Thursday 10 January 2013

Koleksi coretan fb Ebit Lew

Seorang sahabat bercerita bagaimana ketika dia meninggalkan dakwah dan amalan agama begitu lama. Sebelum itu beliau sangat dekat dengan Allah dan sunnah Nabi SAW

Sangat sibuk dengan pekerjaan dan dunia sehingga meninggalkan agama dan fikir agama. Beliau sangat kaya dengan bussines komputer dan it. Satu masa business nya musnah dan beliau sangat susah. Untuk beli susu anak pun tiada duit. Gantikan apa yang patut. 

Sehingga mereka tidak makan selama 3 hari. Kereta terpaksa dijual dan semuanya. Beliau ke sana sini untuk teruskan perniagaan lain tapi tetap tidak berhasil.

Satu hari beliau ke masjid semula untuk solat. Satu ulama dari India nasihatkannya dengan katanya,

"Islam ini seperti sebuah bangunan yang sangat besar dan cantik. Masa bangunkan ada orang kerja membuatnya. Ada yang berhenti sebelum siap. Ada yang kerja 2 hari. Ada yang kerja 1 tahun. Dan ada yang buat sehingga siap. Bila sudah siap, ada yang bekerja sehari pun kata dulu saya terlibat buat bangunan ini. Dulu saya buat ini. Dulu saya buat itu.

Begitulah di akahirat nanti. Setiap orang ingin dikaitkan dengan dakwah ini. Walaupun cuma bagi masa sekejap sahaja untuk dakwah dan menghidupkan agama. Begitulah nilainya dakwah dan Islam ini."

Selepas itu ustaz tadi tinggalkan kawan saya tadi. Dia terus menangis sangat kuat dan teresak-esak macam anak kecil. Beliau berguling menangis. Beliau terus menangis.

Segala puji bagi Allah, sehingga beliau kembali semula dengan memakmurkan masjid dan menghidupkan dakwah ini. Hidupnya kembali senang dan bahagia. Hari ini beliau bertaubat, esok rezekinya melimpah ruah.

Semasa dia menceritakan ini 2 hari yang lepas saya tidak tahu kenapa dia menangis. Hari ini baru saya rasa nak menangis kerana kata-kata ulama itu..

Begitulah hidup ini bila cari Allah, dunia ini dimudahkan untuk kita. Bila kita cari selain dia. Kita hilang segalanya.

Ya Allah berilah hidayat kepada mereka yang dari kecil buat usaha agama. Kini meninggalkannya kerana dunia. Bukakanlah hati mereka untuk kembali kepadaMu.

Fikirkanlah agama ini, Al-Quran, kata-kata Nabi SAW.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan Abu Bakar r.a berkata kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah saw kamu telah beruban."

Rasulullah saw bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat,An-Naba' dan At Takwir."
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd dan Hakim)
Ampunkan dosa ku yang berdosa ini - ebit lew

Teringat masa di Sri Lanka, ketika kita sedang menjalankan dakwah. Terlihat anak-anak yang membawa makanan di stesen bas dan kereta api. Mereka datang dan menjamu kita. Kita ingat kena bayar. Anak-anak tadi pakai kopiah. Rupa-rupanya percuma.

Mak mereka masak makanan dan menghantar anak mereka untuk melihat sekiranya ada jemaah yang sedang buat dakwah dan pakai jubah seperti kami. 

Layan mereka dan jamu mereka. Ini kerana ayah mereka telah meninggal dunia. Demi untuk meneruskan usaha dakwah Nabi ini.

Saya menangis teringatkan anak -anak ini. Mereka dididik mencintai dakwah dan menghidupkan agama. 

Jauhnya kehidupan kami hari ini yang menghabiskan dengan perkara sia-sia.

Masa di New Delhi saya lihat anak syeikh saad al-khandahlawi yang masih kecil membawa duit dalam bekas dengan diiringi oleh pembantunya sedang memberi duit pada peminta sedekah yang sangat ramai di waktu malam.

