Tuesday, 10 February 2015

Perkhabaran Hiba

10.02.2015

Malam tadi dapat berita daripada seorang kawan, perginya anak saudara perempuannya berusia hanya 8 tahun menghadap Ilahi. Pergi yang takkan kembali.

Anak kecil itu mengalami pendarahan otak, jam 6 petang pengsan tidak sedarkan diri, jam 7:50 malam, nafas terhenti.

Allah itu Maha Adil, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala-galanya. Pemergian si kecil rupanya untuk ikhtibar pada si tua, yang mati itu tidak mengenal usia. Tiada 'alarm' untuk mengingatkan kita.

Si kecil pergi dalam keadaan suci tanpa dosa, menari2 di depan pintu syurga, begitu gembira perginya tanpa perlu hisab yang melelahkan. Masih belum sampai umur wajib baginya menunaikan solat, kalau adapun mungkin hanya dosa-dosa kecil yang terampun dengan kasih dan sayang ayah dan bonda.

Si tua ini pula mungkin hanya insaf beberapa detik ketika. Lepas purnama saling berganti, mungkin si tua kembali leka. Menagih bahagia meneguk madu dunia.

Ya Allah, ketukan ini tandanya Kau masih sayang pada kami semua, Kau hantarkan bisikkan, ujian untuk melihat si tua ini kembali dekat padaMu. Kembali istiqamah melakukan ibadat kepadaMu. Kembali mencari sinar rahmahMu.

Atas hiba si ayah dan bonda, moga ia menjadi iktibar buat kita semua, bahawa mati itu tak kenal siapa, andai tiba seru masanya, terpisahlah roh dari jasadnya.

Friday, 6 February 2015

Remedy yang mengurangkan sakit



Jangan mudah buruk sangka

Imam Al- Qurthubi menerangkan kepada kita bahwasanya buruk sangka itu adalah melemparkan tuduhan kepada orang lain tanpa dasar yang benar. Yaitu seperti seorang menuduh orang lain melakukan perbuatan jahat, akan tetapi tanpa disertai bukti-bukti yang membenarkan tuduhan tersebut.

http://www.smstauhiid.com/7-larangan-rasulullah-shallallahu-alaihi-wasallam-larangan-pertama/

Tuesday, 27 January 2015

Ibrah (Pengajaran)

Ibrah Abdul Rahman Bin Auf
Ustaz Syaari Abdul Rahman

Kisah seorang sahabat yang sangat besar dalam dunia Islam. Di antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
1.       Kita jarang sekali mendengar kisah sahabat Nabi yang bertaraf jutawan.
2.       Jutawan muslim yang telah diberi jaminan untuk masuk syurga.
3.       Sahabat yang Berjaya mengekalkan potensinya sebagai businessman.
4.       Beliau seorang hartawan, jutawan yang benar-benar beriman.
5.       Orang-orang di Barat meletakkan 4 kriteria bagi pemimpin yang berkualiti.
      -          Pemimpin yang paling dipercayai (amanah)
      -          Pemimpin perlu sentiasa menjelaskan tujuan sesuatu kerja. (syurga,             neraka, akhirat)
      -          Pemimpin perlu mempunyai karakter sebagai orang yang layak masuk    syurga. Mempersiapkan diri sebagai orang yang ingin masuk syurga.
      -          Pemimpin perlu ada bakat unleased potential.
6.       Dalam hadith menyebutkan bagaimana Nabi sangat bijak meletakkan Abdul Rahman bin Auf diletakkan di rumah siapa selepas berhijrah ke Madinah.
7.       Semua hartanya telah diinfakkan semasa di Mekah untuk Islam
8.       Nabi Muhammad s.a.w memahami siapa Abdul Rahman bin Auf ini.
9.       Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan Abdul Rahman bin Auf dengan seorang lagi jutawan (Saad bin Rabiq) di Madinah kerana Nabi mengetahui Abdul Rahman bin Auf ini pernah kaya dan boleh jadi kembali kaya. Support culture yang disediakan akan membantu ARBA ini akan kembali kaya.
10.   Saad bin Rabiq telah mengatakan kepada ARBA yang dia kenal siapa ARBA. Aku berikan separuh dari hartaku dan pilihlah salah seorang isteriku yang paling cantik untukmu. Jawapan ARBA pada soalan berkat Allah kepadamu Saad, saya tidak ada hajat sedikit pun dengan apa yang ditawarkan. Aku cuma mohon ditunjukkan di mana pasar. Dalam beberapa hari ARBA Berjaya memulakan perniagaannya sendiri, telah mendapat pulangan yang berlipat kali ganda dan mampu mencari isterinya sendiri.
11.   Kita hendaklah mampu membetulkan pandangan diri kita sendiri. Dan bukan melihat apa yang orang lain memandang kita.
12.   Orang yang kaya tetapi bersyukur lebih baik daripada orang yang miskin tetapi redha.
13.   Seorang yang mempunyai harta yang banyak dan akhirnya dapat berbakti kepada orang lain.

Wednesday, 21 January 2015

Laparrrrrrrrrr

Catatan 21.01.2015

Pernah baca, kalau lapar banyakkan zikir... zikir boleh hilangkan lapar.. moga2 ko lupakanlah ko lapar ipa...huhuhu.. nak turun cafe kaki sakit woooo...

Catatan 18.01.2015
Pi berubat di bagan dato, tempat tu tak boleh berubat hari selasa dan sabtu. pi dgn acu ijam. so so jelah... moga Allah beri kesembuhan :"(

Kalau asyik mengadu dgn org pun org akan menyampah...hehehhe.. mengadu pada Allah, mengadu pada blog ni... lepas rasa sikit...hehehhe

Thursday, 15 January 2015

AZAM TAHUN 2015

2015 WISHLIST- TO DO LIST
Ya Allah, permudahkanlah ya Allah...

  1. LESS FACEBOOKING
  2. LESS PLAYING GAME
  3. LESS WEIGHT
  4. MORE QURAN RECITE - KHATAM QURAN IN 2015
  5. MORE TIME WITH ILHAM & IZZAH
  6. MORE TIME TO EDUCATE ILHAM & IZZAH
  7. MORE ZIKIR AND RECITE KURSI
  8. TASBIH, TAHMID, TAKBIR x 33kali
  9. TRY EXERCISE TO FLEXIBLE MY BODY
  10. TRY SAVING MONEY
  11. MALAM GOSOK BAJU
  12. PAGI BANGUN JAM 4:30 HINGGA 5:00 PAGI – SOLAT TAHAJUD WALAUPUN 2 RAKAAT
  13. SOLAT DHUHA WALAUPUN HANYA 2 RAKAAT
  14. MALAM SOLAT ISYAK
  15. CAKAP KEBESARAN ALLAH DALAM KELUARGA