Thursday, 31 May 2012

Jangan mudah melafaz kata

Sebelum kita berkata mengenai sesiapa atau mengenai apa-apa pun, fikirlah adakah kata-kata itu bebas 3 syarat: 

Adakah ia baik? 
Adakah ia benar? 
Adakah ia perlu?

~ Abu Hanifah


Wednesday, 30 May 2012

Hidup pasti mati

Kematian memang hukum alam, setiap yg hidup pasti mati. Tak kira usia, pangkat, harta kekayaan, yg hidup pasti mati. Hati sangat terkesan membaca kisah seorang rakan sejawat yg meninggal kala usia muda, meninggalkan seorang balu dan dua anak kecil yg comel. Bagaimanakah keadaan si balu ketika menghadapi berita itu agaknya? Bukan mudah mengajar hati untuk redha. Walaupun hati tahu, hidup ini hanya sementara. Usia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Bila-bila Tuan Punya mahu kembali, kita pasti akan menghadapNya.

Rumusannya, sebenarnya aku rasa sgt2 sedih, membaca kisah2 kematian yg tak terduga, pagi keluar bekerja, yg pulang hnya sekujur tubuh. Semalam berjumpa, bertegur sapa, hari ni dgr cerita dah meninggal orangnya. Kita tak boleh lari dari mati, sebab mati itu pasti, tapi kita kena bersedia hadapi mati. Perbanyakkan amal, jauhi segala macam maksiat, maksiat hati, maksiat mulut, maksiat mata, maksiat telinga..dan semua jenis maksiat dlm dunia ni. Kalau kita simpan duit untuk kehidupan hari tua, kita kena lebih usaha untuk 'simpan pahala' untuk hari akhirat.

“Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara:
Sedekah jariah ataupun ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya”
(Hadith Shahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
sedekah...
ilmu...
anak...

dalam banyak2 yg kita cari dalam dunia, cuma 3 sahaja yg boleh bantu kita...

Ya Allah, kau bantulah aku untuk memperbaiki diriku, kau ampunkanlah segala dosa-dosaku...dan berikanlah aku kekuatan untuk terus istiqamah dalam amalan kebaikan dan menjauhi laranganMu..aminnnnn...

p/s : Segala kisah pahit manis, suka duka boleh dicoretkan di blog yg tak seberapa ini. Mungkin kalau satu hari nnt, aku meninggal dunia, bolehlah en suami atau nur izzah afiah mengingat kembali kisah kehidupan kami...huhuhuh..kalau mereka sudi membacanya...:)

Monday, 28 May 2012

Syukur

Kita perlu selalu menghargai setiap apa, siapa yg kita miliki/ sayangi supaya bila secara tiba2 kurniaan itu ditarik balik kita tak berasa terlalu kecewa. Tak kira apa sahaja bentuk kurniaan dari yang Maha Esa, rasa syukur perlu sentiasa dalam jiwa.

Manusia ini sifatnya sangat pelik, bila terima sesuatu yg mengembirakan, kadang2 manusia mudah alpha dan lupa. Rasa ego juga mampu membuatkan manusia buat2 lupa yg sebenarnya rasa gembira itu datangnya dari Allah. Bila ditimpakan sesuatu dgn kedukaan, cepat pula manusia melatah, menuduh yg bukan2, kononnya di manakah keadilan.

Mendidik hati untuk selalu syukur bukan satu tugas mudah. Ia satu amanah yg perlu dipikul bukan semusim dua. Tapi satu amanah yg perlu kita laksanakan secara istiqamah. Walaupun kecil, tapi perlu kerap dan berterusan. Supaya sikap itu menjadi sebati dala diri.

Dalam usaha untuk membantu 'dia', aku kena selalu bersyukur..sebab 'dia' ada dlm hidup aku. Walaupun kadang2 perit, tapi aku perlu selalu redha, untuk bantu 'dia' dekat padaNya...berikanlah aku kekuatan dalam setiap keadaan, moga aku terus syukur 'dia' ada dalam hidup ku..aminnn..aminn..aminnn...

Family Gatering

Semalam 27.05.2012, aku berkesempatan menghadirkan diri untuk dua family gathering...mula2 pi shah alam rumah kak ngah ijam...ada kenduri doa selamat untuk anak kak ngah sebab dapat masuk asrama, kemudian kami rushing pi umah angah pulak, sebab mak ada kat uma angah, ada kenduri kawin rumah bg seman...dua-dua tuan rumah berstatus ANGAH hokeyyyy...hehehhehe...
Bila izzah tanya, "mama nak pi mana ni?", jawab aku "umah angah", dia buat muka konfuse sebab jalan nak pi umah 'angah' tu bukan jalan biasa yg dia lalu...hehhehe..saje buat gimik sikit ngan izzah.

