Monday 29 June 2015

Duyan Ooo Duyan

suka tengok ilham makan durian, bersungguh dia makan, takut sungguh dia bila tengok durian tu nak habis, cepat2 dia nak abiskan yg kat tgn dia n request baru... hehehe

durian rm8 sekilo fasa 2


durian rm8 sekilo fasa 1


Monday 22 June 2015

Swedish Meatball Sue Norrman

Swedish Meatball Sue Norrman - Tahrunnisah Jali
Meatball homemade (mmg best resepi ni)
Bahan2 :-
500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.
cara :-
1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.
p/s .- butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos.
Sos Gravy
butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara :-
1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.
sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix friuts jem.

Resepi Ayam Percik Roaster

Resepi Ayam Percik Roaster 
1 ekor ayam - saya potong 4 ...
2 biji bawang besar (sederhana besar)*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
sedikit kunyit (terpulang nak kunyit hdup atau kunyit debu)*
2 sudu besar lada kisar *
3 batang serai *
garam
Ajinomoto (optional)
sedikit gula
sedikit air asam jawa
1 1/2 -2 cawan santan pekat
dan air jika perlu
4 sudu minyak
caranya
- kisar bahan bertanda hingga lumat... tambah sedikit air masa kisar tu ye..supaya semua bahan2 ni dpt dikisar..
-ambil sedikit bahan kisar masukkan dlm ayam utk diperap dlm 2 jam tambah sikit garam dan gula utk perapan ayam tu..biar ia serap dlm ayam
- Panaskan minyak masak dlm periuk/pan ..masukkan lebihan bahan kisar ...tumis sehingga ia pecah minyak.... biar lama tak apa lg sedap...kacau2 ye
- kemudian masukkan santan pekat sebatikan dan masukkan ayam yang diperap tadi..tutup periuk masak biar ayam empuk dan santan sedikit kering..(jika lihat ayam belum sepenuhnya masak tp kuah dah kering masukkan sikit air ye)
- isi garam dan sedikit gula..(percik ni takla manis ye ...boleh rasa sikit ikut citarasa anda) dan isi sikit je air asam jawa..jgn masam sangat tak sedap..
- agak2 ayam dah masak bahagian dlmnya..angkat ayam tu dan bakar ayam tadi sekejap..curah kuah percik sikit atas ayam masa bakarnya.. (saya bakar dlm oven)
- bakar ayam hingga permukaan ayam berkilat - tak yah lama sangat sb ayam pun dah masak
-siap...
Lada sambal
5 batang lada merah*
1@2 cili api*
2 biji tomato merah*
2 ulas bawang putih*
gula,
sedikit cuka
garam
blend sehing
ga lumat...masak bahan2 ni (selalunya lada sambal nasi ayam saya masak takut anak2 sakit perut)
tambah garam, gula dan sedikit je cuka...
kicap
1 ulas bawang putih
kicap
bancuhan tepung jagung 1 sudu + air)
1 sudu minyak masak
panaskan minyak masak..tumis bawang putih yang diketuk...kemudian masukkan kicap dan masukan bancuhan tepung jagung tadi..kuah ni tak pekat sangat ye.. dan tak cair sangat....

Monday 15 June 2015

CPR myIMMs (12.06.2015 - 14.06.2015)

Hotel Thistle Port Dickson


Kolam renang memang puas hati
Izzah da termenung, bila lah boleh lompat masuk kolam ni










"Mama ckp apa, ham tak dgr lah"



Izzah with Alya

Selamat Hari Lahir Kakak 12.06.2015

6 tahun sudah masa berlalu, Nur Izzah Afiah dipinjamkan kpd kami sekeluarga, moga Allah panjangkan lagi masa utk kami bersama.


Mama sempat order choc brownies dari kawan di ofis, tanda ingatan untuk izzah.
Sejak mama sakit ini, mama banyak pentingkan diri sendiri, selalu izzah jadi tempat melepaskan rasa sayu hati mama. Hari-hari mama 'paksa' izzah berdoa pada Allah supaya mama diberi kesembuhan segera. Dan izzah tanpa jemu mengangkat tangan dan berdoa.."Ya Allah, baikkanlah kaki mama izzah, sihatkanlah kaki mama izzah". Maafkan mama sayang. Moga anak mama ini sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah,

Hadiah hari jadi tahun ini, Izzah hanya minta sharpener. Teringin sangat dia nak sharpener. Kesian sungguh bila si kecik ilham berebutkan shaperner dia malam td. Ayahnya sudah tentu menangkan si Ilham. 