Seorang wanita jumpa Nabi SAW dan memberi anaknya yang masih kecil. Katanya gunakanlah anak ini untuk menahan panah yang datang. Sudah tentu baginda tidak akan buat begitu.

Tetapi kesungguhan wanita tadi dalam berkorban untuk menghidupkan Islam ini.

Wahai Allah datangkanlh sifat mengutamakan orang lain atas diri kami sendiri.

Ya Allah berilah sifat berkorban demi untuk bersama kekasih kami di akhirat nanti. Letakkan anak, isteri, mak ayah kami bersama Nabi SAW di akhirat nanti.

Lihatlah kami yang berdosa ini. Kasihanilah kami. Semua yang kami buat demi agama ini hanya macam mainan jika dibandingkan dengan perngorbanan Nabi SAW dan sahabah.
Terimalah kami semua - ebit lew

Teringat beberapa peristiwa semasa menjalankan training - Di antara peristiwa yang menyentuh hati saya ialah beberapa syarikat yang bermusuh di antara satu sama lain dalam organisasi.

Semasa datang mereka tidak boleh bertegur di antara satu sama lain kerana krisis yang begitu lama selama 4 tahun. Apabila berbual- bual dengan mereka, mereka cukup benci satu sama lain. 

Ada peserta kursus yang nak balik,bila tengok mereka kena kursus dengan musuh mereka. Saya ingat program remaja kena pujuk. Program dewasa pun sama juga. hehe.

Bila masalah begini datang maka saya tahu punca utamanya kita kurang iman dan menghayati kehidupan orang islam dulu yang hebat.

Masa ceramah pertama selepas ice breaking, dengan kehendak Allah dan izinnya, Allah beri ilham pada saya cerita mengenai Fatah Mekah dan Islamnya Wahsyi, Ikrimah. dan Hindon. Nabi sanggup korbankan segalanya demi manusia datang pada Allah. Dunia tempat untuk hidupkan agama. Tunaikan hak orang lain. Hak kita biar Alllah yang tunaikan. Alhamdulillah selepas itu ramai yang menangis dan bermaaf-maafan.

Lihat hanya dengan kisah sahabah yang ada nur boleh merapatkan hubungan setelah 4 tahun bergaduh dengan izin Allah.

Masihkah kita tidak yakin? Kita masih mencari kisah orang bukan Islam yang berjaya dan berbangga dengan mereka. Janganlah begitu kerana betapa kaya dan zahirnya hebat hanya untuk 30 tahun sahaja. Tapi jika mereka mati tanpa iman mereka akan dibakar di dalam neraka selamanya. Itu kejayaan ke? Lihatlah mereka dengan kasihan. Dakwah mereka dan doakan mereka. Ini kerana masa hidup ini sangat suntuk, habis semua buku orang putih kita baca. Bukanlah salah untuk kita baca tapi soalannya berapa kisah sahabah kita tahu. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Ceritalah pada isteri dan anak-anak kisah Nabi SAW dan sahabah rhum. Bacalah hayatus sahabah..kisah sahabat-
-ebit lew



Seorang jurutera yang sangat hebat - saya kenal dengan beliau masa saya umur 12 tahun. Sehingga hari ini saya terjumpa dengan beliau.

Perkataan dia yang pertama selepas salam ialah " Allah maha kuasa, Makhluk langsung tiada kuasa. Duit takde kuasa, Allah kuasa, kereta xde kuasa Allah kuasa. Beliau mempunyai jawatan besar dalam JKR.

Masa kami di Tol, Jalan jem untuk bayar tol. Dia sangat suka cakap kebesaran Allah. Sebanyak 100 kali sehari. Setiap kali bila saya tengah resah saya terjumpa dengannya di masjid atau di mana-mana tanpa dirancang. Beliau akan peluk saya sambil cakap, Allah maha kuasa, selain Allah tidak boleh buat apa-apa. Kerajaan tiada kuasa, Allah mahaa kuasa. Kerja tidak kuasa , Allah maha kuasa. Bila saya dengar , Allah buat hati saya terus tenang. Sangat tenang. Mungkin kerana keikhlasan dan istiqamahnya beliau dan paling utama nur perkataan Allah. Saya rasa semua masalah jadi kecil.

