Thursday 8 March 2012

Kad kredit...huhuhu

A few weeks ago, aku balik kampung...balik melaka...al kisahnya, jalan2 dgn emak di JUSCO Melaka Tengah, nak mencari sepasang sandal...emak temankan anaknya yg sorang ni, sebab en suami  ilang ntah ke mana...

Dalam duk sibuk2 nak bayar...

Mak bertanya, "Pakai kad kredit ke nak bayar tu?"..
"a ar...sebab takde cash skrg ni, nak pi kuarkan duit malas". jawab aku tanpa selindung...
"Mak dgr kat ceramah2, guna kad kredit ni riba, kalau lambat bayar lagilah kena interest...mcm tu ke?"...

huhuhuhuu...akhirnya aku terkedu dan terdiam nak jawab...

Persoalan ni bermain2 dalam fikiran...RIBA...bukan satu isu kecil yg harus aku buat2 lupa...utang kad kredit aku tak byk pun, tp memang sengaja bayar sikit2...huhuhu..tiap2 bulan memang kena bayaran tambahan, dalam rm2-3 aje, so tak pernah aku terpikir, unsur2 riba dah berputik kat situ...

Azam aku, kena setelkan semua hutang kad kredit tu as soon as possible...dah lah kad kredit aku tu sah2 dari bank konvensional, aku lak pi tulung depa lagik...Ya Allah..ampunkanlah dosa2 aku...

Firman Allah SWT: “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba,” (al-Baqarah: 275)..Tapi, manusia sekarang (termasuk aku) terus leka dibuai keseronokan membeli dengan hutang. Walaupun, ada kemampuan untuk tidak melakukannya.

Persoalan riba bukan soal baharu. Amalan riba dipercayai telah wujud sejak zaman dahulu-kala lagi, yakni sejak sebelum pembukaan Kota Madinah oleh nabi. Saat itu Yahudi yang menguasai pasar di Yathrib telah mengekploitasi bangsa Arab dengan mengenakan riba dalam urusan jual-beli mereka. Riba ini zalim, kerana ia bersifat menekan.  Hutang yang sedikit menjadi setinggi bukit apabila dikenakan riba. Pinjaman yang pokok menjadi sebesar perdu senduduk dengan sebabnya riba. Maknanya, urusan jual beli dengan berlandaskan riba adalah menganiayai orang lain. Apabila Islam datang, maka Islam membawa misi keadilan bersama-samanya, termasuklah keadilan dalam perniagaan. Keadilan itu musuhnya kezaliman. Maka, Islam yang adil mengharamkan riba bahkan memerangi amalan riba.Firman Allah SWT lagi: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al-Baqarah: 279) ~ Kredit to http://www.hamizul.com/

No comments:

Post a Comment