Sunday 17 June 2012

Al Fatihah buat Ruhaya Abdul Hamid (Ibu Mertua) - Part One

Terlalu banyak yg hendak aku coretkan sampaikan aku tak tahu nak mula kat mana. Dari satu kisah, membawa kepada kisah2 lain yg berlaku dalam hidup aku. Patutlah kebelakangan ini, hati aku begitu teringat pada MATI, rupanya ada kisah kematian yg bakal menjengah diari hidup aku.

Janji Allah itu benar, MATI itu adalah janji Allah, Mati itu adalah PASTI. Takkan cepat walau sesaat, dan takkan lambat walau sesaat. Bila Allah berkehendakan ia untuk jadi, maka ia pasti jadi. Semuanya kuasa Allah yg Maha Esa, siapalah kita, manusia kerdil yg mampu melawannya.

08/06/2012

10:30 mlm
Panggilan telefon dari abang aki tepat jam 10:30 mlm, membantutkan selera suami untuk makan. Dimaklumkan emak dan abah kemalangan jalan raya. Suami ku mula mcm cacing kepanasan, sangat2 terkejut dan sangat banyak teka teki bermain di kepala. Kami kemas barang keperluan, main campak2 aje baju mana2 yg ada. Terus gerak ke sg besar.

Handphone suami bertalu2 dapat panggilan telefon, sambil memandu, sambil jawab panggilan. Macam2 info yg kami dapat, sampai tak tahu info mana kami nak terima pakai. Ada yg kata mak nak dihantar ke hospital sg buloh, ada yg kata mak nak ke HKL, ada yg kata mak tak serius..macam2 lah. Aku hanya mampu mendoakan semuanya selamat hendaknya.

12.15 pagi
Kami tiba di hospital tanjung karang. Acu sekeluarga sedang menunggu, ateh karim, ngah odah dan suami juga ada di situ. Wajah2 yg kami lihat semuanya keletihan dan membingungkan. En Suami segera masuk mendapatkan abah dan mak di dalam bilik kecemasan.

Aku masih menunggu di luar. Lama juga en suami berjumpa dgn doktor, akhirnya keputusan dibuat untuk menghantar emak ke HKL dan auni ke Hospital Sg Buloh. En suami kebingungan, dua buah hospital yg bukan calang2 jaraknya. Kami hanya mampu pasrah dan redha.

01:30 pagi
Selepas keadaan emak berjaya distabilkan, doktor mengarahkan kami bergerak ke hospital. Aku menemankan auni dgn ambulan pertama. Acu menemankan emak dgn ambulan ke2. Izzah dibawa en suami menaiki kereta kami. Kelajuan ambulan yg membawa aku dan auni tak terasa disebabkan hati aku yg memang telah hilang semangatnya. Memikirkan keadaan izzah dgn ayahnya, memikirkan keadaan emak yg agak kritikal. Mujurlah auni dalam keadaan stabil. Hanya sebelah kaki kirinya yg luka teruk. Dia kelihatan tenang bila aku ada bersamanya.

Perjalanan selama hampir 30 minit tidak terasa dengan pergerakan ambulan yg sangat laju. Medical assistant yg turut sama dalam perjalanan tersebut sangat pandai mengambil hati auni. Aku lega seketika. Dalam hati, aku amat berterima kasih pada pegawai2 perubatan, medical assitant, pemandu ambulan...dan semua2 pegawai di hospital tanjung karang...sungguh lah terkesan di hatiku betapa kerja mereka sangat berkat dan bernilai di sisi mata masyarakat.

02:30 pagiKami selamat sampai ke wad kecemasan sg buloh, macam penyakit, ragam manusia yg dapat aku lihat. Perut aku kecut melihat keadaan pesakit di wad tersebut. Tak berapa lama kemudian, ambulan ke2 yg membawa emak sampai. Kami amat2 bersyukur bila pihak hospital sg buloh sanggup menerima mak sebagai pesakit. Kalau mak dihantar ke HKL, makin susah jadinya kami. En Suami terpaksa berulang antara 2 hospital pula. Berkat doa kami agaknya, mahukan yg terbaik dalam menghadapi situasi ini. Allah Maha Pendengar, rintihan hatiku didengariNya.

Kami bergeladangan di Hospital Sg Buloh. Izzah Afiah terbaring di kerusi hospital kerana keletihan. Aku curi2 meninggalkan dia, melihat keadaan auni pula. Pemeriksaan rapi dibuat ke atas auni. Risau ada pendarahan dalaman. Waktu aku berulang dari bilik auni ke tempat menunggu, aku lihat sekujur tubuh ditolak ke bilik MRI. Sangat tidak bermaya, terbaring kaku, kulihat emak di situ. Sangat sayu hati aku. Hanya doa demi doa yg mampu aku lafazkan.

Keadaan mak kritikal. Jantungnya mengepam laju darah ke seluruh badan. Mungkin tekanan dan rasa sakit yang amat menyebabkan emak tak mampu untuk berkuit walau sedikit.

6:10 pagi
Kami menunaikan solat subuh. Suami yg keletihan tidak mampu bercakap apa2. Izzah terpisat2 bangun. Juga keletihan disebabkan tidurnya yg tidak selesa.

To be continue...

No comments:

Post a Comment