Masa dalam flight ke Pakistan, beliau akan cerita kebesaran Allah sampai ke Pakistan. Masa di airport kami akan pergi berbual-bual dengan semua orang dan cerita kebesaran Allah.

Masa makan beliau akan sentiasa cerita kebesaran Allah dan kisah Nabi dan akhirat. Baru ini, saya lihat seorang sedang cerita kebesaran Allah di Bus Stop. Rupa-rupanyanya jurutera tadi.

Setakat saya berjalan dan bermusafir dengan beliau, tidak ada seorang pun , di kaunter, tol, pam minyak, air port, kedai makan, pasar malam atau di mana sahaja. Pasti dalam perbualan beliau mesti cakap kebesaran Allah.

Bila cakap kebesaran Allah, Allah akan kuatkan iman kita. Ketika satu dunia sibuk besarkan mahkluk . Marilah kita cerita dan cakap kebesaran Allah. Sehingga hati kita hanya rindu, cinta dan terkesan dengan Allah dan akhirat.

Saya rindukan kawan-kawan seperti itu. Selama 16 tahun saya kenal dengan beliau. Dia masih tidak berubah. Masih lidahnya basah dengan kebesaran Allah. Beliau selalu mimpi jumpa Nabi SAW. Sangat kerap.

Ya Allah berilah saya sedikit nur seperti itu. nikmat dan kemanisan seperti itu.

- ebit lew

Masa saya remaja dalam umur 15 tahun. Saya pergi ke sebuah kedai di Chini Pahang. Masa tu saya ada program di masjid chini. Masa kami di masjid selama 3 hari di satu masjid. 

2 orang yang masih sekolah rendah menghantar makanan untuk kami di masjid selama 3 hari. Katanya ibu kami khidmat masak untuk mana-mana tetamu yang berada di masjid. Adik-adik ini juga solat jemaah bersama dan sama-sama mengikuti program.

Masa pergi kedai saya tengok adik yang lebih kecil dari saya tengah dakwah orang kedai. Selepas selesai bayar, dia kata pakcik Allah khalik, Allah Malik. Allah cipta kita. Allah pemelihara kita. Duit tiada kuasa, Allah maha kuasa. Polis tiada kuasa, Allah maha kuasa, Allah bagi rezeki selain Allah tidak boleh bagi rezeki. Hospital takde kuasa, Allah maha kuasa, Semua makhluk berHAJAT pada Allah. Allah tidak berhajat pada apa pun. Dialah tuhan kita yang berkuasa.

Pakcik tu dengar sahaja, sebab memang dia dikenali begitu. Semua orang cakap sebab dia sedih bapak dia meninggal kot...Sebenarnya dia diberi nur dakwah. Nur kalimah. Kerana itu dia istiqamah.

Bila tengok betul-betul rupanya adik sama yang hantar makanan pada kami. Setelah bertanya dengan beberapa orang rupanya, ayahnya meninggal semasa dalam perjalanan untuk jourh/ceramah/ di Masjid Sri Petaling untuk orang Kuantan. Semenjak ayahnya meninggal adik tadi banyak buat dakwah di mana sahaja dia pergi. Antara idolanya haji engineer yang saya cerita sebelum ini.

Dia nak ikut ayahnya. Tapi dia tidak dizinkan. Dia masuk ikut pintu belakang. Bila sedar anaknya ikut. Dia hantar anaknya pulang kerana program itu selama beberapa hari. Saya sempat tengok masa arwah ayahnya baru kemalangan. Kami melalui jalan yang sama.

Subhanallah walaupun ayahnya telah meninggal, ibunya terus mendidik anak-anaknya untuk suka berkhidmat dan membantu orang yang berdakwah dan menghidupkan agama.

Anaknya masih sibuk cakap kebesaran Allah. Adik beradiknya menjadi orang alim hari ini. Mereka semua telah dewasa.

