Thursday 29 March 2012

MyBook - Mustapa Kamal Ataturk

Really want to know about him...so, i decided to buy this book...know lots of thing about this person through this book..masyaAllah...how a person can be such like that...so terrible u know...huhuhu

Tuesday 27 March 2012

Tunggu lagi...

After check up this morning, at last i got call from doktor hazlin, my d n c appoinment will be schedule on 03.04.2012...its gonna takes 6 more days...huhuhuhu..waiting n still waiting...the only thing i can do for now...huhuhuhu

Thursday 15 March 2012

Kalau 'dia' bukan milikku part II

Tiba2 aku rasa sebak sangat lepas baca artikel ni... :"(

Agaknya dalam diam aku menaruh harapan nak ada bb lagi...ingatkan biasa2 aje, tp dalam hati hanya Allah yang tahu...

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥

Pesan untuk kebaikan

Solatlah... dan bersyukur ..

‎"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
 
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
 
"Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"....

Wednesday 14 March 2012

Choc cupcakes again...


Rindu nak ber cupcakes...akhirnya berjaya juga aku membuatnya...setelah berbulan2 tak buat..heheheh

Nak share this recipe, yg kalau rajin membuatnya, insyaAllah jadikkkk...heheheh...

Chocolate Moist Cupcake

· 2 cawan tepung gandum – prefer bakes choice/superfine
· 2 biji telor gred A – more egg, cake become more moist
· 250 gram Butter yang dicairkan – Room temperature
· 1 cawan serbuk koko – prefer import coco powder
· 1 tsp soda bikarbonat
· 1 tsp baking powder
· ¾ castor sugar
· 1 cup susu pekat manis = ½ tin susu (tak kisah brand apa)
· 1 cup air panas = air mendidih

Cara:

1. Ayak tepung gandum + soda bikarbonat + baking powder + coklat powder
2. Pukul gula castor + telur + susu pekat hingga sebati
3. Masukkan bahan yg telah diayak, kacau sebati
4. Masukkan air panas, kacau sebati
5. Masukkan dalam cawan kek 2 oz – can use piping bag
6. Panas kan oven
7. Bakar pada suhu 170 degree selama 20 minit. (Tak payah buka katup pintu oven)
fav en suami tau ni...

yummiesss

Tuesday 13 March 2012

Surah Al-Mulk

Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? Ayat 22

~ Memerlukan tafsiran yg sungguh mendalam untuk memahami maksud ayat ini. Adakah Allah menyuruh supaya kita tidak mudah memberikan penilaian terhadap seseorang.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur". Ayat 23

~ Betapa kita sentiasa leka dan lalai dalam mengecapi erti syukur. Bila kita tiada sesuatu, kita cepat merungut dan melatah. Tapi bila kita dapat sesuatu, kita leka untuk memanjatkan rasa kesyukuran pada Allah.

PLUSLINE Auto Senawang PENIPU BESAR!

Ari sabtu lalu, kereta kak ngah aku meragam kat highway, otw nak balik melaka, overheat. Husben dia benti kat tepi jalan, nak sejukkan enjin. Tetiba datang satu towing duk sibuk2 nak tgok kete angah aku. Bg ngah tgh duk tgk enjin, dia pun sibuk nak hulurkan bantuan.

"Encik, saya nak bukak penutup ni, tapi panas, encik tolong amikkan tuala kat kete saya tu", mamat india towing tu bercakap.
Masa tu abang ipar aku pun mcm org kena pukau, ikut jek cakap dia. Lepas mamat india tu tgk2 kete tu, terussssssss kete tu tak boleh langsung idup enjinnya...huhuhu...tersadai lah 6 beranak tu kat tepi highway. Mesti mamat tu ada buat somting masa abg ipar aku gi amik tuala.

Si india tadi menggula2kan abang ipar aku, cakap bengkel dia dah dekat dah, apa kata kalau dia towing aje kete tu ke bengkel dia. Lastly, lepas discuss harga, yg kononnya takkan lebih rm300, abang ipar aku pun setuju.

Dari situ bermula kes penipu besar india ni bermulaaaaaaa dengan lebih dasyat lagik. Lepas duk belek2 kete abang ipar aku sampai 2, 3 jam...dia kata takleh baiki gak. Kena buat esok hari. En suami jadi penyelamat, pi jemput keluarga angah aku...sian diaorang, duk berlapar kat bengkel tu...ingat boleh setel, rupanya si india tu memang penyangak besar kat situ...huhuhu

Ari isnin, (ahad kononnya diaorag tutup), india tu call, bgtau jumlah pembaikian yg diaorang buat adalah rm1900.00...terkejut sakan bg ngah aku...huhuhuu..frust menonggeng semua orang...kalo semak balik ikut kerosakan, maybe adalah dalam rm400 - rm500 aje. Diaorang ni memang dasar kaki belit sungguh.

