Thursday 28 June 2012

Blood Pressure...huhuhu

Aku dah tergolong dalam manusia yg ada penyakit ni...huhuhu..so scary...bacaan BP aku semalam buat doktor bebel semacam.."Awak ni muda lagi, kena lah jaga kesihatan, BP mcm ni mcm org umur 40an tau, bahaya"..sedih aku mendengarnya...tapi bila balik uma makan berselera aje...bila en suami soh makan ubat, aku cakap.."takper..esok lusa turun lah BP tu"...wawawawawa...masak masakkkkkk....

Bacaan semalam 140:90 , borderline ikut graf kat bawah ni...huhuhu...

Kena kuat semangat ipa, jaga makan, turunkan berat badan, doa banyak2 pada Allah di beri kekuatan untuk lalui dugaan ini. Bila berat badan dah turun, insyaAllah...BP akan stabil balik..kuatkan semangat..and then ko boleh mengandung lagi..insyaAllah..insyaAllah...

Minta pada Allah biar kuat semangat...



Thursday 21 June 2012

Al Fatihah buat Ruhaya Abdul Hamid (Ibu Mertua) - Part Two

09/06/2012

7:00 pagi
Kami memulakan hari ini dengan pelbagai persoalan itu dan ini. Setiap soalan tak mampu diajukan pada sesiapa. Izzah terpisat2 bangun dari lena, mujurlah Izzah tidak meragam sepanjang berada di hospital. Betapa kasih Allah yang memelihara kami sekeluarga untuk malam yg sangat panjang itu.

7:30 pagi
Auni masih lagi di zon kuning, sedang berpuasa dan menunggu untuk satu prosedur menjahit luka pada kakinya yg agak parah. Aku rasa sayu melihat ketabahan auni yang bukan seperti budak sebayanya. Agaknya kalau aku berada di tempatnya, mungkin aku tak sekuat itu. Disebabkan aku sangat keletihan, aku tak mampu menemankan auni di wad kecemasan. Aku hanya menungu di tempat menunggu.

8:00 pagi

Sepupu suamiku sampai dengan isterinya. Mereka juga merupakan bapa dan emak saudara auni. Segera mereka mendapatkan auni. Aku memanjatkan syukur pada Allah, sekurang-kurangnya, kami lega sedikit bila ada bantuan yg tiba.

8:30 pagi
Pembesar suara berkumandang memangil waris pada Ruhaya Abdul Hamid. Ketika tu kalau diambil degupan jantungku, aku rasa pastinya melebihi had kebiasaan. Seperti pemecut larian yang baru menyudahkan pecutan 100 meter. Kami sangat2 takut menghadapi sebarang kemungkinan. En Suami bergerak pantas menuju ke zon merah wad kecemasan.

8:45 pagi
En suami kembali kepada ku memaklumkan yang emaknya dalam keadaan stabil. Doktor memohon persetujuan suami untuk melakukan prosedur memasukkan besi ke kaki mak. Dignosis menunjukkan mak hanya patah pada bahagian tangan, peha dan betis kiri sahaja. Kecederaan dalaman lain nampaknya tiada. Kami bersyukur sekali lagi. En Suami berasa sangat lega. Dijangkakan prosedur itu akan dibuat pada jam 1:00 tengahari. Kami masih menunggu lagi di ruang menunggu.

10:00 pagiAbang sepupu suami menyuruh kami pulang dulu ke rumahnya untuk mandi dan bertukar pakaian. Kebetulan rumah beliau di Bukit Melayu Subang berdekatan. Padaku ia merupakan satu lagi rahmat dan bantuan Allah berikan. Adik mak, cik ros juga sedang dalam perjalanan dan akan menggantikan kami sementara kami di rumah fendi.

12:00 tghari
Kami kembali ke hospital. Sejurus kereta masuk ke perkarangan parking, kedengaran pembesar suara memangil.."Waris kepada Rohaya Abdul Hamid sila ke wad kecemasan sekarang"...Hatiku mula tidak senang. En Suami kebingungan, terus berlari laju meninggalkan kami berkejar ke wad kecemasan. Aku juga pantas mencekup izzah dan membawanya ke sana.

15 minit kemudian, en suami maklumkan emak telah dikejarkan ke I.C.U, tadi degupan jantung emak telah terhentti. Kami hanya mampu berserah kepada Allah, mohon yang terbaik dalam menghadapi dugaan ini.

