Tuesday 6 March 2012

Kalau 'dia' bukan milikku part I

Salam semua, aku nak coretkan sedikit rintihan hati di blog kesayangan aku ni. Untuk jadi memori indah bila kukenang kembali.

Semalam (05 Mac 2012), ke klinik fazlyana seri kembangan, sebab rasa badan tak sihat dan teringin nak scan si kecil dalam perutku. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari, bila hasil imbasan menunjukkan bb kecil dalam perut ini tak membesar. Kantung yg ada, nampak kosong sahaja.

Aku tak dapat nak gambarkan mcmana rasanya. Cuma terdetik dalam hati, aku ingat pada anugerah Allah padaku sebelum ini..Nur Izzah Afiah...aku cepat beristigfar mengatakan belum masanya aku nak dapat anak yg ke dua agaknya...

Explanation dari doktor sememangnya takde kata2 positif.."Saya nmpk kantung ni kosong jek, maksudnya pregnancy ni tak berjaya..urmmm dtglah lg 2 minggu, tgk camne...tp ikut tarikh memang awak kira silent miscarriege dah ni". Terkedu bila dgr penerangan doktor. Takperlah, mungkin pd dia perkara itu adalah sangat normal..takde rezeki, nak buat mcmana.

Bila keluar dari bilik tu, husben excited bertanya.."Dah berapa minggu? Nampak bb tak?"...lemah sungguh rasa hati nak jawab..."Nampknya mcm kita takde rezeki, kantung tu kosong aje, takde bb". Husben terus diam, tak berkata apa2...agaknya dia pun cuba tune diri untuk fahami apa yg aku cakap.

Malam tadi, memang rasa sedih. Aku boleh gelak2..main2 dgn izzah tapi dalam hati, hanya Allah yg tahu.

Kena kuatkan semangat, kena jadi tabah, kalau dah tertulis di luth mahfuz 'dia' bukan milikku...Hanya Allah yg Maha Tahu... :"(

No comments:

Post a Comment