Thursday 24 November 2011

Biasa-biasa aje...

Hari ini hari K.H.A.M.I.S...nothing special pun nak diceritakan. Cuma today, I got a fews news...some are good and some are bad..Status terkini deployment for NEW system at our office...mcm suam2 kuku. Muka seposen semua orang buat aku rimas...heheheh..office politic...besa2 lah..mcm2 ragam..kena banyak2 sabar...Heheheh

Wednesday 23 November 2011

Jatuh chenta pada D.I.A

sejak 2 menjak ni memang aku kena sawan..bukan sawan yg penyakit tu, tapi sawan tak sakit lah sangat..cuma sawan mengilerkan red velvet...rasanya dah 4 kali percubaan buat kek ni...kali ke 4...jadik..sedap...tapi tak cantik rupanya...nak buat kali ke 5..mesti en suami naik muak...hahhahahah...

aku kan tak pandai deco, kenalah en suami buatkan..heheh

kena beli peralatan baking lagi ni...

tak sempurna...tapi sodappp..
Lama dah tak practise buat moist chocholate cupcakes..entah ingat lagi ke tidak caranya...yum..yumm..sedap lah pulak bila teringat...bahan dah ada kat umah..mlm ni soh en suami tolong buat lah...hehhehehe

Rezeki yang Allah bagi...

2nd batch pisang tanduk 15kg!
16 biji pisang yg besar2...

Langkawi Again 3rd Times

 Rezeki Allah bagi...tak pernah2 pi langkawi, tup tup tahun 2011 sampai 3 kali pi...huhuhu..siap pesan mr suami, tak mu dah pi sampai 2021 nnt...hehhehe...

Konon2 nak buat peace tp tak menjadi...hehhe

ntah apa yg digelakkan tu...

Excited ..."mama ingginyaa"
Shuttle bus yg menggerunkan..R.E.M.P.I.T 3.0...
Ikan Bakar 1...hehe

Gang gadoh izzah...aliya...hehehhe
Topi lagi besar dari Izzah...
Mr Suami melayan kerenah Izzah
Izzah keletihan...
Hasil tangkapan di Langkawi...
Tak dapat berjalan sakan, tapi sempatlah mr suami dan izzah bersiar2...aku ketinggalan menghadap meeting yg membusankan...hehehhe..layanzzzzzzz....

Monday 14 November 2011

Panduan Mendidik Anak

Muhasabah diri untuk didik Nur Izzah Afiah jadi insan berhati mulia

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguran setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Chicken Blackpepper

Semalam aku terajin lah pulaks, nak memasak bagai...pi c4 dgn mr.suami beli chicken whole leg 3 ketui...bercita2 nak masak chicken blackpepper..with mashed potato...setelah berhempas pulas (hehhe..takde pun sampai tahap camtu)...akhirnya menu ni berjaya disiapkan.

But sorry, ini bukan gambar sebenar..pinjam dari blog dapur-digital..(dahlah pinjam resepi, siap pinjam gambar lagi)...masa nak amik gambar, batery hphone en suami kong...lepas dah cas...menu ni pun dah selamat dimasukkan ke dalam perut..so termiised lah agenda mengambil gambar.

Komen : Resepi ni sangat sempoi, tapi memang sedap...timing masak ayam tu pun memang kena, tepat 40 minit, ayam siap dihidangkan...seleranya nak makan semalam...yum..yum..yum...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula (2 sudu besar gula dah cukup)
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya (En Suami letak sesedap rasa -His Favoret)
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara:
Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.

Gravy
Cara:
Masukkan 1 cawan air atau secukupnya kedlm loyang pembakar ayam tadi.
Kacau sikit.
Pindahkan campuran air tadi kedlm periuk.
Tambah tepung gandum 2 sdk, kacau atas api yg perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya
Angkat dan sedia utk diguna.

* Sukatan resepi ni anggaran sahaja....bole ditambah ikut citarasa masing2

Kentang Putar (Mashed Potato) - Qiqin pun suka...

Bahan-bahan:
    1 kg kentang Russet (Aku guna kentang biasa aje)
    1/4 cawan susu segar
    2 sudu besar mentega
    1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
    garam secukup rasa

Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan.




'Bersarang' sudah...

hehhehe...hampir2 aku sendiri tak kenal.."ni blog aku ker???" hehehhehe..sebab lama sangat tak update, dah bersarang blog aku...dulu masa start blog konon2 nya tanamkan azam akan update everyday.. -_- akhirnya tak tercapai hajatku...oklah akan kembali bergiat cergas dalam dunia blogging ni.

Teringat kata2 cik sanisah...rupa2nya dah masuk 5 bulan dia tinggalkan opis aku ni...huhuu..lamanya aiii...cepat betul masa berlalu...dah maknanya dah 5 bulanlah aku tak mengenjoykan diri duk kat sini...huhuhu...sabarlah banyak2 ye... -_-