1:00 petang
Ramai sanak saudar telah sampai, bergilir2 melawat emak di I.C.U. Aku masih belum dapat menziarah emak. Tiada siapa yg berada di kerusi menunggu untuk memerhatikan izzah. Waktu tu terasa sunggu hati aku, teringat pada ahli keluarga ku. Andai mereka ada dekat dgn ku. En Suami masih menunggu di I.C.U.

Kemudian, aku dapat panggilan dari ibu saudara auni, mohon naik ke wad pembedahan. Auni akan menjalani prosedur menjahit lukanya dengan full bius. Budak itu kelihatan pucat wajahnya. Aku temankan auni sebentar sementara dia masih sedar. Selepas dia tidak sedarkan diri aku segera bergerak ke I.C.U. Akhirnya, aku dapat melawat emak. Keadaan fizikal emak sangat uzur. Muka emak nampak pucat tapi tenang sahaja wajahnya. Bersih kelihatan air mukanya. Aku dan en suami byk membacakan bacaan suci di telinga emak. Moga2 emak dapat mendengar bacaan tersebut. Tak lama berada di situ, aku beredar mencari izzah yg entah siapa menjaganya.

3:00 petang
Aku masih menunggu, izzah tertidur di ribaan ku. Tiada sepatah kata dapat diucap, tiada satu rasa yg mampu diungkap. Apa akan terjadi pada keluarga kecil kami ini. En Suami baru turun untuk tunaikan solat zuhur. Apa yg mampu aku ucakan adalah..

"Abang kena banyak2 doa, doa hingga menangis, kerana doa seorang anak untuk ibunya adalah doa yg mustajab...abg doa moga kita diberi bantuan, doa kalau emak panjang umurnya, moga sembuhlah dia, doakan juga kalau sudah sampai saatnya, permudahkan urusan emak...kita hanya mampu memohon, Allah yg menunaikannya.." En Suami diam sahaja, menitis air matanya. Aku cakap kat dia, abang kena redha...kalau ini saatnya..takkan cepat atau lambat walau sesaat..itu janji Allah..akhirnya kami menangis kesyahduan di ruang menunggu itu...

4:00 petang
Sekali lagi pembesar suara memanggil waris pada emak berkumandang. En suami baru sahaja selesai dari solatnya dan doanya yg panjang. Kami berlari mendapatkan emak di I.C.U. Makluman dari doktor, keadaan emak adalah kritikal. Andai di buka alat sokongan pernafasannya, emak mungkin akan pergi meninggalkan kami semua. En Suami tenang menerima makluman tersebut. Segera dia pergi mendapatkan emaknya. Berbisik memohon ampun dan maaf dari emaknya. Aku sangat sayu pada ketika itu. Seorang anak menghantar pemergian ibunya. Ya Allah, aku mohon padaMU, Kau kuatkanlah semangat suamiku...Akhirnya, jam 4:30 petang, arwah pergi meninggalkan kami menghadap Penciptanya.



To be continue...

Hikmah Musibah

Pagi ni dengar ceramah di IKIM. Alhamdulillah berkesempatan dengar my favoret ustaz berceramah. Antara intipati yang ustaz maklumkan berkenaan cara kita hadapi musibah. Memang tepat pada masa dan ketikanya, bila kami sekeluarga baru sahaja hadapi satu musibah kematian.

Ustaz berpesan, setiap musibah yg Allah bagi bukanlah tujuan nya untuk menganiya hambaNya tetapi merupakan satu ujian dan kemudiannya jika hambanya berjaya melalui ujian tersebut, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Dalam ceramah tu, ustaz turut kongsikan satu doa jika kita menghadapi musibah:

“Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Allaahumma’jurni fii mushiibatii wakhluflii khairan minhaa ”

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah aku dengan yang lebih baik (dari musibah ini).” (HR Muslim 2/632).

Ada satu kisah yg ustaz ceritakan berkenaan Ummu Salamah yang diuji dengan 1001 rintangan. Dipisahkan dengan suaminya, dipisahkan dengan anak2nya selepas beliau memeluk Islam. Meredah panas padang pasir mencari suaminya, dan bila berjumpa, suaminya mati syahid. Ummu Salamah telah berdoa dengan doa ini. Dan akhirnya, beliau telah mendapat pengganti yg lebih baik daripada suaminya. Rasulullah sendiri telah masuk meminang beliau. Jadilah Ummu Salamah isteri kepada junjungan kesayangan kita semua.

