Monday 21 September 2015

Fahami Arab Al-Quran

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Aku diberikan rezeki untuk menyertai Kelas Faba, kelas yang dianjurkan oleh insan berhati mulia dan berjiwa besar iaitu Puan Cahaya a.k.a Puan Norhaini Sulaiman.

Kelas diadakan pd 5 Sept 2015 di bandar baru bangi. Sebelum ni berhajat hendak menyertai kelas ini pada bulan ramadhan yg lepas, tapi tak kesampaian bila memikirkan harus travel ke kelana jaya dan akan menyusahkan en.suami.

Alhamdulillah, bila niat kita baik, Allah buka jalan dan permudahkan. Kelas yg ditunggu-tunggu telah dibuat di Bangi. En.suami beri green lite, terus sahaja mendaftar utk mengikutinya.

Asbab mendaftar, aku terus membeli quran terjemahan pra kata, ya Allah, selama ini aku asyik bertangguh dari hari ke hari untuk mendapatkan quran tersebut. Sentiasa berkira-kira hendak membeli dan asbab kelas ini, tanpa fikir panjang terus membelinya. Ya Allah...ya Allah.

Kelas diadakan dr jam 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari. Masa yang berlalu tak terasa bila ilmu yg dicurahkan bagai menusuk2 masuk ke dalam qalbu. Allahuakbar.

Penggunaan kad imbas suku kata bg memudahkan teknik ini diaplikasikan amat membantu. Sekarang kembali kepada diri sama ada untuk mengamalkan ilmu yg telah diperolehi atau terus berada pada tahap yg sama iaitu 'buta' quran.

Moga Allah membantu niat baik aku untuk istiqamah mengenal quran dengan mata hati.

No comments:

Post a Comment