Anak mama yang seorang ini, dah pandai bantu mama buat kerja rumah, makin kuat merajuknya bila nak bangun pagi, hari tu mama terkilan berkasar dgn Izzah. Entah hantu raya mana yg merasuk mama. Menitis air mata mama hari tu sepanjang mama memandu ke tempat kerja. Rasa nak cuti dan minta maaf dgn Izzah sepanjang hari.

Terima kasih ya Allah, Kau berikanku peluang melahirkan zuriat ku sendiri. Terasa besar sungguh nikmat yang berikan kpdku ini.

Thursday 11 June 2015

Teringin yang bukan-bukan

10.06.2015

Dah asyik tengok kat iklan tv aje, teringin plak nak rasa. Popcorn PERFECTO, tengok dlm iklan mcm best sgt...hehehhe...bila makan...ermmmmmm...biasa2 aje...bag kecik gitu jek dah rm5.90... takperlah, melepas kan rasa teringin tu... hehehhehe

Yang plastik hijau tu plak, Sweetie Mochi, dah berpuloh kali terpandang kat 99speedmart, nak beli rasa cam tak berbaloi, sebab rm3.50 utk 4 ketul kecik tu, akhirnya, grab jugak...kekekekek... rasa mcm ala2 koci gitu, manis lemak2...sedaplah jugak, tp masa nak telan tu cam loya2 jek...kekekke...

Ntah apa2 punya teringin...hehe
NOTA KAKI:
Skrg ni kalo ada je teringin nak mkn apa2, aku layan jelah, asalkan harganya tak mahal sgt dan mampu milik, hidup ni singkat aje, entah kejap lg aku tutup mata.

Monday 8 June 2015

Ziarah Terakhir Seorang Sahabat

05.06.2015

Perginya seorang sahabat yg dulunya pernah menjadi boss pertama aku dlm perkhidmatan kerajaan. Meninggalkan 3 cahaya mata dan salah seorangnya seorang OKU. Allahuakbar...

Puan Aini Abdul Rahman, seorang yg tegas ketika bekerja, tetapi sgt ramah sebagai insan biasa. Pernah kecewa sedikit masa dulu, dgn keputusan arwah, menukarkan tugasan ku drpd Visa ke permit masuk. Ditukarkan tanpa sebarang makluman, Sangat sedih waktu itu seolah-olah aku dibuang ke tepi dan dipandang rendah olehnya.

Sehingga aku berbual dgn mrs.khoo, vendor di pejabat ku. Bertanyakan berkenaan status kerjaku, kerana aku tidak lg dilibatkan dlam kerja2 team visa. Aku hnya mampu membalas yg aku telah diberi tugasan baru. Mrs.Khoo ungkapkan padaku yg aku patut rasa bersyukur, kerana berada di team visa, byk tugasan yg mencabar dan memenatkan kepala otakku. Lebih baik menjaga modul yg permit yg mudah dijaga dan tidak memeningkan.

Setelah bertahun2 aku melalui kisah ini, makin byk hikmah yg tersingkap. Aku rasa syukur sgt dgn tugas ku sekarang. Hasil pertukaran yg dibuat oleh arwah. Maybe ada kekurangan ku dlm menjalankan tugasku yg dulu.

Memori dengan EMAK

Coretan 8.6.2015

Bila aku teringat sesuatu berkenaan emak, insyaAllah memang perkara yang sama dlm fikiran emak. Walaupun hanya satu bende simple, tp kesannya memang melekat di hati.

Ada kursus di Hotel Amverton, duduk di hotel, dapat lah selipar hotel 3 pasang, dlm hati, kalau kasi kat mak bagus ni, rupenya memang betul sangkaan aku, selipar mak yg dibuat basahan dah koyak rupernya.

Sementara masih ada umur ni, aku kena berusaha membahagiakan emak. Tidak perlu berharap pd adik beradik yang lain, kerana tiap satu usaha aku nk membahagiakan emak, Allah akan ganjarkan dgn pahala. Sentiasa ingat yg ia adalah ladang pahala utk dituai di akhirat kelak.