaman.
Nota: air digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji gun air biasa saja.
Cara Goreng:
1. Panasakan kuali masukkan minyak secukup, Minyak perlu panas (350F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalm 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan dlm tepung jagung gelang bawang, lepas itu masukkan dalam adunan tepung goreng. Hindarkan lelehan lebih dan masukkan dalam minyak panas.
3. Kepanasan minyak perlu kawal selalu supaya suhunya tidak naik. Kalau panas kecilkan api dapur. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak sempurna kelaurkan dan letak diatas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu masukkan satu persatu gelung bawang dan jangan terlampau banyak masukkan. Goreng batch by batch (4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dgn adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus biarkan serbuk roti menyerap air adunana tepung dan kering sekurang-kurangnya berada 30 minit di atas grill tray. Baru lah goreng yea..
7. Onion ring kena makan panas-panas. Guna serbuk roti boleh kekalkan lama sikit keranggupan. Kalau nak makan lambat, simpan dlm oven yg panas 200 Fdarjah atau 95 C supaya sentiasa ranggup. Selamat mencuba.

Kentang Goreng

Ini cara mamak haji selalu buat chip french Fries yang gereanti tak hangus dan cukup garing..Selepas potong kentang 1 cm tebal (mamak haji guna pisau bawah peyagat). masukkan cips ini dalam periok yang diisi air air dan garam (Garam utk cepat pecahkan kanji dan dibebaskan) biarkan dlm 10 minit. Panaskan air sampai mendidih, bila mendidih kecilkan api dapur biar keadaan reneh. Masak cip kentang dengan menguji dgn hujung pisau boleh tembus dgn mudah dah cukup masak..sebenarnya masak dlm 75% saja.

Toskan kentang dan biarkan ia sejuk. Masukkan dalam peti sejuk utk keringkan. Kalau masih basah..tekapkan dgn tisu dapur (kitchen towel). Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sampai lembut saja..jangan bagi tukar warna. Perlu putih lagi. Keringkan minyak dan simpan dalam peti sejuk bahagian atas.

kalau bubuh garam..ubi jadi keras...kalau masak kari ayam atau guna kentang..bagi kentang empuk dulu baru masuk garam..kalau tidak kentang tak empuk lembut yea..

Resipi Catni Hijau / Green Chutney:

Catnii ini sesuai utk makan dgn Roti Nan atau pun dengan ayam masak tandori.
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 1 cawan daun ketumbar segar.
- 1/2 cawan daun pudina segar.
- 2 tangkai cili hijau
- 3 ulas bawang putih.
- 1/2 inci halia.
- 1 sudu kecil jintan manis.
- 1 sudu besar kacang kuda / Gram dhal (kalau tak ada guna kacang dhal).
- 1 sudu besar jus limau nipis.
Cara Menyediakan:
1. Daun ketumbar, daun pudina, cabai hijau, bawang putih dan halia diblender halus dgn sedikit ait.
2. Goreng kering atau sagai jintan manis dan kacang kuda dan diblender halus. 
3. Adunkan semua bahanitu dalam sebuah bekas dan perah jus limau dan garam secukup rasa...dah siap dah chutney hijau anda.

RESIPI KENTANG DALAM MASAKAN INDIA: 3. BEGEDIL AYAM / CHICKEN CUTLET.



Begedil Ayam atau " Chicken Cutlet " adalah makanan ringan yang amat sedap dimakan bersama dengan sebarang menu utama.
Daging Ayam 250 -300GM (2 ketul bahagian dada yang standard). Dibersihkan dan dicincang halus.
5-7 bji kentang sederhana besar.
1 biji bawang besar dicincang.
2 batang daun ketumbar dicincang.
2 cili hijau atau cili merah dipotong halus.
1/2" halia dicincang.
1/2 sudu jintan putih (kalau suka berempah).
1/2 sudu serbuk ketumbar.
Secubit serbuk lada putih.
1 biji telur dipukul rata untuk disalut dan goreng begedil.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk goreng.

