Tuesday 21 February 2012

Cinta Rasul s.a.w

After listening to ceramah ustaz don about Cinta Rasul, my heart feel so calm n peaceful...all muslim must try their best to improve our luv to our Nabi...

Belajarlah cinta pada Nabi,
Pasti kita akan rasa tenang, walaupun kita sedang menangis,
Pasti akan rasa seronok, walaupun kita dibenci,
Pasti hidup kita indah, walaupun kita hidup susah,
Belajarlah untuk cinta Nabi. s.a.w...

Sunnah-sunnah nabi yg mendekatkan kita padanya, moga mekar rasa cinta kita pada nabi dengan amalan sunnah secara istiqamah...insyaAllah, (Sumber : http://1khalifah.wordpress.com/2011/10/21/memelihara-sunnah-nabi-saw/)

Mandi pagi -Nabi saw mandi pagi sebelum solat subuh 1 atau 2 jam sebelum terbit matahari, Kajian sains mengatakan orang yang mandi pagi akan meransang saraf tubuh menjadi cergas.

Minum segelas air -Bangun tidur nabi saw akan minum segelas air kosong kerana akan membersihkan saluran seperti usus dan perut dalam badan.

Sujud -Sebelum tahiyyat akhir sujud agak lama sedikit itu sunnah nabi saw, kajian sains mendapati darah turun ke kepala ke suatu tempat yang jarang sampai di otak supaya cergas dan berfikiran waras.

Makanan -Nabi larang campur makanan seperti ikan + telur, kerana tidak baik untuk perut akan memberi tindak balas kimia. Sebab itu kita kadang-kadang sakit perut kerana tidak menjaga apa yang dimakan.

Jari -Sunnah nabi makan dengan 3 jari dan menjilat jari selepas habis makan kerana jari mengandungi enzim yang membantu menghadam makanan.

Memotong kuku -Sunat memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. Dapat membersih kuku kerana ada mengandungi kuma e-coli yang sama keluar dari najis kita.

Contoh sunnah yang mengandungi kebaikan dari segi agama seperti:

Tidak tinggal Tahajjud -ia kerana waktu yang kita paling hampir dengan Allah Taala dan merupakan jalan untuk mendekatkan kepada Allah.

Membaca Al-Quran -Membacanya selalu menjadikan penglihatan mata tajam. jadikanlah amalan setiap hari membaca al-quran.

Masjid -Perempuan afdhol solat di rumah, lelaki tambatkan hati pada masjid. Ia salah satu sebab untuk diakhirat mendapat pertolongan Allah.

Solat Sunat Dhuha -Jadikanlah amalan banyak kelebihannya.

Sedeqah -Boleh menghasilakn sifat belas ikhsan.

Kekalkan wudhu -Berusaha sentiasa kekal dalam wudhu akan menjauhi gangguan syaithon.

Kekalkan Istighfar -Nabi yang maksun juga sentiasa beristighfar maka hidup kita ini banyakkan meminta ampun. Dapat Keampunan Allah itu adalah suatu perkara yang besar untuk kita.

Bersugi -Amalan bersugi sebelum wudhu dapat membersihkan mulut.

No comments:

Post a Comment