Panjang lagik kisah yg tragis ni. Siap en suami pi bengkel tu, marah2, and then dapatlah diskaun rm100 aje...itupun lepas minta bantuan seorang kawan berpangkat inspector huhuhuuh...sakit giler hati aku bila dgr kisah ni dari angah...aku doakan moga cepat2 lah workshop ni lingkup, bermasalah dan jatuh bankrap.

Rupa-rupanya dah byk sangat kes diaorang ni. Kalo korang google, memang dah banyak gile kes2 mcm ni jadi dan melibatkan bengkel ini. Banyak kete yg tersadai, dan tidak dituntut oleh owner...

So, next time for my guide and for ur info also...

If ur car is broke at the highway, do only CALL PLUS!!!!   They will send u to the nearest toll, or if can nego asked them to send u to ur nearest toll tempat u all senang nk minta bantuan. If need to pay them rm300, just pay them so u can get help from ur trusted workshop ONLY.

Towing yg benti nak tolong u all to sebenarnya hanyalah SCAM kebiasaanyaaaaaaaa...and we also must have some knowledge about car..so if there are anything happened, we will be prepared...huhuhu...

"Ya Allah, Kau bantulah keluarga kakakku, ko berikanlah mereka2 yg menganiya kakak ku dengan balasan yg setimpal" aminnnn...

p/s: memang aku geram dan sakit ati sangattttttttttt...huhuhu

Thursday 8 March 2012

Kad kredit...huhuhu

A few weeks ago, aku balik kampung...balik melaka...al kisahnya, jalan2 dgn emak di JUSCO Melaka Tengah, nak mencari sepasang sandal...emak temankan anaknya yg sorang ni, sebab en suami  ilang ntah ke mana...

Dalam duk sibuk2 nak bayar...

Mak bertanya, "Pakai kad kredit ke nak bayar tu?"..
"a ar...sebab takde cash skrg ni, nak pi kuarkan duit malas". jawab aku tanpa selindung...
"Mak dgr kat ceramah2, guna kad kredit ni riba, kalau lambat bayar lagilah kena interest...mcm tu ke?"...

huhuhuhuu...akhirnya aku terkedu dan terdiam nak jawab...

Persoalan ni bermain2 dalam fikiran...RIBA...bukan satu isu kecil yg harus aku buat2 lupa...utang kad kredit aku tak byk pun, tp memang sengaja bayar sikit2...huhuhu..tiap2 bulan memang kena bayaran tambahan, dalam rm2-3 aje, so tak pernah aku terpikir, unsur2 riba dah berputik kat situ...

Azam aku, kena setelkan semua hutang kad kredit tu as soon as possible...dah lah kad kredit aku tu sah2 dari bank konvensional, aku lak pi tulung depa lagik...Ya Allah..ampunkanlah dosa2 aku...

Firman Allah SWT: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba,” (al-Baqarah: 275)..Tapi, manusia sekarang (termasuk aku) terus leka dibuai keseronokan membeli dengan hutang. Walaupun, ada kemampuan untuk tidak melakukannya.

Persoalan riba bukan soal baharu. Amalan riba dipercayai telah wujud sejak zaman dahulu-kala lagi, yakni sejak sebelum pembukaan Kota Madinah oleh nabi. Saat itu Yahudi yang menguasai pasar di Yathrib telah mengekploitasi bangsa Arab dengan mengenakan riba dalam urusan jual-beli mereka. Riba ini zalim, kerana ia bersifat menekan.  Hutang yang sedikit menjadi setinggi bukit apabila dikenakan riba. Pinjaman yang pokok menjadi sebesar perdu senduduk dengan sebabnya riba. Maknanya, urusan jual beli dengan berlandaskan riba adalah menganiayai orang lain. Apabila Islam datang, maka Islam membawa misi keadilan bersama-samanya, termasuklah keadilan dalam perniagaan. Keadilan itu musuhnya kezaliman. Maka, Islam yang adil mengharamkan riba bahkan memerangi amalan riba.Firman Allah SWT lagi: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al-Baqarah: 279) ~ Kredit to http://www.hamizul.com/

Tuesday 6 March 2012

Kalau 'dia' bukan milikku part I

Salam semua, aku nak coretkan sedikit rintihan hati di blog kesayangan aku ni. Untuk jadi memori indah bila kukenang kembali.

