Monday 14 November 2011

Chicken Blackpepper

Semalam aku terajin lah pulaks, nak memasak bagai...pi c4 dgn mr.suami beli chicken whole leg 3 ketui...bercita2 nak masak chicken blackpepper..with mashed potato...setelah berhempas pulas (hehhe..takde pun sampai tahap camtu)...akhirnya menu ni berjaya disiapkan.

But sorry, ini bukan gambar sebenar..pinjam dari blog dapur-digital..(dahlah pinjam resepi, siap pinjam gambar lagi)...masa nak amik gambar, batery hphone en suami kong...lepas dah cas...menu ni pun dah selamat dimasukkan ke dalam perut..so termiised lah agenda mengambil gambar.

Komen : Resepi ni sangat sempoi, tapi memang sedap...timing masak ayam tu pun memang kena, tepat 40 minit, ayam siap dihidangkan...seleranya nak makan semalam...yum..yum..yum...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam saiz sederhana
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
3 sdb kicap manis
3 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
2-3 sdb madu - boleh ganti dgn gula (2 sudu besar gula dah cukup)
lada hitam biji - ditumbuk kasar secukupnya (En Suami letak sesedap rasa -His Favoret)
1 sdb mentega
garam secukupnya

Cara:
Cuci ayam dan toskan.
Perap ayam dgn semua bahan diatas selama sekurang2nya 3 jam
Panggang dlm oven pd suhu 170C selama 1 jam atau lebih bergantung kpd saiz ayam
Bila dah masak angkat ayam, simpan jus dlm loyang pembakar.

Gravy
Cara:
Masukkan 1 cawan air atau secukupnya kedlm loyang pembakar ayam tadi.
Kacau sikit.
Pindahkan campuran air tadi kedlm periuk.
Tambah tepung gandum 2 sdk, kacau atas api yg perlahan sehingga agak pekat. Rasakan garam secukupnya
Angkat dan sedia utk diguna.

* Sukatan resepi ni anggaran sahaja....bole ditambah ikut citarasa masing2

Kentang Putar (Mashed Potato) - Qiqin pun suka...

Bahan-bahan:
    1 kg kentang Russet (Aku guna kentang biasa aje)
    1/4 cawan susu segar
    2 sudu besar mentega
    1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
    garam secukup rasa

Cara membuat:
Kentang dikupas dan dipotong 4 kemudian direbus didalam air mendidih bersama garam sehingga empuk.
Setelah empuk, toskan kemudian lenyekkan di dalam periuk tadi ketika kentang masih panas
Letak kembali periuk atas dapur dgn api yg sederhana sambil itu masukkan susu, lada hitam, mentega, lenyekkan bersama kentang tadi sehingga gebu dan sebati.
Sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment