Monday 27 August 2012

Bismillah 5


“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Yasin 7 Mubin


Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuhtempat perkataan “mubin” iatu pada ayat

1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga


Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.



4)   Ayat 47 = Mubin Keempat



Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.


5)   Ayat 60 = Mubin Kelima

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!


Ayat 69 = Mubin Keenam 



(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah 

Thursday 16 August 2012

Bersediakah kita?

I went to Alamanda during the lunch hour break. I want to survey a sandal for my beloved en suami. During my window shopping, there are lots of people. Buying many thing, like clothes, shoes, handbag, home decor and etc.

In my heart, have all these people including myself are ready enough to face MATI? Doing preparation bagai nak rak for hari raya, but how about MATI...Manalah tahu, tahun ini adalah tahun terakhir kita berpuasa, manalah tahu tahun ini tahun terakhir kita bersahur...How we can face MATI when our heart always love dunya.

Just my two cent opinion...reminder for myself also. I need to fight to be the best muslimah in this world. InsyaAllah..may Allah help me.

Tuesday 14 August 2012

Quran dan tafsir

Al-Qiaamah
Kisah keadan pada hari pembalasan
Kisah keadaan Rasulullah yang ingin cepat menghafaz quran dan telah ditegur oleh Allah s.w.t
Kemudian, disambung kembali dengan kisah pembalasan yg manusia akan terima pada hari akhirat.

Update (15.08.2012)
Al-Muzzammil
Perintah Allah untuk solat malam pada ayat ke 2 tetapi ditarik balik pada ayat ke -20 dalam surah yang sama.

p/s: Sesungguhnya Allah maha mengetahui keupayaan hamba2Nya...huhuuhu

Thursday 9 August 2012

Dunia Hitam Putih

Ntah apa2 tah tajuk post kali ni..agaknya sebab aku tgh takde mood ari ni...awawawa. Busanlah kalo ari2 hidup aku mcm ni, hilang arah dibuatnya. Keje yg ada mcm nyampah aje nak menyelesaikan, sebab semua kebergantungan pada vendor, lagipun mende yg aku 'jaga' ni bukan high profile pun. Dalam erti kata lain, bukan ada yg kisah pun, layannnzzz aje.

Dah bertahun2 rasanya aku keja dalam kondisi ni, datang pagi balik petang. Mungkin sebab aku dah ada suami dan anak, rasa 'tensen' yg berbuku dalam ati ni, ilang bila aku balik rumah.

Rasa sangat2 bosan tanpa kawan2 di sisi. Kat opis ni dah jadi mcm island..terasing sungguh. Aku ker yg tak pandai bawak diri, atau aku ker yg menyendiri..Sekarang lebih senang mendiamkan diri dalam bilik, Hanya keluar bilik bila perlu aje..kalau betul2 perlu...sangat membusankan keadaan ini. Miss my good old days...

But, how long its going to take??? Changing my working environment??? I cant see the way. Transfering to other agencies??? I dont think so. Life out there is more challenging. I dont think i am strong enough to face it.

Ya Allah, please show me the way...please Allah..help me...hanya padaMu aku bermohon, hanya padaMu aku meminta.

Wednesday 8 August 2012

Rezeki lagi

08.08.2012 4:35pm

Alhamdullilah...sangat benar bulan yg sangat barakah...janji2 Allah pada bulan rezki ini memang membawa banyak berita gembira buat aku..

Alhamdullillah...dapat bonus 1/2 gaji untuk raya
Alhamdulillah...dapat lulus CPRE jua akhirnya
Alhamdulillah...dapat anjakan gaji pertama Aras IV...

Sesungguhnya, setiap sesuatu kehilangan itu, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebihhhhhh baik...moga kita sentiasa ingat pada Allah...banyak2kan bersedekah...moga balasan pahala dilipatgandakan lagi...insyaAllah...

Diari Budak Gemuk Part 1

08.08.2012 8:38am

Alhamdulillah dah masuk 18 Ramadhan. Rasanya ramadhan tahun ini berlalu sangat pantas. Cuaca dingin disulami panas terik sekali sekala sedikitpun tidak membuatkan ia rasa terlalu panjang. Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi.

Hari ini aku nak mulakan azam baru, untuk membuka diari budak gemuk dalam usaha aku untuk turunkan berat badan. Patutnya dah lama aku usahakan perkara ini tapi sebab kurang kekuatan dan keazaman, akhirnya semua hanya tinggal mimpi.

