Tuesday 24 May 2016

KISAH TUAN ABD GANI HARON

BERI JORAN,BUKAN BERI IKAN.
Ramai yg meminta,yang miskin,yang sakit,yang nak pergi belajar.Institusi agama pun meminta juga,sekolah agana,tahfiz,surau,masjid. Sampai bila kita harus meminta.
Peminta sedekah yg melepok dipasar minggu saya pernah lihat dari saya muda hingga ke umur ini masih terus meminta,menadah tangan.Seolah kerjaya seumur hidup.Sekolah tahfiz dan agama,terus meminta sumbangan walau telah berpuluh tahun ujud.Hakikatnya kita berbalik kpd pepatah jika kita memberi ikan kepada seorang yg meminta ikan kpd kita,maka esok dia akan meminta ikan lagi.Tetapi jika kita memberi joran atau jala atau pukat kepada seorang yg meminta ikan,esok dia tidak akan meminta ikan lagi kerana ia boleh berusaha menangkap ikan.Kita sendiri.
Seorang yg meminta duit sedekah ,akan terus meminta,kerana ia mudah,tak perlu berusaha.Allah tidak menyuruh manusia menjadi Peminta seumur hidup,disuruh berusaha.Dengan itu memberi sedekah adalah lebih baik pada kadar membantu shj dan yg menerima kena berusaha utk keluar dari keadaan itu.Bila seorang ibu tunggal meminta pada saya modal utk buat jualan kuih raya,ini contoh yg baik pada seorang mahu keluar dari keadaan meminta.Dia ibarat meminta joran,bukan meminta ikan.Dia meminta untuk berusaha.Maka bila anda ingin membantu yg susah,fikirkan hal ini,cadangkan kpd mereka yg meminta,dan utamakan mereka yg mahu berusaha dari yg seolah mahu kekal meminta,kecuali lah mereka yg sakit,yg sudah tidak mampu berusaha.
Begitu juga institusi agama.Banyak orang membina institusi agama tanpa memikir sumber ekonomi nya,seolah sumber ekonomi tidak penting.Banyak yg niat dari awal nak bergantung kpd sumber sumbangan,tidak ada perancangan untuk bins sumber dari niaga,pertanuan,perikanan,usaha tangan,pengeluaran dsbnya.Dengan itu, institusi ini terus meminta.Kenapa masjid tidak buat minimarket,yg pemberinya anak qariah, mengapa sekolah tak buat apa usaha niaga yg perlu,pembeli nya ibubapa atau apa saja usaha untuk menjana sumber.Minta lah modal untuk berusaha,bukan minta sumbangan untuk dibelanja kan.
Apa juga yg kita rancang untuk hidup ini,kita sepatutnya merancang sumber nya, pergantungan nya.Berhentilah dari menulis dalam perancangan sumber pendapatan dari sumbangan orang ramai.
Keadaan terus meminta ini kekadang menjadikan maruah institusi agama tercemar,apa tidak nya bila masjid seolah peminta sedekah,rumah Allah meminta kpd hamba nya.Patut ada biro ekonomi yg menggerakkan usaha untuk menaikkan martabat masjid.Begitu juga sekolah agama,tahfiz dsbnya.Saya tinggalkan kpd anda memikirkan nya,ingatkan beri joran bukan beri ikan.
Wallahu a'lam abdghaniharon.

