Monday 17 March 2014

Nukilan Hati 17.03.2014

Andai manusia tahu HIKMAH di sebalik MUSIBAH, pasti mereka senyum sentiasa...
TAPI manusia perlu sentiasa ingat JANJI Allah itu pasti...setiap musibah itu ada hikmahnya...yg paling terbaik untuk manusia itu sendiri. Itulah tanda KASIH Allah pada kita.

Ilham 17.03.2014


Makin besar dah anak mama.

Cerdik sungguh Ilham mama, kurniaan Allah...
Moga jadi anak yang soleh, mendoakan kebahagiaan ayah dan mama bawa ke syurga...

Ilham mama
Ayah n Ilham
Kakak takde mood nak ke sekolah.
Excited
Pakar 'Mengemas' Rumah...sila hubungi no. 019-xxxxx untuk mendapatkan khidmat saya...hehe
Nak saya tulung?

Camne nak keluarkan coklat ni?

Kakak ni sibuklah interprem...hehe

Wednesday 12 March 2014

Misteri Kehilangan MH370 - 08.03.2014

Terasa begitu kerdilnya kudrat manusia. Sebuah kapal terbang hilang tanpa jejak. Misteri MH370 berlegar-legar bicaranya di televisyen mahupun alam maya.

Tersentuh hati malam tadi, bila dgr Izzah seakan-akan berbisik2 sebelum tidur. Oleh kerana mama sgt kepochi, nak tau juga apa yg izzah bisikan..mama pun mencelah...

Mama : Izzah, cakap apa sorang2 tu...
Izzah : Ija doa mama..
Mama : Doa apa sayang?
Izzah : Ya Allah...selamatkan kapal tebang ya Allah..selamatkan selamatkan...(dalam nada pelat ija..hehhe)
Mama : Pandai anak mama..doa pada siapa ija?
Izzah : Doa pada Allah, semua kena minta pada Allah..

Terharu mama mendengarnya...anak kecil ini sudah faham apa yg terjadi. Terkesan juga sesi melukis dan mewarna di sekolah pada siang harinya. Terima kasih cikgu... :)