Masa kat umah kak ngah, ramai yg takde...rupe2nya ada krisis dalam keluarga..buat serabut aje diaorang ni..Sebelum pi umah kak ngah, aku ngan encik suami pi PJ, en suami nak beli raket badminton. ada sales barangan sukan...dan akhirnya en suami telah membeli sebuah raket idaman hati...heheheh

Lepas tu, kita org bergerak ke shah alam, aku buat request untuk makan kat radix fried chicken. Kami makan lah kat situ. Tapi tak ramai pun orang masa kami makan. Kesian kami tengok bisnes melayu, sangat sayu. Kalau kfc dan mcdonald, mau tak cukup tempat nak duduk...huhuu...tak tau lah apa yg kurangnya...maybe from my personal view, dari segi rasa makanan quite okay, cuma dari segi presentation, kebersihan lah kurang skit...huhuhu..lepas ni diaorang nk buka cawangan kat bangi pulak..aku nak tengookan mcmana nnt...

Dalam kul 3 kitaorg move ke bangi...pala aku berdenyut2 sakit..malam sebelumnya tak cukup tido, duk melayan en suami borak sampai kul 2 pagi...huhuuhu..mcm org tak jumpa setahun pulak...hehehhe... dapat jumpa awe, release sikit sakit2 kepala ni...agaknya blood pressure aku tak stabil, asyik aje sakit kepala memanjang.

Tuesday, 15 May 2012

Tips bila anak sembelit

Dah 4 hari izzah tak membuang, kesian tengok dia..bila time nak membuang tu..sangatlah moody...kenalah mama google, cari tips bagi menyelesaikan masalah ni...nak kena pi farmasi lah jawabnya...
Tips bila anak sembelit (Copy from http://ummisalsabila.blogspot.com/)

1. Bila dia kena ummi masukkan ubat tiub kat punggung tu.yang ni kalau nak cepatlah.sebab dia dah menangis-nangis sakit.so,liqiud tu akan cairkan.( mcm kita lah sebelum masuk labor room kene poo dulu.Hehe ).ada jual kat farmasi utk  kids punya.

2. Lagi satu, ubat titis.Masuk kat susu dia.Masukkan beberapa titis.Nama ubat tu SKILAX.Pastu, cairkan sikit susu.

 3. Paling penting galakkan anak minum air masak banyak.Kalau aufa memang susah sikit.So,ummi bagitahu kena minum air putih banyak,nanti kakak tak sakit perut lagi.So,baru dia minum.kena pandai politik sikit :)

4.  Ummi google.Jumpa satu petua untuk anak yg sembelit. Bancuh satu sudu TEPUNG SAGU atau TEPUNG KANJI dalam susu anak.  Maknanya kena kurang satu sudu susu dan tambah 1 sudu tepung sagu atau kanji.  kalau anak sembelit teruk, berikan 4 kali sehari.  Tapi kalau biasa jer 1 kali sehari dah cukup sebab nanti kalau terlebih takut anak akan cirit birit plak.  Tepung tu membuatkan najis berlendir dan memudahkan pembuangan najis InsyaAllah, masalah sembelit akan selesai.Yang ini ummi belum cuba lagi.Bagus juga sebab bebas dari kimia berbanding ubat2 lain.

5. Lagi satu, disyorkan oleh seorang doktor pakar kanak-kanak di New York iaitu Marla Stern.
Cara2nya: Tambahkan 1 sudu teh GULA PERANG (brown sugar) dengan 2 aun susu atau air masak. Larutan ini tidak memberikan  apa2 kesan negatif kepada anak kita dan efektif untuk melembutkan najis anak.Nanti boleh cuba yang ini.simple je kan.

6. Last,dinasihatkan ibu-ibu supaya elakkan memberi anak kita PISANG kerana pisang sebenarnya mengeraskan lagi najis anak (bagi sesetengah anak) dan lebih memburukkan sembelit anak.  Elok diberi BETIK dan TEMBIKAI kepada anak-anak kita :)

Friday, 4 May 2012

Mutiara Kata

MUTIARA KATA TAN SRI MUKHTAR AL-BUKHARY - Muslim terkaya di Malaysia!


1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
 
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
 
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau
macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.
Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
 
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
 
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
 
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
 
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
 
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
 
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
 
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
 
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
 
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
 
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
 
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit
saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
 
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
 
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
 
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
 
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
 
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
 
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
 
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
 
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi
orang tidak tahu.
 
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
 
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
 
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas.Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
 
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
 
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada
jiran-jiran yang perlukan bantuan.
 
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
 
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
 
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
 
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
 
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
 
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,
boleh naik dan turun.
 
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
 
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani
perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi
wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih
akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
 
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
 
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
 
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
 
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
 
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
 
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
 
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
 
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
 
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
buat langsung.
 
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh
pakai.
 
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti
beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan

Tuesday, 1 May 2012

Sambutan besday kami

Kek hari jadi ijam (18/04) dan ipa (21/04)

Si kecik ni pulak posing lebey

Acara potong kek

Izzah n nuryn aleefa