SOLAT SYARAT UTAMA
Semasa menjadi pegawai pelajaran daerah dulu saya pernah berbual dengan seorang pengetua bukan Islam berbangsa Cina.Katanya,"Saya cukup setonok dan percaya pada dua orang jaga sekolah saya yang baru ini.".Saya cepat bertanya sebab apa.Katanya,"Saya jumpa,siang dia semayang, saya mai malam mau check dia pun,dia dok semayang.Jadi saya cukup percaya.Orang semayang tak buat jahat."
Orang bukan Islam pun yakin bahawa orang yg bersolat tidak akan melakukan kejahatan serta mungkar,selari dengan firman Allah.Mari kita lihat pesanan Allah ini dalam kontrk lebih luas dalam hidup kita.Hakikat pesanan ini adalah Allah menyuruh kita bersolat untuk menjadi hamba yg baik.Itu kontek khusus.
Tetapi,dlm kontek umum orang bersolat dipercayai dan diyakini sebagai orang yg baik,seperti cerita diatas.Maka bila nak pilih pekerja,bertanyalah hal ini masa temuduga sebagai syarat utama untuk mendapat pekerja yg amanah,jujur dan yg boleh diharap,dari bertanya pengetahuan yg lain.Jika Allah meletak syarat solat untuk jd insan yg baik,kenapa kita tidak meletak syarat ini untuk memilih pekerja.
Begitu juga dlm hal lain.Nak pilih menantu,syarat utama tanya solat penuh atau celup celap,berasa rajin,buat,malas tak buat.Ini patut menjadi syarat utama memilih menantu, bahkan tanya boleh baca quran atau baca macam orang gagap.Jangan harap belanja berpuluh ribu,jangan hipokrit maskawin senaskah quran tetapi sekali srkala pun tak baca quran..Kalau nak jadi menantu aku,selessikan perkara ini dulu.Bukan soal kerja apa yg utama,kerana kalau kerja besar pun tapi tak solat,tak pernah buka quran,menantu hantu namanya.
Jika menjadi guru,pesanlah dg solat,jangan biar ustaz ustazah sahaja yg pesan.Jika jadi gurubesar atau pengetua, solat hendaklah diutama dalam program apa pun.Ruang masa awal pagi sebelum bermula kelas,galakkan pelajar membaca quran.Yakinlah dg janji Allah,mereka yg bersolat tidak buat perkara mungkar.Pelajar yg bersolat,akan lebih berdisiplin,berbanding setinggi mana rotan diangkat,berbuih kaunsrlor menasihat,terbeliak biji mata guru disiplin memberi amaran.
Jika jadi ketua pejabat,peringatkan pegawai bawahan pada solat,buat program yg menjurus bersolat,henti mesyuarat untuk bersolat.Perangkap pekerja bawahan supaya mereka terpaksa bersolat.Bila berziarah jenazah,suruh xiarah dan bersolat jenazah,bila bermusafir kerana urusan, pastikan program solat jamak atau qasar.Ringkasnya,bila jd ketua,bukan suara kena diangkat selalu,biji mata kena dibeliak,atau bercekak pinggang memandang kakitangan, tetapi pastikan mereka bersolat,insyaallah mereka menjafi kakitangan yg baik.
Bila berkawan,carilah yg bersolat supaya kita saling mengingat.Dan seterusnya dalam apa juga hal hidup kita yg berhubung dg manusia,letakkan solat sebagai perkara utama.Syarat lain adalah sampingan.Yakinlah,janji Allah adalah benar.Wallahu a'lam.abdghaniharon