Semalam (05 Mac 2012), ke klinik fazlyana seri kembangan, sebab rasa badan tak sihat dan teringin nak scan si kecil dalam perutku. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, bila hasil imbasan menunjukkan bb kecil dalam perut ini tak membesar. Kantung yg ada, nampak kosong sahaja.

Aku tak dapat nak gambarkan mcmana rasanya. Cuma terdetik dalam hati, aku ingat pada anugerah Allah padaku sebelum ini..Nur Izzah Afiah...aku cepat beristigfar mengatakan belum masanya aku nak dapat anak yg ke dua agaknya...

Explanation dari doktor sememangnya takde kata2 positif.."Saya nmpk kantung ni kosong jek, maksudnya pregnancy ni tak berjaya..urmmm dtglah lg 2 minggu, tgk camne...tp ikut tarikh memang awak kira silent miscarriege dah ni". Terkedu bila dgr penerangan doktor. Takperlah, mungkin pd dia perkara itu adalah sangat normal..takde rezeki, nak buat mcmana.

Bila keluar dari bilik tu, husben excited bertanya.."Dah berapa minggu? Nampak bb tak?"...lemah sungguh rasa hati nak jawab..."Nampknya mcm kita takde rezeki, kantung tu kosong aje, takde bb". Husben terus diam, tak berkata apa2...agaknya dia pun cuba tune diri untuk fahami apa yg aku cakap.

Malam tadi, memang rasa sedih. Aku boleh gelak2..main2 dgn izzah tapi dalam hati, hanya Allah yg tahu.

Kena kuatkan semangat, kena jadi tabah, kalau dah tertulis di luth mahfuz 'dia' bukan milikku...Hanya Allah yg Maha Tahu... :"(

Monday 5 March 2012

Antara HATI dan AKAL

Perbualan ringkas antara aku dan maizan tadi...jika kita boleh pilih satu sahaja antara hati dan akal, mana satu yg akan kita pilih...walaupun sangat ringkas persoalan ini, tapi jawapannya bukan semudah persoalannya.

Maizan kata..."Kalau hidup terlalu berpandukan pada logik akal, kita sukar untuk berjaya, sebab dengan hanya akal, manusia pasti meletakkan sesuatu mengikut sebab dan rasional sahaja...bila jumpa jalan buntu, dah tak tau nak buat pertimbangan apa..."

Ada benarnya kata-kata maizan tu, tapi kalau kita letakkan semuanya pada hati, tak mustahil tindakan kita boleh jadi tak betul...sebab orang yg meletakkan keputusannya menggunakan hati, hati dia akan jadi keringgggg...takkan endah kata2 orang lain.

Berbalik pada persoalan kat atas, kena pilih satu sahaja, so aku rasa yg terbaik kena gak pilih dua2... meletakkan asas fikir sedalam-dalamnya menggunakan AKAL, buat keputusan mengikut kata HATI...heheheheh...lari gak skema jawapan aku...

nak letakkan 100% pada HATI rasanya dah selalu sangat aku buat, contohnya masa nak pilih course masa degree, masa nak terima offer kerja, masa nak kawin (opsss..kantoiiii)...hehheheh...rasanya lebih baik aku perbaiki tindak tanduk lepas2 ni dalam buat keputusan menggunakan akal dan kemudian hati...insyaAllah...

Sesungguhnya sesuatu yg BAIK itu datangnya dari Allah, dan yg buruk itu datangnya dari kesilapan MANUSIA...

Friday 2 March 2012

Scones punya cerita...hehehe

Someone told me about scone...huhuhu..where can i get it at my place...i want to rasa also lah the sweetness and tender of the bread..want also...wawawawa


p/s: Ini semua pasal 'honeymoon' trip Puan Fatimah Haryati dan suami ke Cameron Highland...huhuhuhu...diaorang makan sconeeeeeeeee...nak jugakkkk...

Pavlova

Tertunai sudah rasa mengidam nak makan pavlova...aminnn...murah rezeki, boleh beli lagi...insyaAllah...sangat sedapppppppp...



p/s : Bila makan bende2 gini, aku selalu teringatkan kakak ku...huhuhu..walau sesuap nak aje kakak ku rasa bende2...hheheheheh..tunggu ek mak ngah, nnt busu hntrkan sebiji pavlova ke bangi...hehehe