Thursday 3 January 2013

Ketidaksabaran melanda

Entah apa2 ntah tajuk post kali ni...rajin menghupdate blog sebab perasaan meluap-luap asik nak pi scan bb...wawawawa..aku tak sabar nak tahu jantina bb...sebab gatal sangat nak beli brg untuk baby. Orang tua2 pesan jgn over excited, tak elok...huhuhuu...apsal lah aku perangai mcm ni.

Malam tadi kami 3 beranak kuar pi puchong, gi kedai mainan, semata-mata melayan izzah nk beli remote control car. En Suami pun galak sangat nak beli satu. Berlumba2 lah dua beranak ni main kete control mlm tadi. Yang kelakarnya, izzah akhirnya tido keletihan, mana tak nya..ada ke bila kete tu bergerak dia pun duk rajin kejar belakang kete tu. Puas dah kami soh dia stay satu tempat. Dia tetap ghajin tahap gaban kejar kete tu.

Tetiba kuar kata2 manis en.suami, "ntah2 baby boy tak yang, kak long nya pun suka mainan budak lelaki aje ni"...aku senyum jek dengar..harap2lah rezeki kami kali ini dikurniakan anak lelaki...

Jika tertulis dapat anak perempuan pun aku suka, cuma aku risau sangat kemampuan aku nak beranak banyak2. Risau keadaan kesihatan aku ni, entah boleh ke tidak beranak byk2. Kalo dah dapat sepasang, alhamdulillah sangat2 bersyukur.

Mcm kes mecna, 3 kali scan tengok bb boy, tup tup keluar gegirl yg muncul. Rezeki, rezeki...semua kuasa Allah. Setiap sesuatu ada hikmah dan kelebihannya. Iera dah dapat sepasang anak, umar dan aimi, sangatlah best...huhuhuhu...senang ati iera..cuti preganan 3 tahun terus.

p/s: Wahai anakanda dalam perut bonda, andai anakanda berjantina perempuan sekalipun, bonda tetap gembira..doa bonda moga anakanda sihat2 sahaja dalam tummy bonda ni ye...tak sabar nak tunggu kelahiran anakanda, moga anakanda dapat keluar secara normal dalam keadaan sihat dan selamat. Salam sayang dari bonda, ayahanda dan kekanda izzah...hehehehehhehe

No comments:

Post a Comment