NABI MENJAMIN SEBUAH RUMAH DISYURGA KEPADA ANDA
Pernahkan anda berada di situasi yg benar,tetapi ada orang yg berhujah sebaliknya.Misalnya bila kita temui orang yg copy tulisan orang dan mengaku hak sendiri,berhujah ilmu kena kongsi,kena redo.Ada yg menjual sesuatu dg hujah temberang sedangkan kita berilmu dlm hal tersebut,tetapi bila dijelaskan,kita pula dikata salah.Nabi memberi panduan bila berada pada situasi begini dengan janji yg lebih baik.
Nabi melarang berdebat,sebaliknya menjanjikan ganjaran bagi yg meninggalkannya. Sabdanya,"Aku menjamin sebuah rumah di pinggir jannah (surga) bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan berkepanjangan meskipun ia dalam kebenaran (al haq), juga sebuah rumah di tengah jannah bagi siapa saja yang meninggalkan berbohong walaupun ia sedang bercanda(berseloroh), serta sebuah rumah di puncak jannah bagi siapa saja yang berakhlak mulia.”(HR. Abu Dawud, Dinyatakan Hasan shahih oleh Syaikh Al Albani)
Jelas nabi melarang kita berdebat walaupun kita diphak benar,cukuplah sekedar mengingatkan.
Perdebatan sebenar berpaksi kpd nak menang.Maka kekadang terlajak dlm hujah dg berbohong,menambah dsbnya.Perkataan kadang terkasar dlm berusaha untuk menang.Berilah pandangan dg ilmu,bila keadaan berubah kpd seolah akzn berlsku perdebatan,tknggalkanlah.
.Lebih teruk jika yg berdebat itu tidak berilmu.Kata Imam Shafie,aku boleh berhujah dengan sepuluh orang berilmu, tetapi akan tewas dg seorang yg jahil kerana ia berhujah bukan atas landasan ilmu.Maka jika kita melihat seorang yg berhujah bukan pada kebenaran,tinggalkanlah dia.Dalam hidup hari hari,kita akan menemui situasi ini, mengalah bukan bermakna kita penakut,kita orang tewas,tetapi saat kita meninggalkan pertengkaran,darjat kita telah diangkat,rumah kita disyurga telah mula terbina.
Alihkan pertengkaran kpd nasihat,bila ditolak,beralahlah kerana manusia tidak boleh berubah bagai mengalih duit siling.Biarlah mereka berfikir dengan apa yg kita telah katakan,beri masa kpd mereka untuk berubah,serahkan kpd Allah kerana Allah yg mengalih dan membolak-balik hati manusia.Kita tidak akan berupaya mengubah apa yg ada dihati orang,hanya Allah shj.Dg itu,hujah tidak akan memenangkan,bertengkar tidak akan merungkai masalah.Katakan yg benar,yg kita tahu dan beralihlah dari situ,serahlah kpd Allah.
Lebih perlu berhati-hati jika kita berhujah dg ibubapa.Katakan yg benar,yg betul dg nada yg lembut,jangan angkat suara,beri penjelesan bukan berhujah unyuk menang.Mengalahkah bila terasa apa yg dikata tidak diterima,jangan bermadam muka.Begitu juga bila berguru,jangan patahkan hujah guru dalam dikhalayak,jangan mencelah utk menunjuk kita lenih tahu,kerana ini mjngkin membuka perdebatan.Bila nabi menyuruh meninggalkan perdebatan,maka lebih jauh kita kena mengelak dari timbul perdebatan,pertelagahan. Berlapang dadalah.Bila meronda fb orang,jangan mencari salah,mencari kekemahan,sebaliknya pujilah seduatu yg baik,tegur yg salah dg berhikmah secara tertutup,jika sesuatu perkara ada banyak pendapat ulamak,berlapang dadalah.
Jom kita bina sebush rumah di syurga dengan meninggalkan perdebatan,pertengkaran.Wallahu a'lam.Abdghaniharon
SAYA TELAH MEMBUKUKAN TULISAN SAYA DALAM BUKU BICARA MATA HATI 3 JILID.HASIL JUALAN BUKU INI SELURUHNYA AKAN DIMASUK DALAM PROJEK SEDEKAH JARIAH.RM 50 UTK 3 JILID ATAU LEBIH SEBAGAI SUMBANGAN SEDEKAH JARIAH.TEL,SMS,WHATSAPP 0124120846.BERI ALAMAT,SAYA POS,BANK IN 557410515106 MAYBANK ABD GHANI HARON

Tuesday 3 May 2016

Nampak tua?!?!?!?

Umur aku baru 33 tapi dah ramai panggil aku makcik. Memang sentap ar skrg ni. Tapi takat2 sentap tak nak buat perubahan, padan dgn muka aku sendiri. Rasakan lah...huhuhu

Blog terbiar

Lama dah tak jengah blog kesayangan hamba ini. Sejak dua menjak ni asyik busy dgn urusan kerja. Memikul tanggungjawab baru di tempat kerja. Senyum dalam kepedihan. Sabarlah hati.

(30/4.2016)
Bagi duit pada mak untuk kos tambak tanah kat belakang rumah mak. Pasang niat untuk buat rumah.
Jumlah RM2700.00

(29/04/2016)
Abang beli motor baru, RM9400.00. Sabar ajelah. Ikutkan ajelah kehendak abang. Moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.

(21/04/2016)
Tukar tayar exora RM800.00++.