Ibrah Abdul Rahman Bin Auf
Ustaz Syaari Abdul Rahman
Kisah seorang sahabat yang sangat besar dalam dunia Islam. Di antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
Ustaz Syaari Abdul Rahman
Kisah seorang sahabat yang sangat besar dalam dunia Islam. Di antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.
1.
Kita jarang sekali mendengar kisah sahabat Nabi
yang bertaraf jutawan.
2.
Jutawan muslim yang telah diberi jaminan untuk
masuk syurga.
3.
Sahabat yang Berjaya mengekalkan potensinya
sebagai businessman.
4.
Beliau seorang hartawan, jutawan yang
benar-benar beriman.
5.
Orang-orang di Barat meletakkan 4 kriteria bagi
pemimpin yang berkualiti.
-
Pemimpin yang paling dipercayai (amanah)
-
Pemimpin perlu sentiasa menjelaskan tujuan
sesuatu kerja. (syurga, neraka, akhirat)
-
Pemimpin perlu mempunyai karakter sebagai orang
yang layak masuk syurga. Mempersiapkan diri sebagai orang yang ingin masuk
syurga.
-
Pemimpin perlu ada bakat unleased potential.
6.
Dalam hadith menyebutkan bagaimana Nabi sangat
bijak meletakkan Abdul Rahman bin Auf diletakkan di rumah siapa selepas
berhijrah ke Madinah.
7.
Semua hartanya telah diinfakkan semasa di Mekah
untuk Islam
8.
Nabi Muhammad s.a.w memahami siapa Abdul Rahman
bin Auf ini.
9.
Nabi Muhammad s.a.w telah mempersaudarakan Abdul
Rahman bin Auf dengan seorang lagi jutawan (Saad bin Rabiq) di Madinah kerana
Nabi mengetahui Abdul Rahman bin Auf ini pernah kaya dan boleh jadi kembali
kaya. Support culture yang disediakan akan membantu ARBA ini akan kembali kaya.
10.
Saad bin Rabiq telah mengatakan kepada ARBA yang
dia kenal siapa ARBA. Aku berikan separuh dari hartaku dan pilihlah salah
seorang isteriku yang paling cantik untukmu. Jawapan ARBA pada soalan berkat
Allah kepadamu Saad, saya tidak ada hajat sedikit pun dengan apa yang
ditawarkan. Aku cuma mohon ditunjukkan di mana pasar. Dalam beberapa hari ARBA
Berjaya memulakan perniagaannya sendiri, telah mendapat pulangan yang berlipat
kali ganda dan mampu mencari isterinya sendiri.
11.
Kita hendaklah mampu membetulkan pandangan diri
kita sendiri. Dan bukan melihat apa yang orang lain memandang kita.
12.
Orang yang kaya tetapi bersyukur lebih baik
daripada orang yang miskin tetapi redha.
13.
Seorang yang mempunyai harta yang banyak dan
akhirnya dapat berbakti kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment