Thursday 21 June 2012

Al Fatihah buat Ruhaya Abdul Hamid (Ibu Mertua) - Part Two

09/06/2012

7:00 pagi
Kami memulakan hari ini dengan pelbagai persoalan itu dan ini. Setiap soalan tak mampu diajukan pada sesiapa. Izzah terpisat2 bangun dari lena, mujurlah Izzah tidak meragam sepanjang berada di hospital. Betapa kasih Allah yang memelihara kami sekeluarga untuk malam yg sangat panjang itu.

7:30 pagi
Auni masih lagi di zon kuning, sedang berpuasa dan menunggu untuk satu prosedur menjahit luka pada kakinya yg agak parah. Aku rasa sayu melihat ketabahan auni yang bukan seperti budak sebayanya. Agaknya kalau aku berada di tempatnya, mungkin aku tak sekuat itu. Disebabkan aku sangat keletihan, aku tak mampu menemankan auni di wad kecemasan. Aku hanya menungu di tempat menunggu.

8:00 pagi

Sepupu suamiku sampai dengan isterinya. Mereka juga merupakan bapa dan emak saudara auni. Segera mereka mendapatkan auni. Aku memanjatkan syukur pada Allah, sekurang-kurangnya, kami lega sedikit bila ada bantuan yg tiba.

8:30 pagi
Pembesar suara berkumandang memangil waris pada Ruhaya Abdul Hamid. Ketika tu kalau diambil degupan jantungku, aku rasa pastinya melebihi had kebiasaan. Seperti pemecut larian yang baru menyudahkan pecutan 100 meter. Kami sangat2 takut menghadapi sebarang kemungkinan. En Suami bergerak pantas menuju ke zon merah wad kecemasan.

8:45 pagi
En suami kembali kepada ku memaklumkan yang emaknya dalam keadaan stabil. Doktor memohon persetujuan suami untuk melakukan prosedur memasukkan besi ke kaki mak. Dignosis menunjukkan mak hanya patah pada bahagian tangan, peha dan betis kiri sahaja. Kecederaan dalaman lain nampaknya tiada. Kami bersyukur sekali lagi. En Suami berasa sangat lega. Dijangkakan prosedur itu akan dibuat pada jam 1:00 tengahari. Kami masih menunggu lagi di ruang menunggu.

10:00 pagiAbang sepupu suami menyuruh kami pulang dulu ke rumahnya untuk mandi dan bertukar pakaian. Kebetulan rumah beliau di Bukit Melayu Subang berdekatan. Padaku ia merupakan satu lagi rahmat dan bantuan Allah berikan. Adik mak, cik ros juga sedang dalam perjalanan dan akan menggantikan kami sementara kami di rumah fendi.

12:00 tghari
Kami kembali ke hospital. Sejurus kereta masuk ke perkarangan parking, kedengaran pembesar suara memangil.."Waris kepada Rohaya Abdul Hamid sila ke wad kecemasan sekarang"...Hatiku mula tidak senang. En Suami kebingungan, terus berlari laju meninggalkan kami berkejar ke wad kecemasan. Aku juga pantas mencekup izzah dan membawanya ke sana.

15 minit kemudian, en suami maklumkan emak telah dikejarkan ke I.C.U, tadi degupan jantung emak telah terhentti. Kami hanya mampu berserah kepada Allah, mohon yang terbaik dalam menghadapi dugaan ini.

1:00 petang
Ramai sanak saudar telah sampai, bergilir2 melawat emak di I.C.U. Aku masih belum dapat menziarah emak. Tiada siapa yg berada di kerusi menunggu untuk memerhatikan izzah. Waktu tu terasa sunggu hati aku, teringat pada ahli keluarga ku. Andai mereka ada dekat dgn ku. En Suami masih menunggu di I.C.U.

Kemudian, aku dapat panggilan dari ibu saudara auni, mohon naik ke wad pembedahan. Auni akan menjalani prosedur menjahit lukanya dengan full bius. Budak itu kelihatan pucat wajahnya. Aku temankan auni sebentar sementara dia masih sedar. Selepas dia tidak sedarkan diri aku segera bergerak ke I.C.U. Akhirnya, aku dapat melawat emak. Keadaan fizikal emak sangat uzur. Muka emak nampak pucat tapi tenang sahaja wajahnya. Bersih kelihatan air mukanya. Aku dan en suami byk membacakan bacaan suci di telinga emak. Moga2 emak dapat mendengar bacaan tersebut. Tak lama berada di situ, aku beredar mencari izzah yg entah siapa menjaganya.

3:00 petang
Aku masih menunggu, izzah tertidur di ribaan ku. Tiada sepatah kata dapat diucap, tiada satu rasa yg mampu diungkap. Apa akan terjadi pada keluarga kecil kami ini. En Suami baru turun untuk tunaikan solat zuhur. Apa yg mampu aku ucakan adalah..

"Abang kena banyak2 doa, doa hingga menangis, kerana doa seorang anak untuk ibunya adalah doa yg mustajab...abg doa moga kita diberi bantuan, doa kalau emak panjang umurnya, moga sembuhlah dia, doakan juga kalau sudah sampai saatnya, permudahkan urusan emak...kita hanya mampu memohon, Allah yg menunaikannya.." En Suami diam sahaja, menitis air matanya. Aku cakap kat dia, abang kena redha...kalau ini saatnya..takkan cepat atau lambat walau sesaat..itu janji Allah..akhirnya kami menangis kesyahduan di ruang menunggu itu...

4:00 petang
Sekali lagi pembesar suara memanggil waris pada emak berkumandang. En suami baru sahaja selesai dari solatnya dan doanya yg panjang. Kami berlari mendapatkan emak di I.C.U. Makluman dari doktor, keadaan emak adalah kritikal. Andai di buka alat sokongan pernafasannya, emak mungkin akan pergi meninggalkan kami semua. En Suami tenang menerima makluman tersebut. Segera dia pergi mendapatkan emaknya. Berbisik memohon ampun dan maaf dari emaknya. Aku sangat sayu pada ketika itu. Seorang anak menghantar pemergian ibunya. Ya Allah, aku mohon padaMU, Kau kuatkanlah semangat suamiku...Akhirnya, jam 4:30 petang, arwah pergi meninggalkan kami menghadap Penciptanya.



To be continue...

No comments:

Post a Comment