Monday 2 April 2012

Dilation and curettage (D&C)

Tomorow will be the day...huhuhu..dalam hati hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI...buat2 cool aje, tp seram tahap cipannnnnnnnn...huhuhuhu...kena selalu bersyukur, ia hanyalah D & C...kena selalu ingat...

Dilation and Curettage (D&C)

Dilation and curettage (D&C) adalah prosedur pembedahan  minor yang merangkumi meregangkan serviks (dilate). Kemudian alat akan dimasukkan ke dalam uterus untuk mengikis dan menyedut  (curettage) bahagian dinding uterus.

Terdapat 2 jenis D&C, iaitu D&C diagnostik  and D&C terapeutik . D&C diagnostik, dilakukan dengan mengambil tisu uterus untuk dihantar ke makmal patologi. Ia bertujuan untuk mengetahui keadaan kesihatan pesakit.  D&C terapeutik  dilakukan untuk mengeluarkan produk yang tidak diingini dari rahim.

Indikasi untuk D&C

Kitaran haid yang tidak tetap: Anda mungkin mengalami haid yang tidak tetap dan pendarahan antara kitaran haid. Sekiranya ini berlarutan, doktor akan mencadangkan anda menjalani D&C untuk menyiasat puncanya. Lapisan dinding endometrium akan dihantar ke makmal histopatologi untuk dianalisis. 
Haid yang banyak: Haid yang panjang dan banyak atau pendarahan selepas menopaus merupakan tanda untuk masalah-masalah berikut.

a)     Fibroids dan polip: Fibroid adalah otot bukan kanser yang tumbuh di dalam uterus atau permukaannya. Apabila ia membesar, anda akan mengalami pendarahan yang banyak dan berasa sakit. Polip adalah tisu yang tumbuh dari dinding uterus ke dalam ruang dalam uterus. Polip dan fibroid boleh menyebabkan haid yang tidak tetap.  Histeroskopi (memasukkan teleskop ke dalam ruang uterus) digunakan untuk membezakan kedua-duanya.

b)    Kanser endometrium:  D&C kerap dilakukan ke atas wanita berusia lebih daripada 40 tahun yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap untuk mengesan kanser endometrium.
D&C terapeutik: D&C dilakukan bagi kes keguguran bagi mengeluarkan produk kehamilan yang tertinggal di dalam uterus. Sekiranya produk kehamilan ini tidak dikeluarkan, wanita akan mengalami pendarahan yang banyak dan ini akan menyebabkan jangkitan. Produk kehamilan akan menghalang uterus dari mengecut dan ia merupakan media yang baik untuk pertumbuhan bakteria.  D&C merupakan kaedah terbaik untuk mengeluarkan produk kehamilan terutamanya selepas bersalin. Sekiranya tidak dikeluarkan, tisu yang tertinggal akan menyebabkan komplikasi yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Indikasi untuk D&C terapeutik
 
Terapeutik D&C dilakukan untuk mengeluarkan produk kehamilan yang tidak diingini dalam uterus. Terapeutik D&C diperlukan apabila:

1.
Keguguran - Bagi kes keguguran, produk kandungan yang tertinggal akan dikeluarkan dari uterus.  Selain itu, ia dilakukan untuk menghalang jangkitan.
2.
Menggugurkan kandungan - Apabila seorang wanita mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan atas sebab-sebab kesihatan yang munasabah, D&C dilakukan untuk mengeluarkan produk kandungan.
3.
Kandungan anggur - D&C dilakukan untuk mengeluarkan kandungan anggur. Sekiranya tidak dikeluarkan, ia mempunyai 10% risiko untuk menjadi kanser.
4.
Pendarahan vagina yang berlarutan - D&C adalah rawatan jangka masa pendek bagi masalah ini sekiranya anda tidak bertindakbalas terhadap rawatan ubat-ubatan.
5.
Postpartum haemorrhage - Postpartum haemorrhage biasanya disebabkan oleh produk kandungan yang tertinggal dalam uterus.  D&C akan mengeluarkannya dan menghentikan pendarahan.


Prosedur D&C

1.
Anda dikehendaki berpuasa 6 jam sebelum prosedur.
2.
Ubat bius akan diberi sama ada bius setempat atau keseluruhan.
3.
Vagina akan dibuka menggunakan spekulum.
4.
Serviks diregangkan menggunakan beberapa rod (besi yang halus dan flexible) yang mempunyai saiz yang berbeza, sehingga saiz serviks mencapai lebih kurang 8mm.
5.
Curette (besi yang halus dan mempunyai hujung bergelung) dimasukkan melalui serviks yang telah diregangkan kedalam ruang uterus.
6.
Dinding uterus akan dikikis dan disedut dengan menggunakan penyedut berkuasa elektrik.
7.
Setelah semua produk kehamilan dikeluarkan, alat tersebut akan dikeluarkan semula.
8.
Anda akan dipindahkan ke wad pemulihan untuk berehat sekurang-kurangnya sejam sehingga anda benar-benar sedar. Seseorang perlu menjemput anda kerana anda tidak boleh memandu dalam tempoh 24 jam berikutnya. 

Keseluruhan prosedur mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Peringatan selepas menjalani D&C

1.
Jangan melakukan seks sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 minggu selepas menjalani D&C. Ini kerana serviks anda mengambil masa untuk mengecut semula.
2.
Jangan gunakan tampon atau menyembur vagina sekurang-kurangnya 2 minggu selepas prosedur.
3.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa selepas 1 atau 2 hari
4.
Anda akan mengalami haid dalam tempoh 4 hingga 6 minggu berikutnya.

Adakah D&C prosedur yang selamat?
Secara keseluruhan, D&C adalah prosedur yang selamat, ringkas dan mempunyai risiko yang rendah. Walaubagaimanapun, ia perlu dilakukan oleh doktor yang terlatih dan klinik mestilah mempunyai kelengkapan yang lengkap.
Risiko dan Komplikasi D&C
Anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan atau kekejangan selepas menjalani D&C. Ia mungkin akan berlarutan untuk beberapa jam atau beberapa hari. Walaupun komplikasi selepas D&C amat jarang berlaku, kebarangkalian untuk terjadi tetap ada. Kompilkasi D&C termasuk:

Kontraindikasi untuk D&C

Jangkitan vaginal: Sekiranya anda mempunyai jangkitan di bahagian vagina, anda mungkin tidak sesuai untuk menjalani D&C. Ini kerana, dikhuatiri semasa memasukkan alatan pembedahan, bakteria penyebab jangkitan tersebut dibawa bersama. Sekiranya ini berlaku, jangkitan akan disebarkan ke bahagian dalam uterus dan tiub fallopio yang akan menyebabkan jangkitan bertambah teruk dan boleh membawa kepada ketidaksuburan. Oleh itu, anda perlu mengatasi masalah jangkitan contohnya dengan mengambil antibiotik sebelum melnjalani D&C

Masalah darah
: Wanita yang mengalami masalah darah sukar membeku mempunyai risiko pendarahan selepas D&C. Oleh itu, wanita yang mengalami masalah ini perlu mengambil rawatan untuk mengatasi masalah ini sebelum menjalani rawatan. Sila dapatkan nasihat daripada doktor anda.

No comments:

Post a Comment