Monday 5 March 2012

Antara HATI dan AKAL

Perbualan ringkas antara aku dan maizan tadi...jika kita boleh pilih satu sahaja antara hati dan akal, mana satu yg akan kita pilih...walaupun sangat ringkas persoalan ini, tapi jawapannya bukan semudah persoalannya.

Maizan kata..."Kalau hidup terlalu berpandukan pada logik akal, kita sukar untuk berjaya, sebab dengan hanya akal, manusia pasti meletakkan sesuatu mengikut sebab dan rasional sahaja...bila jumpa jalan buntu, dah tak tau nak buat pertimbangan apa..."

Ada benarnya kata-kata maizan tu, tapi kalau kita letakkan semuanya pada hati, tak mustahil tindakan kita boleh jadi tak betul...sebab orang yg meletakkan keputusannya menggunakan hati, hati dia akan jadi keringgggg...takkan endah kata2 orang lain.

Berbalik pada persoalan kat atas, kena pilih satu sahaja, so aku rasa yg terbaik kena gak pilih dua2... meletakkan asas fikir sedalam-dalamnya menggunakan AKAL, buat keputusan mengikut kata HATI...heheheheh...lari gak skema jawapan aku...

nak letakkan 100% pada HATI rasanya dah selalu sangat aku buat, contohnya masa nak pilih course masa degree, masa nak terima offer kerja, masa nak kawin (opsss..kantoiiii)...hehheheh...rasanya lebih baik aku perbaiki tindak tanduk lepas2 ni dalam buat keputusan menggunakan akal dan kemudian hati...insyaAllah...

Sesungguhnya sesuatu yg BAIK itu datangnya dari Allah, dan yg buruk itu datangnya dari kesilapan MANUSIA...

No comments:

Post a Comment