Thursday 23 February 2012

Kisah si penebang kayu dgn kapaknya

Dgr radio ikim setiap pagi, sedikit sebanyak buat aku rasa heppy..alhamdulillah. Kali ni aku nak berkongsi cerita kisah si penebang kayu dgn kapaknya.

Ada seorang penebang kayu yg selalu berjaya menebang pokok menggunakan kapak kesayangannya. Setiap hari dia akan menumpaskan pokok-pokok gergasi dengan berbekalkan kapaknya itu. Setelah bertahun-tahun, pada suatu hari si penebang kayu diminta oleh penduduk kampung untuk menebang sebatang pokok kayu di hujung kampung. Tanpa berlengah-lengah, dia berusaha sekuat mungkin menebang pokok tersebut. Setelah beberapa jam bekerja...pokok tersebut masih belum mampu ditebang. Si penebang kayu sangatlah hairan dan semakin berputus asa. Orang kampung yg melihatnya merasa sangat kasihan.

"Wahai penebang kayu, cuba kamu cari puncanya, kenapa kamu tidak berjaya menebang pokok tersebut?" kata penduduk kampung.

"Entahlah kenapa, hari ini aku sangat bernasib malang agaknya, aku tidak mampu menebang pokok ini dari tadi" jawab si penebang kayu.

Kapak ditangannya di belek-belek, dan akhirnya dapatlah dia tahu asal punca kegagalannya...

Rupa-rupanya, telah bertahun-tahun kapak itu digunakan tanpa diasah menjadi tajam. Disebabkan ketumpulan kapak itu, si penebang kayu tidak dapat menebang pokok pada hari tu.

Kesimpulannya, setiap dari kita yg sedang asyik mendaki tangga kejayaan, seringkali lupa dan leka untuk mengasah, menambah ilmu di dada, memperbaiki diri supaya kita mempunyai kekuatan dan bekal dalam menghadapi situasi baru dalam hidup. Seringkali kita merasa cukup dgn apa yg biasa kita usahakan. Dan selalu mengharapkan kejayaan yg lebih cemerlang. Walhal, setiap usaha yg tidak diperbaharui tekad, ilmu dan azam yg baru akan lama -kelamaan menjadi hambar sahaja.

Moga kisah ini menjadi ingatan buat kita semua.

Dicatit pada 23 Februari 2012 oleh mamaizzah.

2 comments:

  1. Cite nih ulangan kot..Td akak kesempatan dengar balik ustaz pepatah pepatih..like..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..tulah...suka sangat ustaz ni..sedap dgr dia berkata2..semuanya mesti ada kaitan dgn kisah org yg hebt2...

      Delete