Wednesday 2 August 2017

DIET CARA KEKNIE PART 2

**Revision Notes**
*utk mereka yg pelupa 😂
1. Nasik tak buat awak gemok. Awak yg buat diri awak gemok bila awak makan nasik lebih dr had yg diperlukan.
2. Makan terlalu sedikit tak buat awak kurus. Makan banyak konfirm buat gemok. Makan secukupnya dan berpada2 insyaAllah akan kurus.
3. Jaga masa makan. Jgn skip makan. Skipping meal buat awak kurus sekejap, merana lama. Jangan cuba2.
4. Teh hijau, kopi hijau, teh jepun, chia seed, lemon, itu semua hanya membantu dlm proses weightloss. Tetapi, ia tidak membuatkan awak kurus hanya dgn itu sahaja. Tetap kena jaga makan dan kena workout.
5. Kafein membantu utk boost metabolisme tapi kafein jugak ada side effectnya sendiri seperti degupan jantung laju, susah tidur, takde selera makan. Sbb tu, sentiasa berpada2. Benda yg boleh bntu awak lose weight juga boleh buat awak susah nak lose weight bila awak ambk secara berlebihan.
6. Sentiasa kawal stress anda. Rehat ckup, tido cukup, makan ckup, aktif cukup, insyaAllah kurus.
7. Oat bukanla sejenis makanan khas utk kurus. Oat adalah sejenis karbohidrat, sama spt carbs lain spt nasik, roti, kentang perlu diambil mengikut had nya. Apa saja yg berlebihan tidak akan buat awak kurus.
8. Drink more plain water. Tak perlu air detox segala. Your body needs water.
9. Untuk kurus tidak semestinya perlu berbelanja besar. Makanan kita sepatutnya sama je mcm org lain sbb kita nk jdkan ni lifestyle. Bezanya adalah pada cara masakan dan portion makanan. Diet awak sepatutnya boleh survive di mana2, bukan bila keluar rumah terus tatau nak makan apa. Diet yg sihat sepatutnya lebih menjimatkan dan berkualiti.
10. Tolongla lupakan segala ubat kurus dan supplement dipasaran yg claim bleh loss banyak dlm seminggu dua. Berlaku adil lah pd badan anda. Awak dh gemokkan dia 1-2taun, tiba2 nak kurus dlm sebulan. Jgn tamak sgt. Org tamak slalu rugi.
Ok 10 je dlu. Ni notes borak2 je. Notes serius nnti la plak. Hehe
Keknie.D

No comments:

Post a Comment