Ya Allah begitulah nilai pengorbanan seorang ayah dan usaha dan tangisan seorang ibu. Bagaimanalah kita hari ini? masih cakap kebesaran Allah lagi ataupun tidak? Anak-anak kita ada tak percakapan Allah. Cuba ajar mereka cakap pasal Allah.

Jika kita meninggal bagaimana anak-anak kita? Isteri kita masih meneruskan fikir Nabi ini ataupun mengikut rentak hidup semasa atau suami baru mereka?

Ya Allah jadikanlah kami Dai....hidup ini sama ada kita berdakwah atau kita sedang di dakyahkan oleh suasana sekitar.

Ya Allah jadikanlah seluruh keturunan zuriat kami sehingga hari kiamat menjadi pembantu agamaMU
- ebit lew


Seronok mendengar pasangan suami isteri yang hebat mereka tinggal di oversea. Mempunyai sebuah kolej swasta. 

Mereka Islam cuma agak kurang kesedaran Islam. Satu hari sepasang suami isteri ini mendapat hidayat. Mereka telah meluangkan masa selama 2 bulan untuk belajar kerja agama dan agama.

Bila mereka pulang mereka begitu mencintai Islam. Mereka telah membuat 2 perubahan dalam kolej mereka. Pertama setiap pelajar mesti memakai pakaian yang sopan dan memakai tudung atau selendang. Pelajar lelaki mesti memakai seluar panjang dan baju yang sesuai. Perubahan kedua surau dibuat besar dan kelas yang melalui waktu solat mesti solat berjemaah.

Ditakdirkan Allah, kurang pelajar pada tahun seterusnya. Tapi selepas beberapa tahun sangat ramai pelajar yang belajar di kolej tersebut.

Allah menguji kita sedikit untuk membawa kita dekat padanya. Bila kita istiqamah, Allah akan buka jalan untuk kita.

Kasihan banyak universiti dan kolej kita di Malaysia masih menunjuk iklan kebebasan dan menunjukkan gaya hidup yahudi dan nasrani.

Semoga satu masa nanti, semua kolej akan berubah dengan fikir Nabi SAW. Setiap kolej dan universiti jadi seperti madrasah zaman nabi saw.

Islam hidup di mana-mana di seluruh dunia.

Wahai Allah berilah hidayat kepada semua pengarah, pengetua, pensyarah, pelajar, kakitangan universiti, guard, dan seluruh yang terlibat dengan universiti, orang awam yang tinggal berdekatan fikri Nabi SAW, Kasihanilah remaja kami yang sedang lemas dalam banjir maksiat. Ampunkan dosa-dosaku. Semuanya salah diriku.
- ebit lew


Wahai teman-temanku sekalian..Allah sangat sayang orang yang bertaubat.

Dialah Allah tuhan yang telah memberi segalanya. Seorang kawan menghadapi masalah rumahtangga. Dia cari jalan hendak selesaikan. Dia mula bertaubat dan memohon ampun pada Allah. 

Allah bukakan jalan baginya.

Bila dia tanya saya, kerana rumitnya masalah itu. Saya pun tidak ada jawapan melainkan saya katakan kepadanya pasti yang berlaku ini kerana Allah ingin kita semakin dekat padanya. Setiap yang berlaku untuk kita berjaya dan lebih cemerlang Dan untuk menuju keredhaan dan syurganya.

Bila kita pejam mata, rupanya masalah dunia ini bukan masalah sebenarnya. Orang yang paling beruntung ialah mereka yang diberi hidayat dan rasa nilai agama.

Mereka yang beriman dengan sebenarnya akan tersenyum dengan kehidupan yang telah berlalu. Rasa bodohnya diri, kerana setelah tamat mendaki, rupa-rupanya gunung yang silap. Kita sangka itulah puncak. Tapi sebenarnya bukan. Ia dekat, mudah, praktikal, indah, cantik, seronok. Tapi kita yang buta dan jahil.

