Monday 10 November 2014

Aku dan Treatment

19.03.2015
berubat dgn pak leman di paya jaras, sg.buloh
rm50 sekali treatment...dan air akar kayu rm15

02.02.2015
berubat dgn ustaz di kampung pak teh

10.01.2015
berubat di sekinchan... entahlah...tak tau nak cakap apa... ada dlm blog ni kisah berubat kali ni...

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan z, Rasulullah bersabda:
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ، وَإِذَا أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ

“Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya baik baginya, dan sikap ini tidak dimiliki kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila kelapangan hidup dia dapatkan, dia bersyukur, maka hal itu kebaikan baginya. Apabila kesempitan hidup menimpanya, dia bersabar, maka hal itu juga baik baginya.” (HR. Muslim)


Tiada daya manusia itu melainkan dengan izin Allah...

Ya Allah, berikanlah kesabaran padaku, pada suamiku, pada anak2 ku dan pada keluarga serta sahabat handai ketika ku sedang mengharungi dugaan Mu ini Ya Allah. Kau sihatkanlah tubuh badan suami ku ya Allah, moga dia sabar dan redha menjagaku... :"(

Bila sakit ni, kita mudah hilang pertimbangan, dan rasa nak marah aje. Alhamdulillah, setelah hampir 10 bulan melalui dugaan sakit ni, makin kurang rasa marah, makin sejuk rasa rumah, en.suami makin mengerti dan menghulurkan banyak bantuan. Hidup kena cool dan redha, barulah kita mudah nak terima semuanya. Ilham dah boleh berjalan, makin kurang aku mendukung ilham.

Teringat pesanan kak wan, "kalau kita asyik fikir dan bersedih hati dengan ujian yang kita hadapi... proses penyembuhan akan lebih sukar. Seolah-olah kita salahkan takdir dengan apa yang terjadi"

Selepas 10 kali sesi akupuntur, aku dah tak larat nk pikir, terus aku stop kan... mcm takde kesan apa...sampaikan doktor tu pening tgok condition aku...arini buat..esok sakit balik..so aku stopkan treatment tu.

17.11.2014
Akupuntur biasa, 16 jarum digunakan. Banyak nod-nod saraf yg semakin aktif. Rasa sakit bila terapi cucuk jarum akupuntur. Memang aku menjerit lah. Masa awal2 ari tu, aku relax jek.

14.11.2014
Akupuntur biasa + ubat herba hilangkan sejuk saraf

11.11.2014
Akupuntur elektrik

08.11.2014
Akupuntur elektrik
Letak jarum pada 8 spot akupuntur di kaki, dilalukan elektrik dengan voltan rendah. Dalam masa 40 minit.

Tindakbalas : Agak menyakitkan.

Kesan : Boleh lipatkan kaki ketika duduk bersila dgn rasa sakit yg berkurangan. Will proceed with this treatment.

Berubat di Shah Alam X 2 kali
- Menggunakan 3 biji kelapa dan limau purut.
- Dimaklumkan tiada sebarang gangguan lagi
- Minta aku menggunakan terapi ais

Urutan dengan Bidan (Mak Mertua Mokhtar)
- Sangat menyakitkan. Makin sukar bergerak.

Berubat di Kratong
- Rawatan buang angin dalam badan, muntah angin.  - Tak mendatangkan kesan
- Rawatan memulihkan rahim - Sangat menyakitkan, mcm sengkak rahim,  - Kesan positif bila kurang rasa sakit pinggang.

Berurut 1 badan+Bekam lintah di Pusat Rawatan di Bangi
- Menyebabkan luka yg besar pada badan
- Menjadikan badan lemah.
- Tiada kesan

Fisioterapi
- Urutan fisio
- Menggunakan sinar infrared
- Senaman fisio
- Letak urutan elektrik di peha - so painful!!!!