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ketulan ayam dan masukkan sedikit garam dan satu sudu besar minyak. Bila minyak panas masukkan bawang hiris halus, goreng sehingga layu, masukkan hirisan halia diikuti dgn rempah jintan putih dan ketumbar. Masukkan daging ayam yg cincang (kesluruhan masakan ini dalam api dapur sederhana), masak daging ayam sehingga masak, taburkan sedikit lada putih. Masukkan juga cili hirisan, daun ketumbar. Biarkan ia masaka 3 minit dan masakkan ini perlu dlm keadaan kering. Keluarkan dan simpan utk digaul dgn kentang lenyek.
2. Kopek kulit ubi kentang, potong dadu ubi kentang dan goreng sehingga lembut. Angkat dan toskan minyak berlebihan.Lenyek ubi dan adun bersama ayam tadi dengan garam yang secukup rasa. (ubi mudah dilenyek semasa masih lagi panas).
3. Gaulkan sehingga sebati bahan-bahan tadi dan bulatkan dengan saiz yang anda ingin dan diakhiri dengan leperkan sedikit (seperti cucur badak).
4. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Minyak perlu lepasi paras ketebalan begedil. Untuk goreng begedil perlu diingat minyak perlu panas. Jika tidak begedil anda akan bertaburan dalam kuali. Tentukan kepanasan minyak.
5. Setelah minyak panas, Celurkan dalam telur dan masukkan terus dalam kuali. Jangan masukan terlalu banyak begedil untuk digoreng dalam satu masa kerana ia akan menurunkan suhu panas minyak. Anda yang pertama kali buat cuba goreng satu persatu. Ingat! Kita bukan masak begedil ini tetapi cuma salutan telur yang perlu masak bukan isinya. Terbalikan gorengan dengan cermat apabila begedil itu telah mula bertukar warna. Gorengan ini cuma dalam 3-4 minit saja. Keluarkan begedil dari kuali dan letakan di atas tuala kertas dapur (kitchen towel) untuk menyerap minyak yang berlebihan. Hidangkan.
Selamat Mencuba!.

Resepi Chicken Wing


Resipinya mudah saja..
500gm kepak ayam, buat perencah utk perapan..
1 sudu besar minyak masak (mamak haji gunakan minyak bijan /sesame oil), 
4 ulas bawang putih di tumbuk /cincang halus,
1 inci halia dicincang halus,
 5 atau 6 sudu besar kicap manis, 
1-2 sudu besar serbuk cili dan 
1 sudu besar jus limau nipis dan garam dan aji yg secukup...
adun dgn kepak ayam dan peram dlm 4 jam. 
Tentukan kepak ayam di tebuk lubang utk penyerapan sos ini.

Bakar dalam suhu oven 200C selama 50 minit..dlm 30 minit pertama sapukan madu+air sedikit dipermukaan..mamak haji cucuk lidi dan tabor bijan utuk tambah sedap...



Tips

RESEPI PES HALIA BAWANG PUTIH:
Boleh dikatakan semua masakan dari nasi sehinggalah masakan ayam atau ikan gunakan pes ini. Tanpa pes ini tak adalah rasa kari mamak ori. hahahaha!.
CARA PENYEDIAAN:
1. Halia dibuang kulit (gunakan sudu) kalau gunakan pisau kopek buah memang baik tapi membazir kalau kuantiti banyak. Cincang kasar (chopped) - 1 cawan (cup).
2. Bawang putih kopek kulit (kalau rendam dlm selama 1 jam senang kopek). Kalau nak cepat..ulas bawang putih itu ketuk saja kalau jumlah sedikit dan cincang kasar - 1 cawan. OK ingat nisbahnya adalah 1:1..baik ia banyak mana pun tapi untuk permulaan buat untuk satu botol jem dulu.
3. Serbuk kunyit 1/4 sudu kecil. (untuk complexion warna saja kalau tak pakai pun tak apa).
4. Minyak masak 3/4 sudu. (untuk tidak basi dan boleh uga masukkan sedikit garam untuk tujuan sama).
5. Kisar halia dulu dan diikuti dengan bawang putih. Kisar halus dengan serbuk kunyit, garam dan minyak.
6. Masukkan dalam botol saiz jem dan simpan di peti sejuk. Ia boleh digunakan selama sekurang-kurangnya 6 bulan sekiranya gunakan cara baik. Ini boleh buat business kecil -kecilan ini hahaha!. Kalau anak masak lauk nak cepat tumbuk dengan batu lesong lagi OK...Pes ini sebenarnya ada dijual di kedai-kedai Mamak jual rempah....baik buat sendiri bagus.!!!hehehe. Harap dapat buat..simple and easy.
NOTA: Semasa kisaran atau menggunakan pes tersedia ini, jangan sekali gunakan tangan. Gunakan sudu yang bersih.

Kalau nak dptkan bawang goreng yang rangup segar dan wangi..hilis bawang..lumurkan sedikit garam dan tepung beras..tepung beras ini ajen pengering


kalau kisar rempah utk disimpan adunkan sedikit tepung beras supaya rempah kita boleh tahan lama...kelembapan udara boleh rosakkan serbuk rempah kita buat..