Monday 8 October 2012

Tinggal kenangan

Pesan untuk anak mama,

'Izzah, nenek izzah telah dijemput Ilahi pada tarikh 09.06.2012, iaitu 3 hari sebelum tarikh lahir izzah. Beberapa gambar kenangan yg mama ada dalam simpanan ketika majlis akikah izzah dibuat di rumah nenek. Nenek memang sangat sayangkan izzah, cucu pertama nenek, cucu perempuan nenek...nenek tak sempat nak lihat izzah membesar. Pesan mama buat izzah, doakan kesejahteraan nenek di sana...mohon pada Allah diampunkan segala dosa dan salah silap nenek, tempatkan nenek di syurga firdaus...jika suatu hari nanti mama juga pergi meninggalkan izzah, izzah doakan begitu jua untuk mama ye sayang"




Ayah pun sangat rindukan nenek, tapi rindu ayah tak terungkap... : (


p/s : tiba2 aku jadi rindu pada mak..rindu yg amat sangat...walaupun pada aku, masa hidupnya aku jauh dari hati dia...ya Allah, kau ampunkanlah dosa2 ibu mertua ku rohaya abdul hamid...Kau hindarilah dirinya dari seksa kubur, kau lapangkanlah kuburnya ya Allah...Kau tempat kan dia di tempat orang2 beriman...

No comments:

Post a Comment