Itulah perintah Allah dan sunnah Nabi SAW.

yA Allah bukakanlah hati ini. Pimpinlah kami. Kasihanilah kami yang buta dan jahil ini 

- ebit lew

Teringat seorang pemuda yang tiada hala tuju. Satu hari dia ingin bunuh diri kerana gagal dalam cinta terhadap wanita dan kehidupan. Dia nekad hendak bunuh diri.

Dalam usaha untuk membunuh diri. Dia bawa motor laju-laju dan ingin langgar belakang sebuah lori. Tiba-tiba dalam takut-takut juga. Dia ikut sebuah lori besar. Pemandu Lori itu singgah solat di Masjid Sri Petaling. 

Dia termenung panjang. Lepas itu dia pun terlintas untuk solat sedangkan dah lama dia tidak solat.

Dia solat tapi salah kiblat. Setelah solat seorang ahli jemaah masjid datang membetulkannya. Mereka berbual-bual. Akhirnya kerana keramahan pemuda itu beliau telah menceritakan semuanya sehingga part ingin bunuh diri.

Dia ikut program masjid. Dan setelah itu beliau bertaubat dan jadi baik.

Untuk itu penting ahli masjid ada fikir Nabi SAW. Ikram dan khidmat orang yang datang. Zaman Nabi SAW layanan melebihi hotel 10 bintang. Kasih sayang dan khidmat mereka. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah.

Orang yang buat dakwah macam Nabi SAW mereka reti dan menghargai umat ini. Mudah mencari baik umat. Siapa yang tidak bagi masa jumpa umat. Mereka tidak tahu nilai umat. Benci tengok orang baru mula buat baik. Dan tidak boleh menerima orang jahil dan berdosa untuk dekat masjid atau dakwah. Mereka hina orang baru nak belajar. Kadang - kadang ketawakan mereka.

Teringat pelajar upm yang baru mula bertaubat. Dia azan. Tapi salah. Sekumpulan pelajar sekolah agama hina dan marah pelajar yang baru mula azan. Semasa seminggu yang lepas semasa dia tidak solat. Buat jahat,tak berani tegur atau ajak. Tapi bila mula buat baik terus dihina dan diperlekehkan.

Mungkin kerana orang yang belajar agama tapi tidak ikhlas dan tidak buat korban dia jadi tahu dan faham nilai umat. Orang yang paling alim azazil/syaitan akhirnya dilaknat kerana dia sangat berilmu tapi tidak ada keikhlasan. Semoga Allah selamatkan kita semua.

ya Allah ampunkanlah dosa kami semua.
-ebit lewTeringat cerita sebuah keluarga Hindu yang masuk Islam.

Satu jemaah dakwah sedang bergerak. Mereka mencari satu masjid untuk mereka menjalankan usaha. Seorang hindu ini menunjukkan jalan ke masjid.

Ditakdirkan tidak berapa hari Hindu itu meninggal. Seperti biasa upacara hindu jasadnya di bakar. Ditakdirkan oleh Allah, tangannya tidak terbakar. Walaupun dicuba untuk bakar. 

Keluarganya yang sangat hairan. Bila bertanya-tanya kenapa dan cerita tunjuk jalan pada jemaah ini sampai pada keluarganya. Seluruh keluarga memeluk Islam.

Itulah hidayat dari Allah. Orang yang berkorban untuk agama, Allah akan jadikan mereka matahari hidayat. Dengan berkhidmat, bergaul dengan mereka juga boleh menjadi asbab hidayat.

Wahai Allah jadikanlah kami semakin dekat padamu. Jadikan kami asbab hidayah untuk umat. Dengan melihat kami, mendengar percakapan kami, bertemu, berselisih dengan kami. Wahai Allah berilah hidayat kepada kami dan umat.- -ebit lew


Teringat seorang kawan ini dengan isterinya bagaimana dia setelah mendapat hidayah. Mereka bertemu di kilang. Bercinta. Kehidupan mereka sangat hanyut. Kelab malam. Minum arak. Sangat sosial. Tidak solat dan sangat jauh dari Allah.