Bila kita hadapi musibah, kadang2 kita mudah menyalahkan orang lain. Mudah memaki hamun, mudah melepaskan amarah pada persekitaran kita. Alangkah ruginya kita bila mana kita tidak bersabar dalam menghadapi musibah tersebut. Kita tidak mampu mengubah persekitan kita tapi kita mampu mengubah cara kita menghadapinya.

Kena banyakkan berdoa, memohon semuanya HANYA PADA ALLAH. Kerana Allah menerima setiap doa hambaNya yang beriman padaNya. 

Sunday 17 June 2012

Al Fatihah buat Ruhaya Abdul Hamid (Ibu Mertua) - Part One

Terlalu banyak yg hendak aku coretkan sampaikan aku tak tahu nak mula kat mana. Dari satu kisah, membawa kepada kisah2 lain yg berlaku dalam hidup aku. Patutlah kebelakangan ini, hati aku begitu teringat pada MATI, rupanya ada kisah kematian yg bakal menjengah diari hidup aku.

Janji Allah itu benar, MATI itu adalah janji Allah, Mati itu adalah PASTI. Takkan cepat walau sesaat, dan takkan lambat walau sesaat. Bila Allah berkehendakan ia untuk jadi, maka ia pasti jadi. Semuanya kuasa Allah yg Maha Esa, siapalah kita, manusia kerdil yg mampu melawannya.

08/06/2012

10:30 mlm
Panggilan telefon dari abang aki tepat jam 10:30 mlm, membantutkan selera suami untuk makan. Dimaklumkan emak dan abah kemalangan jalan raya. Suami ku mula mcm cacing kepanasan, sangat2 terkejut dan sangat banyak teka teki bermain di kepala. Kami kemas barang keperluan, main campak2 aje baju mana2 yg ada. Terus gerak ke sg besar.

Handphone suami bertalu2 dapat panggilan telefon, sambil memandu, sambil jawab panggilan. Macam2 info yg kami dapat, sampai tak tahu info mana kami nak terima pakai. Ada yg kata mak nak dihantar ke hospital sg buloh, ada yg kata mak nak ke HKL, ada yg kata mak tak serius..macam2 lah. Aku hanya mampu mendoakan semuanya selamat hendaknya.

12.15 pagi
Kami tiba di hospital tanjung karang. Acu sekeluarga sedang menunggu, ateh karim, ngah odah dan suami juga ada di situ. Wajah2 yg kami lihat semuanya keletihan dan membingungkan. En Suami segera masuk mendapatkan abah dan mak di dalam bilik kecemasan.

Aku masih menunggu di luar. Lama juga en suami berjumpa dgn doktor, akhirnya keputusan dibuat untuk menghantar emak ke HKL dan auni ke Hospital Sg Buloh. En suami kebingungan, dua buah hospital yg bukan calang2 jaraknya. Kami hanya mampu pasrah dan redha.

01:30 pagi
Selepas keadaan emak berjaya distabilkan, doktor mengarahkan kami bergerak ke hospital. Aku menemankan auni dgn ambulan pertama. Acu menemankan emak dgn ambulan ke2. Izzah dibawa en suami menaiki kereta kami. Kelajuan ambulan yg membawa aku dan auni tak terasa disebabkan hati aku yg memang telah hilang semangatnya. Memikirkan keadaan izzah dgn ayahnya, memikirkan keadaan emak yg agak kritikal. Mujurlah auni dalam keadaan stabil. Hanya sebelah kaki kirinya yg luka teruk. Dia kelihatan tenang bila aku ada bersamanya.

Perjalanan selama hampir 30 minit tidak terasa dengan pergerakan ambulan yg sangat laju. Medical assistant yg turut sama dalam perjalanan tersebut sangat pandai mengambil hati auni. Aku lega seketika. Dalam hati, aku amat berterima kasih pada pegawai2 perubatan, medical assitant, pemandu ambulan...dan semua2 pegawai di hospital tanjung karang...sungguh lah terkesan di hatiku betapa kerja mereka sangat berkat dan bernilai di sisi mata masyarakat.

