Monday 15 August 2016

Hamil Kali Ke 4

28.09.2016
Follow up checkup at Hospital Serdang. Baby is waving at me...hahhaha

31.08.2016
2nd bleeding. Checkup at emergency department. Also no need to warded.

20.08.2016

1st pv bleeding. Quite haevy bleeding. Check up at Klinik Annur. Doctor advise to take a good rest.

17.08.2016

Rezeki yang Allah titipkan di kala aku tidak bersedia, buat hidup aku dalam denial mode. Sungguh kuat insan kecil ini berpaut dalam rahimku. Terasa bersalah yang amat bila hati selalu menidakkan kehadirannya. Walau jauh di sudut hati, terlalu ingin punya anak lagi,

Ya Allah, Kau kurniakanlah aku hati yang redha dengan setiap ketentuanMu. Kau peliharalah kandunganku, kesihatanku moga aku mampu bersabar dalam setiap ujianMu. Kau sembuhkan lah sakitku yang sedang kualami. Berikanlah aku kemudahan untuk menghadapai setiap apa yang berlaku.

3.08.2016-6.08.2016
Warded di hospital serdang sebab BP High. Dikejarkan dengan ambulans dgn izzah sekali. Memang sarkastik sungguh. Call en. azam tak berjawab. Hangin satu badan.

03.08.2016

Diduga dengan penyakit hypertension ketika buat pemantauan bacaan bp di klinik kesihatan. Dikejarkan ke hospital menaiki ambulans dengan Izzah Afiah. Rasa hati tak menentu bila tak dpt hubungi en.suami. Akhirnya Allah permudahkan segala urusan. Bantuan-bantuan yang Allah berikan yang tak diduga. Sesungguhnya Allah juga pengerak setiap zarah kehidupan. Dischaj hospital pada 06.08.2016.

Sedikit perkongsian 05082016
Jiran bersebelahan katil, kemurungan bila dinasihatkan untuk gugurkan kandungan, memang nampak jiran ni kesedihan, termenung seorang diri.
Bila doktor berikan beberapa option utk gugurkan kandungan tersebut atas faktor kesihatan, beliau seakan akan sukar menerima.
Beberapa kali keluar dari mulutnya, "Sudah empat tahun saya menunggu kandungan ini". Akhirnya, selepas beberapa consultasi dijalankan, beliau ambil keputusan, untuk tunggu dan lihat. Doktor pun berlalu pergi.
Jiran ni melangkah longlai ke katilku, maybe terlalu kusut, dan ingin berkongsi cerita. Apakah yang wajar dilakukannya. Hanya satu pesanan yang mampu dikongsikan dengannya.
"Doktor takkan bersikap zalim dengan pesakitnya, apa yg dicadangkan, selalunya yang terbaik bg pesakitnya. Hidup kita ni insyaAllah masih jauh lagi perjalanannya, mungkin ini adalah penyelesaian terbaik bagi puan. Kenangkan anak anak puan yg dah sedia ada. Kalau kemudian, puan teruskan juga kandungan, dan ada komplikasi, kasihan sungguh mereka."
Dia diam 1000 bahasa, menghulur sedikit senyuman dan berlalu pergi. Entah dari mana datangnya kekuatan utk aku ckp begitu.. peace no war ye jiran...


No comments:

Post a Comment