Sehinggala mereka kahwin. Masih jauh dari Allah. Setelah 5 tahun kahwin. Mereka tidak mempunyai anak. Satu hari ada jemaah masjid dan ajak dia ke masjid. Dia cukup anti dan marah. Sentiasa mengelak. Lari ikut pintu belakang. Satu hari jemaah ini tunggu pintu depan dan pintu belakang. hehe..kena juga aku akhirnya. Menurut ceritanya.

Beliau akhirnya pergi masjid dan mula bersama program amalan masjid selama 3 hari. Ditakdirkan Allah beliau mulai berubah. Beliau menangis kerana sangat menyesal tidak membawa agama dalam rumahtangga selama ini. Malam itu blia beliau pulang ke rumah. Beliau peluk isterinya dan menangis.

Isterinya tanya kenapa? dia terus menangis. Esok pun sama. Selama beberapa hari beliau menangis dan akhirnya dia kata. Sayang abg minta maaf kerana tidak amalkan islam. Abang salah. Abang nak duduk dengan sayang dalam syurga. Marilah kita sama-sama berubah. Isterinya juga menangis sepanjang malam mereka bertaubat.

Isterinya diajak juga program wanita selama 3 hari. Bila iman masuk dalam hati, isterinya kini sangat hebat dalam mendidik dan mengajak wanita. Sangat tabah dan hikmah.

Ya Allah berilah isteri-ikami dan semua wanita fikir Nabi SAW. Wanita sangat lembut tapi kurangnya usaha ke atas hati dan iman mereka. Wahai suami yang faham nilai iman ini. Jangan kerana kelalaian kita seluruh keluarga kita dibakar dalam neraka.- ebit lew
 


Berkongsi pengalaman seorang sahabat saya berkulit putih. Wajahnya menunjukkan beliau sangat dekat ALLAH. Sewaktu di Satu Masjid di New Delhi pada tahun 2003. Bila dia buka baju dan pakai baju pagoda, badannya penuh tatu. Dia bekas penyanyi kumpulan rock di US. Dia cerita saat dia memeluk Islam. Umurnya sekitar 45 tahun.

Waktu malam beliau bangun awal untuk tahajud dan menangis di depan Allah. Dalam tempoh 3 tahun dia masuk Islam. Setiap tahun seorang ahli keluarganya masuk Islam. Dia kata bila dia dakwah orang lain dan memberi masa untuk belajar dan menghidupkan agama di tempat lain, Allah beri hidayat kepada ahli keluarganya. Tapi dia tidak berhenti menangis untuk ahli keluarga. Dia menceritakan saat gembira ahli keluarganya memeluk Islam.

Tapi katanya sekarang dia berharap bekas isterinya akan masuk islam. Walaupun isterinya kristian yang sangat menentang. Esoknya dia berlari ketika jumpa saya dan menunjukkan surat isterinya yang sudah masuk Islam. Subhanallah, baru semalam dia cerita tentang isterinya, Allah beri hidayat keesokan harinya. Dia tahu apa yang mahal dan bernilai sebenarnya. Dia serius nak hidayat.

Dalam masa 3 tahun dia telah digunakan oleh Allah asbab lebih 300 orang masuk islam. Akhirnya kesungguhannya meyebabkan Allah beri hidayat kepada ahli keluarganya.

Bagaimana kita berapa orang telah kita ajak masuk islam?

Ya Allah hantarlah kami dan keturunan zuriat kami di seluruh dunia dan menjadi asbab manusia yang tidak kenal Allah mulai mengenal Allah - ebit lew


Teringatkan semasa menjalankan dakwah di satu kolej swasta satu waktu dahulu. Saya mengajak mereka pergi ke program memakmurkan masjid. Ramai antara mereka tidak pernah solat dan jika ada solat pun cuma 1 waktu.

Saya berjumpa dengan pengarah dan warden. Mereka memberi kebenaran pada saya. Segala puji bagi Allah saya berkenalan pelajar yang sangat jauh dari amalan agama tapi mereka sangat sukakanamalan agama.