Berat badan aku pada tarikh 07hb Ogos 2012 mencecah 89kg, tak padan langsung dengan ketinggian aku yg hanya 160cm. Sasaran aku sehingga penghujung ramadhan ini adalah 85kg. Aku nak mulakan diari diet aku tanpa penggunaan produk2 diet. Aku berharap sangat usaha aku dipermudahkan. Aku nak kurangkan pengambilan nasi, nak lebihkan makan ikan dan sayur-sayuran.

Kena kuat semangat ipa, supaya kau dapatkan berat ideal ko 60kg. Nampak sangat jauh dari berat asal. Tapi kalau aku masih leka lagi, aku takut semakin banyak penyakit yg akan hinggap di badan aku ni. Perkara mudah yg aku dapat rasakan sekarang adalah sejak bulan puasa ni, tekanan darah aku normal kembali. Mungkin disebabkan pengambilan makanan yg kurang.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh perjalanan ini. Moga aku dapat turunkan berat badan dan aku dapat mengandung lagi selepas ini. Hanya padaMu aku berserah ya Allah. Amiiinnn...

huhuhuhuhu

08.08.2012 3:38pm

Gi alamanda beli barang, akhirnya end up beli lunch box kat kfc...wawawawa...apa nak jadi...alamak kantoiiii...tak posa..(tapi ni memang tak posa yg dibolehkan okkkkk...) wawawawa...camne ni, bila dah abih makan baru nak nyesal...huhuhuu...nyampah ar...

Petang ni en.suami dah call bgtau iftar di saba' dengan kawan2 dia...huhuhu...nampak gayanya kena start diet esok jelah...huhuhuhu...sungguhlah poyos aku ni...wawawa

Tuesday 7 August 2012

4th Anniversary

02.08.2012

Berbuka puasa bersama angah dan sambut anniversary yg ke 4 dengan sebiji red velvet from bakemecupcake.com. Sangat sedap kek tu...


Thanks encik suami sebab sponsor kek dan buat bbq kambing n ciken that day..sangat sedap...walaupun rumah kami penuh asap...hehehhehe..apa2 pun layanzzz...hehehhe



Wednesday 1 August 2012

Izzah yang petah bercakap...

Lama dah aku tinggalkan blog ni..makin bersawang mawang la jawabnya...
Hari ni nak catatkan sikit buat kenang-kenangan...izzah dah tiga tahun, sangat petah bercakap, suka sangat aku melayan gelagat dia bercakap. Merepek merapu..

A few celoteh izzah yg menggelikan ati:
Izzah : yehhh....mama imen da kala la mama, obot tu inang...
Mama : opps...okk...
*imen : otromen, obot : raksasa yg berlawan dgn otromen
Patutnya kalo otromen kalah, kita kena pura2 sedey kan...hehhehe

Kadang-kadang, selepas selesai selerakkan umah dgn play doh dia..

Izzah :  Mama, izzah sayang sangat kat mama.
Mama : Haaaa...dah main nnt kemas tau.
Izzah : Mama imas ar...izzah tak andaiiii.
Mama : huhuhu..pandailah izzah ek...main pandai..kemas tak pandai.

Ada jugak tu,

Mama : Izzah, cuba sebut OREN.
Izzah : IYEN...
Mama : Bukanlah IYEN, tapi OREN..Ooooooo REN....Oooooo Ren...cuba sebut OOOO
Izzah : Ooooo 
Mama : Kali ni cuba sebut Oooo REN.
Izzah : Iiii yen....
Mama : loooorr...boleh gitu ek...huhuhu

Ada gak celoteh2 yg menyayat ati,

Izzah : Mama, nenek ija dah inggai ek..nenek duk dlm kubo kan..
Mama : A ar..ija kena doakan byk untuk nenek...ya Allah...ampunkan dosa nenek ija...kena doa tau...
Izzah : Mama, nenek inggai ija tak dapat ciummm nenek..ija winduuu nenek..ija sayang nenek (dengan muka sedeh)
Mama : .... (diam seribu bahasa)

Betapa anak kecil ini mengerti tentang rasa rindu dan sayang pada neneknya...Ya Allah..tersentuh sungguh ati aku... a few time jugak dialog mcm ni berkumandang..dan memang aku kelu untuk membalas apa....sangat sedeh melihat memek muka dia...

Ya Allah, dalam bulan ramadhan yg suci ini, kau berikanlah kami sekeluarga kekuatan untuk menempuh setiap inci takdir yg telah Engkau tetapkan pada Kami. Moga hati-hati kami menjadi kuat, sekuat hati para Nabi dalam menempuh suka duka kehidupan..aminnnn...