02:30 pagiKami selamat sampai ke wad kecemasan sg buloh, macam penyakit, ragam manusia yg dapat aku lihat. Perut aku kecut melihat keadaan pesakit di wad tersebut. Tak berapa lama kemudian, ambulan ke2 yg membawa emak sampai. Kami amat2 bersyukur bila pihak hospital sg buloh sanggup menerima mak sebagai pesakit. Kalau mak dihantar ke HKL, makin susah jadinya kami. En Suami terpaksa berulang antara 2 hospital pula. Berkat doa kami agaknya, mahukan yg terbaik dalam menghadapi situasi ini. Allah Maha Pendengar, rintihan hatiku didengariNya.

Kami bergeladangan di Hospital Sg Buloh. Izzah Afiah terbaring di kerusi hospital kerana keletihan. Aku curi2 meninggalkan dia, melihat keadaan auni pula. Pemeriksaan rapi dibuat ke atas auni. Risau ada pendarahan dalaman. Waktu aku berulang dari bilik auni ke tempat menunggu, aku lihat sekujur tubuh ditolak ke bilik MRI. Sangat tidak bermaya, terbaring kaku, kulihat emak di situ. Sangat sayu hati aku. Hanya doa demi doa yg mampu aku lafazkan.

Keadaan mak kritikal. Jantungnya mengepam laju darah ke seluruh badan. Mungkin tekanan dan rasa sakit yang amat menyebabkan emak tak mampu untuk berkuit walau sedikit.

6:10 pagi
Kami menunaikan solat subuh. Suami yg keletihan tidak mampu bercakap apa2. Izzah terpisat2 bangun. Juga keletihan disebabkan tidurnya yg tidak selesa.

To be continue...

Thursday 7 June 2012

Ikhlas menjadi sahabat

Keikhlasan adalah mainan hati. Pada wajah ia mungkin kelihatan berbeza. Lalu mentafsir keikhlasan orang lain – saya fikir – ia perbuatan sia-sia dan tidak berfaedah. Cukuplah dengan menjaga hati sendiri.

Begitu juga dengan berkawan. Berkawanlah dengan ikhlas. Jika tidak, acap kalilah kita akan berkecil hati atau memendam rasa. Kadangkala kita berfikir beliaulah yang paling rapat dengan kita. Di hati, rupa-rupanya tidak.

Hakikatnya, orang lain muncul memberi pertolongan ketika kita memerlukannya.
~ petikan dari http://muhdkamil.org/

Ketika aku sangat2 memerlukan motivasi seumpama ini, aku ditemukan dgn artikel ringkas dari blog prof. Sangat terkesan di hati. Berkawanlah dengan ikhlas, tanpa mengharap apa2 balasan dan jagalah hati sendiri, mengharap redha Allah lebih utama dari mencari redha manusia. Dalam berkawan juga perlu berhati2. Bila menaruh harapan yg terlalu tinggi kala menjangkakan dia sahabat sejati, bila2 masa sahaja hati ini boleh kecewa.

Teringat juga pesan seorang kawan tentang ikhlas. Bila aku sering bergurau dgnnya .."macam tak ikhlas je ni" atas sebarang bantuan atau pemberiannya. Balas kawanku, "Ikhlas itu umpama semut hitam, di atas batu hitam, di kala malam yg gelap gelita, usah bermain dengan perkataan ikhlas, andai kita sendiri tidak mampu menafsirnya". Dan pesanan itu terngiang2 di telinga...

Membina ikatan persahabatan dan berusaha mengekalkannya bukan perkara yang calang2 kalau kita membina atas dasar mengambil kesempatan. Hubungan yg sebegitu sememangnya amat rapuh dan mudah dilanda ombak.

Ingat selalu pada Allah, moga2 Allah akan ingat diri kita...

Wednesday 6 June 2012

Bila hati sudah sayang

Luahan rasa sayang merupakan satu halwa telinga yang didamba oleh setiap insan.

Sayang seorang ibu pada anaknya, sayang seorang suami pada isterinya, sayang seorang manusia pada sahabatnya, sayang seorang guru pada anak muridnya...Terlalu banyak bentuk sayang dalam dunia ini.
Bila hati sudah sayang, kadang kala kita sebagai manusia boleh hanyut dibuai perasaan itu.

Kerana sayang juga, seorang ayah tidak betah menegur anak manjanya,
Kerana sayang juga, seorang kekasih mendiamkan diri atas kecurangan kekasihnya,
Kerana sayang juga, seorang isteri tidak mampu membimbing suaminya...

Dan banyak lagi contoh sayang yang mendatangkan aura negatif dalam hidup manusia.

