Monday 30 January 2017

Sakit lama muncul kembali

30.01.2017

Belum lagi muhammad iffat discaj dari hospital, kaki aku da start berdenyut2 mcm sakit yg dulu, cuma kali ni di kaki kiri.

Allahu..Allahu.. Jauhkanlah aku dr sakit yg dulu. Aku takut aku tak kuat kali ni nak menghadapi sakit yg dulu.

Pengalaman dulu cukup memeritkan. Ringgan di mata orang, berat di bahu aku yang memikulnya. Kalau dikenang kenangan lama, tak terkira air mata yg mengalir waktu diuji dulu.

Friday 20 January 2017

Berpantang tanpa dia di sisi

Aturan Allah itu selalunya sempurna, walaupun payah utk dihadam, biasanya aturan itu yg paling sesuai utk hambaNya.

Hari ke 10 berpantang tanpa si chumel, aku nampak kuat tp dlm hati Allah jua yg tahu.

Dr chumel lahir, mama tak pernah cium dan dukung lg, rasanya mcm seorang mama yg useless pun ada. Bila tatap gambar di hp, berderai airmata.

Kalo chumel balik, pun mama takut tak mampu jaga chumel dgn baik. Apalah yg akan kita lalui nnt chumel.

Chenta Hati Mama yang chumel

11.01.2017

Tarikh keramat lahirnya chenta hati mama yg no.3

Warded hari Isnin 09.01.2017, bila doktor suspect berat baby tidak bertambah. Doktor minta mama stay di ward utk pemantauan.

Terus dapat injection hexa utk matangkan paru-paru baby. Persediaan awal jika ada keperluan untuk emergency ceaser. Memang quite sakitlah injection tu. Termenung sekejap bila nurse tu duk cucuk.

Kemudian ditolak ke pac utk pemantauan bp. Serabut sgt masa kat pac ni. Rasa tak keruan sungguh. Abg tak boleh masuk pula masa ni. Planning awal nak pi makan kari kepala ikan kat shah alam terkansel secara automatiknya..huhu

Lama sungguh menunggu kat pac, dah start call mak, angah maklumkan keadaan aku. Abg balik melaka utk amik mak ptg tu lepas amik izzah balik sekolah. Semuanya berjalan dengan pantas. Allah mudahkan semua urusan.

Ptg tu dlm jam 6.30 baru dapat masuk ward. Letih sungguh rasa. Dapat ward kelas 3. Masa ni aku da redha. Alhamdulillah, bila kita redha, lebih mudah penerimaan kita.

Tuesday 3 January 2017

Azam Tahun 2017

Mohon pada Allah supaya hati mencintai al-quran, mencintai solat, mencintai sedeqah. Mohon sungguh-sungguh pada Allah.

*KENAPA KITA MESTI ISTIQAMAH MENGAJI*
TIPS CARA MUDAH LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR :
Oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
■ Jgn sekali kali tinggalkan alQuran...Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.
■ Rumah yg dibacakan alQuran, pd waktu mlm rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.
■ Jika mati org yg suka baca Quran Ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat2 akan tau, ooo, mati sudah si pembaca Quran ini, Mari kita solatkan rohnya.
■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.
■ AlQuran akan duduk didada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.
■ Azab kubur bermula the moment mayat tidak dpt menjawab soalan2 malaikat
■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.
■ Penting 7 hari ini kita mendpt doa dari anak2 yg soleh supaya hari2 kita indah di dalam kubur.
■ Masa mayat duduk, kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah... "😭
■ Pesanan akhir Ustaz, sblm mati, tolong pastikan sekurang kurangnya ada alMulk dlm dada kita.
اِ Ù†ْ Ø´َØ¢ Ø¡َ اللّÙ‡ُ
آميـــــــــــــــــــن
■ Celakalah org yg tidak dpt jawab soalan mengenai Rasullullah saw.
Dlm kubur alQuran akan berkata kpd mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yg lantang & mendayu.
■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.
■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd 2 malaikat yg akan menyoal.
■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa