Friday 20 January 2017

Chenta Hati Mama yang chumel

11.01.2017

Tarikh keramat lahirnya chenta hati mama yg no.3

Warded hari Isnin 09.01.2017, bila doktor suspect berat baby tidak bertambah. Doktor minta mama stay di ward utk pemantauan.

Terus dapat injection hexa utk matangkan paru-paru baby. Persediaan awal jika ada keperluan untuk emergency ceaser. Memang quite sakitlah injection tu. Termenung sekejap bila nurse tu duk cucuk.

Kemudian ditolak ke pac utk pemantauan bp. Serabut sgt masa kat pac ni. Rasa tak keruan sungguh. Abg tak boleh masuk pula masa ni. Planning awal nak pi makan kari kepala ikan kat shah alam terkansel secara automatiknya..huhu

Lama sungguh menunggu kat pac, dah start call mak, angah maklumkan keadaan aku. Abg balik melaka utk amik mak ptg tu lepas amik izzah balik sekolah. Semuanya berjalan dengan pantas. Allah mudahkan semua urusan.

Ptg tu dlm jam 6.30 baru dapat masuk ward. Letih sungguh rasa. Dapat ward kelas 3. Masa ni aku da redha. Alhamdulillah, bila kita redha, lebih mudah penerimaan kita.

No comments:

Post a Comment