Sayang itu perlu, tapi perlu juga berpada-pada. Sebagai isteri tinggalkan 10% rasa sayang kita pada suami untuk menyanyangi diri sendiri. Jika, andai kata si suami pergi meninggalkan kita sama ada secara baik mahupun sebaliknya, isteri itu mampu untuk berdiri kembali, meneruskan perjuangan hidup.

Terbaca satu artikel pada laman sesawang muhdkamil.org berkenaan sayang. Sayang itu dikaitkan dengan ketidakmampuan kita untuk menegur orang yg kita sayang, takut terkesan hatinya sehingga memberi impak pada perhubungan kita.

Tapi andai dibiar mereka yg kita sayangi terus hanyut dibuai mimpi, itu lebih menyakitkan. Especialy, kalau berkenaan menunaikan hak Allah. Wajib kita menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh kesabaran, itulah tanda sayang yang sebenar-benarnya...insyaAllah.

p/s: Teringat cerita korea my one and only yg sedang hangat ditayangkan, kisah satu keluarga di mana mak dan ayahnya asyik risaukan anak sulung dan anak bongsu sahaja. Anak tengah sering terabai. Walaupun nampak tak sinigfikan untuk ditonjolkan, tapi hakikatnya memang itu yg kebanyakan terjadi dalam keluarga..huhuhu..sangat kesian pada dongchan...watak anak tengah tersebut..merayu2 minta perhatian emak dan ayahnya..wawawawa

Just-You-Korean-Drama

Tuesday 5 June 2012

Birthday Izzah 3 Tahun

Tahun 2012 ni buat sambutan besdaay izzah in advance, gara2 takmu buat besday celebration kat umah sg. besar...huhuhuhu..bukan taknak buat kat sana, cuma taknak menyusahkan makcik2 azam and aku pun malas nak pening2 kepala..kat sana dah tentu bz nak buat kenduri, tetiba nak sambut besday anak aku pulak. Cuma kali ni tanpa kehadiran ayah izzah. Sedikit terkilan ..(tapi bukan sedikit rasanya, banyakkkk). Salah aku agaknya, trip balik ke melaka kali ni, buat ayah izzah berkecil hati. Tapi dia dah ok dah skrg...cuma masa nak balik ari tulah dia bermuram durja...huhuhu..naseb baik selamat semuanya..

Sambutan kali ni ringkas aje, sebijik kek indulgence secret recipe, makanan ringan untuk kanak2, mee goreng, bubur jagung...itu aje...aku memang kurang mood bila en.suami takde...betullah kan...tempat isteri adalah di sisi suami...bila dia ada rasa senang semua bende, walaupun kadang2 ada aje yg tak kena, tapi dia ada di sisi aku..huhuhuh...balik cuti4 hari rasa sangat lama, kesian tinggalkan dia...gara2 keje tempat baru yg belum punya cuti tahunan...wawawawa...




Lagi berita kematian

Hari ini 5 Jun 2012, aku naik keje selepas bercuti selama 4 hari, balik ke melaka, terpandang status fb seorang kawan tentang kematian kenalan rapatnya. Al-fatihah buat arwah. Dari cerita yg ditulis, jelas sekali yg arwah adalah seorang manusia yg baik, di mana pada hari jenazah hendak dikebumikan, ramai yg mengambil peluang melawat jenazah kali terakhir. Solat jenazah dibuat beberapa kali bagi menunaikan hasrat hati penziarah untuk khidmat kali terakhir pada arwah.

Dan pagi ini juga, mengukir kisah segar dalam ingatan buat aku, betapa takdir Allah itu sudah tertulis cantik untuk diriku. Rasa debar malam tadi ketika hendak melelapkan mata rupanya titik mula nukilan cerita hari ini.

Bila hati rasa tak sedap,
Mata tak boleh lelap, AKHIRNYA aku bangun lewat nak ke kerja hari ini.

Rutin hariku sedikit teranjak,
Sehingga leka rumah tak berselak, AKHIRNYA aku terpaksa bangkit mengunci pintu rumah.

Mulakan perjalanan dengan doa,
Rasa lega dalam jiwa, AKHIRNYA aku terselamat dari bala...

p/s : Macamana lah aku boleh tak nampak kereta sebesar avanza meluncur laju depan mata. Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku dan anakku kesempatan bernafas dibumi Mu ini lagi...