Checkup di Hospital Putrajaya
- Dapat pain killer, ubat sapu dan koyok
- Rasanya stok untuk 3 bulan...

Akupuntur di USJ
- Rawatan dgn kos yang tinggi.
- Terfikir dalam hati, kenapa Melayu taknak tolong melayu...mahal sangat harganya.
- Hari pertama, mcm ada perubahan..boleh bergerak dgn agak baik.
- Tapi hari kedua dah takde perubahan
- Rasa give up sebab kos yang mahal+jauh

Berubat di Meru, Klang
- Dua kali
- Diagnosis yg berbeza2.
- Kejap kata tu, kejap kata mcm ni
- Taknak pi sana lagi

Berendam di air panas jasin
- Makin teruk gejala sakit aku
- Rasa nak pengsan kat situ

Rendam kaki dgn opsum salt
- Nothing happen

Berubat di Telok Mas,
- Ustaz Ali
- Tiada kesan, diagnos mengatakan aku sakit urat
- Pupuk dgn daun kering juga tiada kesan

Berubat dgn ustaz omar
- Dimaklumkan ada gangguan dlm rumah
- Minta mandi juga dan sapu air pd kaki

Berubat di Darul Shifa'
- Ustaz maklumkan ada gangguan
- Minta mandi selepas asar dan sebelum magrib dgn air doa yang dibekalkan

Berubat di Darul Saka
- Ustaz maklumkan ada gangguan
- Ustaz minta mandi limau 40 hari berturut2
 - Ustaz cuba buang gangguan yg ada
- Bisa menjalar 1 badan

Berurut di spa+sauna
- Tiada sebarang hasil

Berurut dengan bidan mira
- Tiada hasil melainkan rasa sakit bertambah, berurut 2 kali berturut2

Berurut di Klang
- Tiada kesan

Klinik di Seri Kembangan
- Masa awal2 start sakit
- Dapatkan injection masa kali ke3 pi sebab tak leh bergerak dgn lancar --> takde kesan pun, still painful

Klinik di Puchong
- Dapatkan 2nd opinion untuk sakit ni
- Sama jek ubatnya dgn klinik seri kembangan

Klinik Dr. Halim
- 3rd opinion
- Still the same medicine...huhuhu...(so, tired)

Kiropraktik di Bangsar
- Just one session
- Terbang rm200.00
- Adjust ala kadar
- Then asked me to repeat session at least 10 times
- Kalo 1st session meberangsangkan ok lah juga nak repeat, ni ala2 manja gitu

Kiropraktik Serembang
- 1st session
- Rasa nak lari balik masa dgr dia buat adjustment
- Lepas buat tu memang ada sikit perubahan
- Then after a week, sakit tu dtg balik

2nd session
- Terapi tu soh tak yah dtg lagi
- Sebab dia kata dah 100% adjusment dibuat, nnt membahayakan aku
- Buat urutan di kaki sampai lebam kaki aku.

Beli minyak urut dari Kedah
- Atas bantuan dari kawan, beli minyak urut dari tukag urut di Kedah
- Tidak menampakkan kesan

Menggunakan cream firm3+minyak jaro
- Tiada kesan

Minum SD11
- Ada sedikit kesan, kurang rasa sakit ketika berjalan
- Tapi kesan hilang selepas amalkan berterusan

Minum Jus Belalai Gajah
- Makin meyakitkan

Bekam darah+angin di Putrajaya
- Tiada kesan, melainkan sakit dan keletihan

3 comments:

  1. Dear mem, i'm not sure what exactly you went through but u can try search for ustaz wan asrul al kelantanil. find it in facebook or whatever means in the internet.

    ReplyDelete
  2. amalkan perubatan melalui sedekah. Sedekah dan niatkan untuk hilangkan penyakit.

    ReplyDelete
  3. bernazar....dgn penyembelihan..sedekah mlm rabu...solawat ...niat INSYAALLAH..

    ReplyDelete