Mereka sudah lupa cara dan bacaan dalam solat. Lebih kurang 25 orang mengikut saya program di masjid berhampiran. Mereka tidak berhenti bertanya dan kesungguhan mereka belajar iman dan agama.

Saya selalu sedih dan sebak bila melihat remaja yang kelihatan sangat rosak tapi mereka sangat dahagakan agama.. Iaitu remaja-remaja kita sangat baik. Tapi kurangnya usaha untuk mengajak mereka.

Tapi selepas itu, ketika saya ingin masuk security mula menghalang saya. Ketika sedang saya memberi ceramah di surau, saya dipanggil oleh security dan dihalau keluar. Saya berkeras tapi tetapi dihalau.

Rupa-rupanya pihak pentadbiran mereka memang kurang berminat program agama begini dan takut pada bayang-bayang sendiri.

Saya dihalau dengan hina. Dan jika saya membawa makanan untuk menziarahi pelajar ini, saya dipandang dan dipantau. Sedihnya ketika itu. Tapi inilah nilai hidayat. Sedikit sangat dan tiada apa-apa sebenarnya jika dibandingkan dengan pengorbanan Nabi SAW dan sahabah.

Segala puji bagi Allah, pelajar-pelajar ini mulai solat dan sibuk dengan belajar dan kerja-kerja dakwah.

Semenjak hari itu mereka di marah dan dipanggil oleh pentadbir. Maka kata pelajar ini, ketika kami jahat, tidak solat, kaki clubbing, tidak ada orang pedulikan kami, Tapi bila kami bersungguh dalam mendekat diri pada Allah, kami dihalang dan di marah. Mereka menangis kerana terlalu sedih. Mereka bercerita pada saya dengan menangis.

Saya menangis melihat remaja berumur 18-21 tahun menangis demi Islam. jika saudara melihat muka dan gaya mereka yang brutal mesti macam tidak percaya. Tapi itulah keajaiban Islam dan nikmat Islam

Sehinggakan 2 orang pelajar bukan Islam masuk Islam kerana berkawan dengan pelajar-pelajar ini. Wahai Allah ampunkanlah dosa kami semua.

Berilah hidayat kepada semua paderi-paderi di sabah dan Malaysia. kasihan mereka, mereka berkorban habis-habisan tapi bukan untuk agama yang kau Redhai. Wahai ampunkan dosa kami semua kerana tidak berdaya untuk buat apa-apa. Wahai Allah sampaikan kalimah Laa Illa Ha ILLALLAH MuhammadurRasulullah ini kepada semua orang Kristian yang menyambut keramaian mereka- ebit lew

11 comments:

  1. subahanallah...sungguh indah kata2 ustaz ebit lew..

    ReplyDelete
  2. Saya kongsikan video ustaz ebit lew, semoga kita semua daat manfaat. Jom sebarkan ;

    https://www.youtube.com/watch?v=kh8BKO1dl7U

    ReplyDelete
  3. Terima kasih terima kasih. . First time saya baca blog dari awal sampai habis asbab cerita yang dikisahkan di sini. Ya Allah, pilih saya untuk amal kerja nabi.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, moga sedikit perkongsian ini memberi kebaikan kepada kita semua. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih ...ya allah kau tingkatkan keimananku..tabahkan hatiku...tingkatkan kesabaranku utk menghadapi kehidupan yg kian mencabar

    ReplyDelete
  6. Terima kasih ..perkongsian ini sedikit sbyk dapat meresap ke dlm hatiku...ya allah kau tingkatkan keimananku dan jadikanlah aku hambamu yg sentiasa mencintaimu dan rasulullah s.a.w

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ustaz. Mohon izin utk share supaya dpt dijadikan iktibar dan pengajaran,seramai mungkin. Barakallahufik..

    ReplyDelete
  8. menarik. saya memang suka dengar kisah2 begini

    ReplyDelete
  9. Smoga semua pembc kisah ini istiqamah dgn amalan mngingati kebesaran Allah dan brsalawat keatas junjungan kita Nabi Muammad saw

    ReplyDelete