Wednesday 17 December 2014

Dugaan datang lagi

17.12.2014

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Episod sontotan mega group ARBA. Mungkin bukan rezeki aku agaknya. Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada ku untuk melalui dugaan ini.

Akhirnya, menitik juga air mata ku ketika menaip post ini. Kau jua yang Maha Tahu ya Allah, sucikanlah rezekiku ini moga aku dan keluargaku mendapat rahmatMu sentiasa.

Agaknya aku tak pandai menjaga hati. Mungkin ada ujub dan riak dalam diri. Permudahkanlah aku menghadapi ujian ini ya Allah. Luaskanlah rezeki kami sekeluarga supaya kami mampu berdiri kembali.

Monday 15 December 2014

LUPA

Betapa mudahnya manusia itu lupa, dalam beberapa saat sahaja aku dah terlupa.

Dalam beringat yang di hadapan nanti ada sistem kamera AES, kena lebih berhati-hati, akhirnya aku kecundang juga. Diselfie dengan kelajuan 80km/j. Berfikir positif, bahawa Allah menguji aku, terlalu mudah aku hanyut, dalam berhati-hati aku disaman lagi.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa aku, terlalu jauh aku pergi, mudah sangat melupakan janji.

Rupanya mimpi malam tadi memang ada peringatan di situ. Mimpi buruk kami sekeluarga dimalukan ketika pergi bercuti. Akhirnya menjadi buruan disebabkan gagal melunaskan wang bilik hotel kami menumpang. Dan hasilnya pagi ini, dalam keadaan berhati2...aku terkena lagi. Mesej mudah Allah nak sampaikan, betapa aku ini manusia yg lemah, letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah.

Rasa sebak dalam hati, betapa manusia ini kerdil sekali... :"(