Monday 8 June 2015

Ziarah Terakhir Seorang Sahabat

05.06.2015

Perginya seorang sahabat yg dulunya pernah menjadi boss pertama aku dlm perkhidmatan kerajaan. Meninggalkan 3 cahaya mata dan salah seorangnya seorang OKU. Allahuakbar...

Puan Aini Abdul Rahman, seorang yg tegas ketika bekerja, tetapi sgt ramah sebagai insan biasa. Pernah kecewa sedikit masa dulu, dgn keputusan arwah, menukarkan tugasan ku drpd Visa ke permit masuk. Ditukarkan tanpa sebarang makluman, Sangat sedih waktu itu seolah-olah aku dibuang ke tepi dan dipandang rendah olehnya.

Sehingga aku berbual dgn mrs.khoo, vendor di pejabat ku. Bertanyakan berkenaan status kerjaku, kerana aku tidak lg dilibatkan dlam kerja2 team visa. Aku hnya mampu membalas yg aku telah diberi tugasan baru. Mrs.Khoo ungkapkan padaku yg aku patut rasa bersyukur, kerana berada di team visa, byk tugasan yg mencabar dan memenatkan kepala otakku. Lebih baik menjaga modul yg permit yg mudah dijaga dan tidak memeningkan.

Setelah bertahun2 aku melalui kisah ini, makin byk hikmah yg tersingkap. Aku rasa syukur sgt dgn tugas ku sekarang. Hasil pertukaran yg dibuat oleh arwah. Maybe ada kekurangan ku dlm menjalankan tugasku yg dulu.

No comments:

Post a Comment