Wednesday 8 August 2012

Diari Budak Gemuk Part 1

08.08.2012 8:38am

Alhamdulillah dah masuk 18 Ramadhan. Rasanya ramadhan tahun ini berlalu sangat pantas. Cuaca dingin disulami panas terik sekali sekala sedikitpun tidak membuatkan ia rasa terlalu panjang. Hanya tinggal 12 hari sahaja lagi.

Hari ini aku nak mulakan azam baru, untuk membuka diari budak gemuk dalam usaha aku untuk turunkan berat badan. Patutnya dah lama aku usahakan perkara ini tapi sebab kurang kekuatan dan keazaman, akhirnya semua hanya tinggal mimpi.

Berat badan aku pada tarikh 07hb Ogos 2012 mencecah 89kg, tak padan langsung dengan ketinggian aku yg hanya 160cm. Sasaran aku sehingga penghujung ramadhan ini adalah 85kg. Aku nak mulakan diari diet aku tanpa penggunaan produk2 diet. Aku berharap sangat usaha aku dipermudahkan. Aku nak kurangkan pengambilan nasi, nak lebihkan makan ikan dan sayur-sayuran.

Kena kuat semangat ipa, supaya kau dapatkan berat ideal ko 60kg. Nampak sangat jauh dari berat asal. Tapi kalau aku masih leka lagi, aku takut semakin banyak penyakit yg akan hinggap di badan aku ni. Perkara mudah yg aku dapat rasakan sekarang adalah sejak bulan puasa ni, tekanan darah aku normal kembali. Mungkin disebabkan pengambilan makanan yg kurang.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menempuh perjalanan ini. Moga aku dapat turunkan berat badan dan aku dapat mengandung lagi selepas ini. Hanya padaMu aku berserah ya Allah. Amiiinnn...

huhuhuhuhu

08.08.2012 3:38pm

Gi alamanda beli barang, akhirnya end up beli lunch box kat kfc...wawawawa...apa nak jadi...alamak kantoiiii...tak posa..(tapi ni memang tak posa yg dibolehkan okkkkk...) wawawawa...camne ni, bila dah abih makan baru nak nyesal...huhuhuu...nyampah ar...

Petang ni en.suami dah call bgtau iftar di saba' dengan kawan2 dia...huhuhu...nampak gayanya kena start diet esok jelah...huhuhuhu...sungguhlah poyos aku ni...wawawa

No comments:

Post a Comment